Rabu, 23 Jun 2010

PENGANTAR ILMU HAKIKAT YANG DIWARISKAN Oleh : Fakirabdillah...ENTRI 5



KAMUS SUFI anda ..............

ATHAR = kesan
ASMA – i – ILAHI = nama nama Allah
ASMA – i – KIYANI = makhluk ( yang dijadikan )
ASMA – i THUBUTI = nama nama dengan yang dinamakan menunjukkan sifat sifat yang positif saperti berkuasa , mengetahui dsb
ASMA – i – SALABI = nama nama yang menunjukkan kekurangan sifat sifat saperti suci , kudus dsb

Sambungan dari entri 4...........

Sementara itu adalah jelas kepada kita akan betapa pentingnya mempelajari Ilmu Usul bila kita sudah tahu serba sedikit siapa diri kita yang sabenarnya, dari mana kita datang, kenapa kita disini dan kemana pula kita salepas ini.

Ulamak mengatakan bahawa satelah dimatikan kita akan kealam BARZAKH sementara menunggu kembali kenegeri asal kita yang disebut sebagai AKHIRAT.

JALAN DATANG & JALAN PULANG


Soalnya ialah bagaimana pula caranya kita boleh sampai semula ketempat asal kita yang disebut sebagai Akhirat itu dengan bukan sahaja selamat tetapi sempurna dan berkekalan ?

Ulamak mengatakan bahawa cara yang dikatakan selamat, sempurna dan berkekalan itu ialah dengan IMAN Yang Haq yaitu dengan menunaikan PERINTAH ALLAH yang ditunjuk oleh RASULNYA yang berasaskan Rukun Iman dan Rukun Islam.

Perintah Allah untuk kita tunaikan sangatlah banyak. Al-Quran menceritakan tentang Perintah & Larangan Allah, tentang dosa & pahala. Juga tentang Nikmat Syurga dan Azab Neraka.

JANGAN SEKALI-KALI BERBURUK SANGKA DENGAN ALLAH.


Namun begitu janganlah hendaknya kita bersusah hati mengingatkan akan perintah perintah Allah yang telah kita tinggalkan, tentang larangan larangan Allah yeng telah kita langgar.

Allah telah menunjukkan jalan keluar yaitu BERTAUBAT dan MEMINTA AMPUN kepadaNya dan wajiblah kita percaya bahawa Allah itu mengampunkan segala dosa melainkan dosa mensyirikkan Allah.
Janganlah sekali-kali kita berkata “ Entah diampun atau tidak dosa aku oleh Allah “ satelah kita minta ampun dan bertaubat. Ini dinamakan BURUK SANGKA terhadap Allah.

TAKUTILAH DOSA SYIRIK HOPPI


Sekali lagi fakir ingin mengulangi : Yang perlu kita takut dan berjaga-jaga ialah berhubung dengan dosa yang Allah tidak akan ampunkan yaitu dosa menduakan Allah atau menyengutukan Allah. SYIRIK namanya.

SYIRIK itu bukan sahaja syirik menyembah bahala dirujuk sebagai syirik yang KASAR tetapi yang paling ditakuti ialah apa yang disebut sebagai SYIRIK YANG HALUS atau TERSEMBUNYI atau SYIRIK HOPPI. Ini termasuk menyengutukan Allah dengan diri kita sendiri.

Bagi orang yang beriman yaitu yang benar benar beriman kepada Ayat Ayat Al-Quran mereka merasa lega dan bersenang hati dengan membaca dan berfikir dan memahami Firman Allah didalam Surah As-Shad : 46 :-

Katakanlah Ya Muhammad bahawa engkau diperintah untuk mengingatkan manusia SATU HAL SAHAJA yaitu MENGHADAP ALLAH DENGAN IKHLAS berdua-dua atau sendiri sendiri. Suruhlah mereka fikirkan.

FAHAMILAH MAKSUD IKHLAS


Allah juga Berfirman :-

Orang orang yang BERIMAN itu TIDAK TAKUT pada PENGURANGAN PAHALA atau PENAMBAHAN DOSA.

Maksudnya ialah orang yang beramal ibadah kerana didorong oleh rasa takut berdosa atau oleh keinginan untuk mendapatkan pahala belum lagi benar benar beriman.

Ini adalah kerana dia beramal dan beribadah dengan TIADA perasaan IKHLAS terhadap Allah. Lagipun Allah telah menyatakan melalui HADITH QUDSI yang dirujuk sebagai SUUL KHOTIMAH & HUSNUL KHOTIMAH bahawa urusan memasukkan seseorang kedalam Syurga atau Neraka itu adalah Hak & Ketentuan Allah, bukan ketentuan seseorang itu melalui amal ibadahnya apatah lagi jika amal ibadah itu tidak ikhlas.

Sekiranya kita betul betul faham siapa kita, siapa Allah dengan erti mengenalNya, faham pula kita maksud HAUQALAH, Kalimah Tauhid, Kalimah Rasul, Rukun Iman & Rukun Islam, tentulah kita akan menjadi orang orang yang benar benar beriman kerana kita tahu siapa diri kita yang menyembah dan kita juga tahu siapa Tuhan yang kita sembah.

Ini adalah kerana kita tahu bahawa semua yang kita lakukan itu adalah AF’AL Allah dan bukannya perbuatan kita.

Ingatlah bahawa SYARIAT itu KULIT dan ianya lakuan Jasad manakala HAKIKAT itu ISI dan ianya adalah AMALAN BATIN atau Ruh atau Nyawa.

Adakah IKHLAS itu ditempatkan ditubuh kita ?

TAKRIF ORANG ORANG BERIMAN MENGIKUT AL-QURAN


Orang orang yang beriman itu ialah orang orang yang mendapat Petunjuk.

Orang orang yang mendapat petunjuk ialah orang orang yang mendirikan Solat, menunaikan Zakat, Haji dan yakin pada hari Akhirat.

Orang yang tidak melakukan kezaliman yang besar yaitu orang orang yang tidak menyengutukan Allah

Orang yang mendapat kemenangan besar yaitu orang yang mentaati Allah & RasulNya, bertakwa dan berkata benar.

Orang yang tidak pernah memikirkan tentang dosa dan pahala bila beribadah kepada Allah

Orang yang gementar jiwanya bila disebut sahaja Nama Allah

Bersambung....................................

1 ulasan:

  1. Alhamdulillah! Saya gembira membaca artikel ini terutamanya berkenaan Takrif Orang2 Beriman Mengikut Al Quran.

    "Orang orang yang mendapat petunjuk ialah orang orang yang mendirikan Solat, menunaikan Zakat, Haji dan yakin pada hari Akhirat"

    Pertanyaan saya ialah : Apakah orang2 yang mengajar, membuat kitab, mengeluarkan kitab dan mengamalkan ilmu makrifat terkecuali dari amalan2 di atas? Saya keliru dgn apa yg saya tengok dan lalui.

    Terima kasih

    BalasPadam