Isnin, 17 Mei 2010

RUKUN ISLAM YANG KEDUA MENDIRIKAN SOLAT 5 WAKTU SEHARI SEMALAM Dari Kacamata Ilmu Hakikat………………………

SEMBAHYANG ialah SOLAT. Perkataan sembahyang tidak ada digunakan didalam Al-Quran. Yang digunakan ialah perkataan solat.

Pengertian Solat mengikut Hakikat ada sedikit perbezaan dengan pengertian Syariat.

Pada Ilmu Syariat pengertian kalimah Sembahyang dan Solat adalah sama. Sembahyang ialah satu ibadah wajib yang bermula dari niat dan berakhir dengan salam dengan mengikut rukun ( Rukun 13 ) dan lain lain syarat, dimana manusia sebagai hamba menyembah Allah sebagai Tuhan yang menciptakannya.

Dari segi Ilmu Hakikat , solat tidak sekali-kali boleh diertikan sebagai SEMBAHYANG. Adapun hakikat solat itu ialah berdiri menyaksikan diri sendiri iaitu bersaksikan diri kita sendiri bahawa Tiada Nyata Pada Diri Kita Hanya Allah iaitu Diri Batin ( Muhammad Mustaffa ) dan Diri Zahir kita itu menanggung Rahsia Allah.

Pengertian SOLAT HAKIKI terhurai dalam kalimah ALHAMDU ( eja jawi = alif – lam – ha – mim - dal ) yang bermaksud SEGALA PUJI MILIK ALLAH. Inilah perkataan yang mula mula dilafazkan oleh manusia iaitu Nabi Allah Adam a.s

ALIF Melambangkan NIAT kerana niat itu ialah menzahirkan DIRI BATIN. Diri inilah IMAM yang kita ikuti iaitu ULIL AMRI atau pemerentah / pemimpin.

LAM Bila telah nyata Diri Batin, maka kita lafazkan TAKBIR RATUL IHRAM. Maka bermula dari sini bukanlah manusia yang berkehendak tetapi segala-galanya adalah digerakkan oleh Allah.

HA Apabila telah nyata Allah menguasai diri kita, maka kita pun rukuk menandakan kita tunduk patuh akan Kebesaran Allah dan sedia patuh menerima segala PerintahNya.

MIM Maka diri kita mengakui bahawa Zat Allah itulah Tuhan Sekalian Alam yang meliputi seluruh diri kita mengwujudkan dan menghidupkan kita. Kita pun sujud menandakan kesyukuran kita.

DAL Satelah kita tahu Zat telah mengurniakan kepada diri kita menjadi KhalifahNya dibumi ini , maka kita pun merendah diri atas Kurniaan itu ( yang tidak dikurniakan Allah kepada makhluk lain selain manusia )

RINGKASAN ALHAMDU

ALIF = Niat
LAM = Berdiri Betul
HA = Ruku’
MIM = Sujud
DAL = Duduk Antara Dua Sujud

HURAIAN TENTANG NIAT


Usalli Fardhu Rakaat Lillah Hi Taala
Usul Diri Rangka Nyata Allah

Usalli = Kita berniat untuk mengusul asal diri kita
Fardhu = Fardhu ialah Diri Yang Di-usul
Rakaat = Rangka kita ialah Jasad yang dizahirkan
Lillah Hi Taala =

Nyata Allah melalui jasad yang zahir. Barulah dapat diusul akan Asal Usul Diri. Maka setelah diusul nyatalah Allah itu Meliputi Diri Zahir dan Diri Batin.

Diri Zahir tiada mempunyai apa apa daya melainkan melakukan Af’al Allah semata-mata. Dengan KESEDARAN itu maka Nyatalah Kebesaran Allah dan kitapun TAKBIR untuk mengESAkan Zat Tuhan itu meliputi sekalian diri.

HURAIAN TAKBIRATUL IHRAM

Allah = Sifat Napsiah = 1
Hu = Sifat Salbiah = 5
Akbar = Sifat Maani & Maknuyah = 14

Maka nyatalah ke 20 Sifat Sifat Kebesaran Allah didalam ucapan ALLAH HU AKBAR.

CARA CARA SOLAT HAKIKI
SOLAT PADA PANDANGAN IBNU ARABI
SOLAT PADA PANDANGAN SYEIKH ABDUL QADIR JAILANI
SOLAT PADA PANDANGAN SYATTARIAH

Sila rujuk entri terdahulu bertajuk KHUSU’ & LALAI dalam Solat.
Sila lihat ARKIB BLOG.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catat Ulasan