Khamis, 13 Mei 2010

WUJUD - ADOM - RUH Ibnu Arabi

WUJUD – ADOM – RUH
Dari ilmu Muhyiddin Ibnu Arabi

Saudara pembaca yang di-Rahmati Allah ,

Entri berkaitan Sifat 20 sedang disiapkan. Sementara itu cubalah renungkan pendapat Syaikh Muhyiddin Ibnu Arabi mengenai WUJUD – ADOM & RUH.

Apa yang ditulis didalam ruangan ini asasnya ialah ajaran WAHDATUL WUJUD Ibnu Arabi yang dikembangkan oleh ulamak ulamak Nusantara saperti Hamzah Fansuri, Syamsudin Al-Sumaterai, Abdus Samad Palimbani, Syeik Daud Pattani, Tok Kenali dan ramai lagi.

Berkaitan Ibnu Arabi, sejak zamannya hingga kini ada dua pendapat mengenai beliau – pertama orang yang menuduhnya sebagai ZINDIK yang kebanyakannya merupakan orang Feqah, kedua mereka yang mengatakan Syeikh ini sebagai Wali Allah Yang Agung.

Tetapi sekiranya Qutubul Aulia’ Syeikh Abdul Qadir Jailani menerima dan mempersetujui pendapat dan pandangan Ibnu Arabi..maka siapalah kita.

Kadang kadang, saya pelik juga tentang hal kucing kucing kurap yang mengiyau-ngiyau ditengah malam cuba mengaum seperti harimau. Pecah anak tekak baru tau. Selamat membaca.

Fakir Abdillah.
………………………………………………………………………………………………..............................................


WUJUD MUTLAK

Yang wujud mutlak itu jauh lebih tinggi dari jangkauan wujud atau kenyataan hingga tidak dapat diceritakan. DIA Maha Esa dan tidak batas / sempadan, tidak berbentuk dan tidak dapat dikualitikan.

PUSAT-nya dimana mana dan sempadannya tidak diketahui. Kita hanya tahu DIA ada, itu sahaja. DIA ialah Allah. Firman Allah didalam Al-Ikhlas : Allah Hu SAMAD : KepadaNyalah bertumpu segala-galanya.

MutlakNya pun tidak dapat diceritakan. Dia sangat SUCI dan tidak dapat langsung diketahui. Ia cukup sendiri dan berdiri sendiri, bercakap sendiri, melihat sendiri dan sebagainya. Tidak ada yang lain ( ghayr ) kecuali DIA.

RUH

RUH itu keluar atau terbit dari YANG MUTLAK. Ibarat cakap keluar dari orang yang bercakap atau ibarat cahaya terbit dari matahari.

Ruhlah merupakan TAJALLI pertama dari Yang Mutlak. Ia dipanggil KALAM.

Ruh itu ghaib atau tidak dapat dilihat dengan mata kepala / mata kasar. Ia diketahui wujudnya melalui kesannya. Oleh itu Tajalli Kedua ialah Tempat Kesan itu terzahir iaitu Jasad / Tubuh. Jika tidak ada HAWA kesan ADAM pun tidak ada.

Ruh ada 2 jenis : pertama RUH SEMESTA atau RUH SEJAGAT, kedua ialah RUH INDIVIDU.

Ruh Semesta ialah NASKAH bakat bakat semua perkara yang tidak berubah-ubah.

Ruh Individu ialah Ruh Persaorangan. Tiap tiap badan fizikal ada ruhnya sendiri. Matahari , bulan, bintang, bumi dan lain lain badan mempunyai ruh masing masing.

Didalam agama ruh digelar sebagai MALAIKAT.

WUJUD & ADOM

WUJUD dan ADOM ( Tiada ) bukanlah tambahan kepada MAUJUD ( sesuatu yang wujud ) dan MA’DUM ( sesuatu yang tidak ada ).

Wujud & Adom adalah maujud dan ma’dum itu sendiri.

Tiap tiap yang maujud ( yang ada ) mempunyai 4 jenis wujud melainkan Wujud Allah mempunyai 3 jenis sahaja.

Pertama – Wujud dalam Ain atau Zat
Kedua – Wujud dalam Ilmu
Ketiga – Wujud dalam Perkataan
Keempat – Wujud dalam Tulisan

Allah pula tidak boleh wujud dalam Ilmu kita. Pengetahuan kita tentangNya ialah TIDAK TAHU.

Jadi bagaimana caranya kita hendak MENGENAL ALLAH ?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan