Isnin, 7 Jun 2010

SYAIR MAKRIFAH.....Haji Adenan Ooi Batu Bara..

a

sambungan syair..............

Satelah fana’ kedua dirimu
Lihat disana wajah Tuhanmu
Suhud yang akmal jangan engkau jemu
Wahid dan Tauhid disana kamu

Barang dimana hadap mukamu
Fasamma wajhullah ada sertamu
Wujudnya itu saperti hadithnya
Tersebut didalam dalil firmanNya

La tata har raku gerak diamnya
Illa bi iznillah kenyataannya
Nyatalah Sifat Hayat IlmuNya
Daim Qaim Kudrat IradatNya

Sama’ Basar Kalam sertanya
Ketujuh Sifat daim sertanya
Allah Hu Akbar yang maha sempurna
Melindungkan dirinya bukan dimana

Saperti lafaz dengan maknanya
Bezanya dirimu yang berwarna
AdaNya dahulu saperti sekarang
Tiada bertambah tiada berkurang

Tiada jauh tiada renggang
Tiada bersentuh dengan sasaorang
Tiada jauh tiada jarak
Tiada dekat tiada berfarak

Disanalah juga diam dan gerak
Hairanlah sekalian Sufi & Syara’
Sungguhpun Adam yang lebih besar
Daripadanya juga beroleg asal

Sabda Nabi Sabda Al-Bashar
Ana Abu Arwah wa adamu abu al bashar

Dengarkan pula hadith ini
Sabda Nabi Saiyidi Umri
Ana mira dallah wal alimu minni
Asalnya Latif maksud disini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan