medan muzakarah ilmu agama islam khasnya ilmu hakikat / awaluddin makrifatullah / ilmu mengenal diri layari juga http://fakirabdillah.webs.com KAULAH KANDIL KEMERLAP PELITA JENDELA DIMALAM GELAP.....MELAMBAI SETIA SELALU Biarlah Ianya Hilang Dalam Tumpukan Debu Hingga Ditemui Sendiri Oleh Orang Yang MencariNya
Jumaat, 25 Jun 2010
PENGANTAR ILMU HAKIKAT YANG DIWARISKAN Oleh : Fakirabdillah....ENTRI LAPAN ( 8 )
KAMUS SUFI anda ..............
HADITH QUDSI = Wahi / wahyu yang diturunkan Allah menurut perkataan Nabi itu sendiri. Allah berkata kepada Nabi dalam bentuk jasmani Nabi, dalam bentuk Malaki Nabi, dalam bentuk Ruh Nabi. Dalam yang pertama itu Allah berkata-kata dalam perkataan perkataan bahasa, dalam yang kedua dalam bentuk awalan awalan surah surah tertentu ( huruf muqatta ) dalam yang ketiga dalam bahasa keruhanian.
HULUL = penjelmaan
HADI = orang yang membimbing ke jalan yang benar
HAL = keadaan dzauk
HUKAMA = ahli ahli falasafah
HIJAB = tabir
IBLIS = sangkaan tentang yang lain daripada Allah
ILMI SINA = ilmu yang disampaikan dari hari kehati
Sambungan dari entri 7.................
Disinilah maksud ..............
MAKSUD KALIMAH TAUHID
KALIMAH TAUHID peringkat khusus yaitu yang diertikan dengan qasad :-.
Aku mengaku bersaksikan diriku sendiri bahawa tiada yang nyata dalam diriku melainkan Zat Allah semata-mata.
Maksudnya ialah tiada wujud manusia itu pada hakikatnya . Yang wujud ialah Allah semata-mata tiada yang lain ( La Maujuda Ilallah ). Inilah Kalimah Tauhid Insan membawa pengertian bahawa hidupnya manusia itu dengan Hayat Allah , bergerak manusia itu dengan Kudrat Allah dan seterusnya.
MAKSUD KALIMAH RASUL
KALIMAH RASUL ditashdiqkan sebagai : -
Aku mengaku bersaksikan diriku sendiri bahawa Akulah Muhammad menyampaikan Hak Allah. Yang membawa maksud bahawa YANG BERSUARA itu ( Ruh / Nyawa ) mengaku disaksikan oleh YANG MENYAMPAIKAN SUARA itu ( Jasad ) bahawa Yang Bersuara itu adalah penyampai ( Rasul ) Sifat Sifat Allah kepada jasad / tubuh badan.
Rasul ini disebut / dinamakan sebagai MUHAMMAD MUSTAFA RASUL ALLAH.
TAHAP TAUHID TAUHID mengikut IMAM AL-GHAZALI
Imam Ghazali menceritakan tahap tahap tauhid manusia itu dengan mithalan yang indah sekali didalam kitabnya IHYA ULUMIDDIN. Beliau mengibaratkan tahap tauhid manusia itu umpama sebiji kelapa.
Lapisan yang luar itu yang sangat nipis – ianya hijau bila kelapa itu muda dan menjadi coklat kehitaman apabila buah kelapa itu tua. Lapisan ini gunanya Cuma untuk menandakan umur kelapa itu tiada guna yang lain. Seorang bukan islam yang mengucapkan kalimah syahadah tanpa apa apa erti dihatinya umpama lapisan nipis inilah. Tiada apa gunanya sebutan itu.
Dibawah lapisan nipis itu ialah bahagian yang paling tebal pada kelapa itu. Ianya dipanggil sabut. Gunanya pada kelapa ialah untuk menahan hentakan ketika kelapa masak jatuh kebumi. Gunanya kepada manusia mungkin menjadi penghalau nyamuk, penyentah tahi ayam atau bahan kerusi kereta.
Imam Ghazali mengumpamakan sabut kelapa ini sebagai IMAN ORANG AWAM YANG RAMAI itu ( sabut bahagain paling tebal pada sebiji buah kelapa )
Yang ramai itulah yang mengtashdiqkan Dua Kalimah Syahadah sebagai : Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad itu adalah Pesuruh Allah.
Barangkali inilah maksud hadith Nabi yang bermaksud : janganlah kamu ikut orang yang ramai itu , kerana yang ramai itu menyesatkan kamu. Barangkali sahaja tetapi anda tentukanlah untuk diri anda sendiri sama ada mahu mengikut yang ramai itu ?
Dibawah sabut ialah tempurung dimana isi kelapa melekat. Kegunaan tempurung pada manusia adalah kegunaan peringkat rendah.
Pada Imam Ghazali tempurung diibaratkannya sebagai Tauhid Peringkat Ketiga. Manakala isi kelapa yang mengandungi santan itu diumpamakannya sebagai Tauhid Peringkat Tertinggi.
Ianya umpama RASA LEMAK SANTAN didalam santan kelapa itu. Rasa lemak inilah yang dikatakan sebagai ZAT KELAPA. Bila rasa lemak / zat dikeluarkan maka isi kelapa itu akan dikenali sebagai hampas kelapa.
Yang dicari oleh seseorang manusia yang arif didalam sebiji kelapa ialah RASA LEMAK kelapa itu. Orang yang arif yang mencari rasa lemak ini diumpamakan oleh Imam Ghazali sebagai orang yang bertauhidkan pada tauhid peringkat tertinggi yang bertashdiq bahawa :-
TIADA YANG WUJUD DI-SELURUH ALAM MAYAPADA INI MELAINKAN ZAT MUTLAK ALLAH SEMATA-MATA.
YANG ADA / WUJUD HANYA ALLAH MENTAJALLIKAN DIRINYA MELALUI NAMA NAMA & SIFAT SIFATNYA KEDALAM SETIAP YANG KELIHATAN WUJUD.
Tiada GHAYR – tiada yang lain. LA MAUJUDA ILLALLAH.
PENDAPAT IBNU ARABI
Manakala Ibnu Arabi pula mengatakan bahawa tiadalah sama antara orang yang beriman dengan orang yang ARIF.
Iman itu adalah umum dan biasa untuk orang awam dan orang biasa. Arif adalah khusus untuk orang khusus mengatasi IMAN dengan mengetahui HAKIKAT IMAN itu sendiri.
Pada hakikatnya orang Arif sudah pasti beriman manakala orang beriman ramai yang tidak arif. Maka diperentahkanlah sembahyang itu kepada orang yang beriman.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan