Selasa, 8 Jun 2010

TASAUF BERCANGGAH DENGAN SUNNAH ? ....Bahagian Akhir.



Berkaitan dengan rencana YAYASAN SOFA yang dengan berani dan terbuka mempertahankan KEBENARAN ILMU TASAUF, Fakir terpanggil untuk menyiarkan satu rencana yang telah lama disiapkan tetapi tidak dimasukkan kedalam entri laman blog ini.

Silalah pembaca baca dan fikirkan..............

PERTELINGKAHAN ULAMA FEQAH & ULAMA TASAUF.

Saperti mana yang diketahui umum, sejak dahulu hingga sekarang pertelingkahan ilmu golongan yang disebut sebagai ulamak feqah dan ulamak tasauf terus menerus terjadi.

Prof Abu Bakar Aceh yang mengkaji hal ini menulis :-

Memang ada perbezaan antara kedua aliran faham ini. Ahli ahli Fiqh berjalan diatas jalannya sendiri dan ahli ahli Tasauf berjalan mengikut keyakinan sendiri juga sehingga terjadilah antara kedua jalan fikiran ini lama kelamaan satu jurang yang makin lama makin jauh berpisah.

Perselisehan ini terus menerus terjadi. Mithalnya IBNU ABDUS SALAM pernah menyerang dengan hebatnya IBNU ARABI dan menuduhnya ZINDIK yang terlepas daripada fahaman Islam yang sebenar.

Tetapi apabila seorang sahabatnya meminta beliau menunjukkan saorang QUTUB, beliau menunjukkan IBNU ARABI. Bila diingatkan betapa hebatnya beliau menyerang Ibnu Arabi beliau menjawab :_

SAYA HANYA MEMELIHARA SYARA’ YANG LAHIR ( UNTUK KAMU SEMUA )

Diantara serangan serangan hebat yang lain terhadap orang sufi dikemukakan oleh IBN TAIMIYAH seorang Ahli Salaf yang sangat dihormati.

Beliau menyerang secara berapi-api AL-GHAZALI, IBNU ARABI, UMAR AL-FARIDH dan umumnya segala ulamak sufi yang ada ketika itu yang menurutnya MEMBUAT-BUAT BID’AH BARU dalam Islam.

Beliau menyerang IHYA ULUMIDDIN , karangan Al-Ghazaly kerana katanya Al-Ghazali banyak sekali memakai Hadith Dhaif.

Beliau menyerang IBN SINA & IBNU SAB’IN yang dituduhnya banyak memasukkan Filisafat Yunani kedalam ajaran Islam yang katanya membawa syirik dan melemahkan Islam.

Dalam pada itu beliau ( Ibn Taimiyah ) sendiri adalah saorang sufi. Didalam penjara beliau seringa FANA’ dalam Ketuhanan.

IBN JAUZI menulis sebuah kitab khusus untuk menyerang golongan Sufi yang diberi nama TALBIS IBLIS dengan mengemukakan pendirian syara’ dan akal dengan nada mencela , mengejek dengan mengatakan bahawa orang sufi adalah mereka mereka yang KARAM DIDALAM LAUTAN KHAYALAN sebagai siasah / cara untuk MEMPEROLEHI WANG.

IBN QAYYIM juga menghentam para sufi dengan nada yang lebih kurang sama dengan IBN JAUZI. Saorang Ulamak moden Mesir, DR ZAKI MUBARAK berpendapat bahawa IBN QAYYIM SENDIRI AKHIRNYA MENJADI SAORANG SUFI sehingga beliau menulis sebuah kitab Tasauf bernama MADARIJUS SALIKIN SYARAH AL-MALAWI

Pada zaman kita ini pertelingkahan antara dua sekolah ini berterusan juga. Cuma pada zaman kita ini ulamak ulamak agong saperti nama nama yang disebut sebelum ini sudah lagi tidak diketahui / belum ada lagi.

DR ZAKI MUBARAK
merupakan tukang kritik yang paling pedas terhadap Imam Al-Ghazali dengan kitabnya AL-AKHLAQ INDAL GHAZALI tetapi akhirnya terpaksa membenarkan pendirian orang sufi kerana katanya :-

Orang orang sufi pun dalam TINGKAT pertama adalah orang orang yang mengetahui dan mengamalkan syariat dengan sungguh sungguh ...tetapi kemudian BERTINGKATLAH IA kepada jalan menguatkan peribadi dan mengarahkan seluruh perhatian kepada KESATUAN TUHAN dan PERSATUAN MAKNA antara KHALIK dan MAKHLUK.

Dr Zaki Mubarak juga menyatakan bahawa ADA BATAS ANTARA SYARIAT LAHIR d engan KEYAKINAN SUFI. Syariat Lahir hanya LAYAK UNTUK MANUSIA AWAM sedangkan KHAWAS hanya difahami oleh orang ARIF BIJAKSANA.


Di-Malaysia pula kawalan oleh kerajaan melalui Jabatan Agama Islam telah menghasilkan senarai panjang tentang ajaran sesat yang berkaitan dengan Tasauf. Terdapat ramai ulamak ulamak Syariat lulusan Al-Azhar yang amat memberatkan hukum hakam berbanding Aqidah & Tauhid ....

Maka lahirlah Doktor Doktor Filasafah / PhD saperti DR AMRAN KASIMIN yang menulis secara panjang lebar di Mingguan Malaysia yang tidak faham atau sengaja tidak mahu memahami pengertian pengertian Istilah MUHAMMAD oleh orang yang belajar ILMU HAKIKAT ( Ilmu Mengenal Diri ) yang dikajinya di Kluang. Lantas menuduh ILMU HAKIKAT / ILMU MENGENAL DIRI itu SESAT & MENYESATKAN.

Sementara itu pertubuhan pertubuhan yang ada kaitan dengan Ajaran Ilmu Tarekat & Ilmu Hakikat terus diawasi dengan penuh curiga dan kita selalulah membaca akan tangkapan tangkapan yang dibuat berkaitan ajaran sesat ini.

Tidak lama selepas itu kita akan membaca pula akan kehebatan ulamak ulamak syariat itu membetulkan aqidah mereka mereka yang sesat itu ...dan mengakulah yang dituduh akan kesilapannya dengan penuh kesal...

Dan tidak berapa lama selepas itu setelah yang dituduh dibebaskan ...kita akan baca pula ..dia balik semula ke-aqidah asalnya yang sesat itu.

Inilah pengalaman pahitmanis penguatkuasa agama yang syarie dengan pertubuhan Al-Arqam dan dengan banyak pihak lagi sejak dahulu hingga kini ......

Fakir........

Teringat kisah Sahibul Samaah bekas Mufti N.Sembilan yang menganjurkan Seminar Tasauf di Balai Tengku Besar Tampin, NSDK sebaik sahaja bersara..yalah..bukankah beliau keturunan Tuan Hj said & Tuan Syeikh Ahmad...pejuang Ilmu tarekat yang terkenal.

Semasa jadi Mufti ...makan gaji ..takkanlah Mufti NSDK sekarang nak tangkap ..bos lamanya !!!!. Pakcu Baharin Gachong pun belum lagi masuk penjara wp waran tangkap dah lama keluar.......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan