Ahad, 16 Mei 2010

RUKUN ISLAM UNTUK MENYATAKAN KEIMANAN LIMA PERKARA YANG NYATA Dari kacamata Ilmu hakikat…………..

1 Mengucap Dua Kalimah Syahadah – Kalimah Tauhid & Kalimah Rasul
2 Mendirikan Solat 5 Waktu Sehari Semalam
3 Berpuasa Pada Bulan Ramadhan
4 Menunaikan Zakat & Fitrah
5 Mengerjakan Rukun Haji Ke Baitullah Jika Berkemampuan

RUKUN ISLAM YANG PERTAMA
MENGUCAP DUA KALIMAH SYAHADAH

Prolog

Dalam pergaulan bersama anak anak muda , fakir dapati agak ramai juga anak anak kita yang tidak mengetahui akan apa yang dikatakan Kalimah Tauhid & Kalimah Rasul sedangkan mereka menyebutnya sebagai Mengucap Dua Kalimah. Mengucap ..itu mereka tahu dan faham.

Maka perlulah kita menjelaskan kepada anak anak kita bahawa Kalimah Syahadah itu terdiri dari dua Kalimah atau perkataan, pertamanya Kalimah Tauhid yakni perkara yang melibatkan Pengakuan kita akan Ketuhanan Allah. Kedua disebut sebagai Kalimah Rasul yakni pengakuan kita berkaitan Kerasulan Baginda Rasullullah Junjungan kita Nabi Muhammad bin Abdullah. Oleh kerana itulah Syahadah itu disebut sebagai Dua Kalimah bukan satu dan bukan tiga.

KALIMAH TAUHID

Ash Hadu Alla Ilaha Illallah ( sebut ikut tulisan jawi )

Pengertian yang ditashdiqkan didalam hati menentukan Tahap Tauhid sasaorang muslim itu. ( ini telah dibicarakan dahulu dalam bab tauhid ) Mengikut Imam Ghazali dan dipersetujui oleh ramai ulamak, tauhid itu bertingkat tingkat ( peringkat ? ) bermula dari Tauhid Orang Awam hinggalah ke Tauhid Peringkat Tertinggi.

a. Tauhid Orang Awam
Tauhid mengikut pengertian Syariat ditashdiqkan sebagai :-

Aku naik saksi bahawa Tiada Tuhan Yang Disembah Melainkan Allah . ( ramai orang tidak faham maksud perkataan naik saksi berbanding perkataan aku naik teksi – fikirkanlah apa sebenarnya yang hendak diberitahu oleh orang yang mengucapkan aku naik saksi itu kerana tashdiq itu berkaitan apa yang difahami )

b. Tauhid Orang Khusus
Tauhid Peringkat Kedua. Ditashdiqkan Sebagai :-

Aku mengaku bersaksikan diriku sendiri bahawa Tiada Yang NYATA didalam diriku Hanya ( Melainkan ) Allah Semata-mata.

Yang mengaku ialah YANG BERSUARA itu dan yang menyaksikan ialah YANG MENYAMPAIKAN SUARA itu.

c. Tauhid Khusus / Tauhid Peringkat Tertinggi / Tauhid Orang Makrifah – ditashdiqkan sebagai :-

LA MAUJUDA ILLALLAH
Tiada yang Wujud Hanya Allah – Dirinya Sendiri Pun Tidak Wujud.

KALIMAH RASUL

Wa Ash Hadu Anna Muhammadar Rasulullah ( baca ikut ejaan jawi )

a. Tauhid Orang Awam : ditashdiqkan sebagai

Aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad Itu Adalah Pesuruh Allah

b. Tauhid Orang Khusus : ditashdiqkan sebagai

Aku mengaku bersaksikan diriku sendiri bahawa Akulah Muhammad Menyampaikan Haq Allah

Yang Mengaku ialah Yang Bersuara itu dan Yang Menjadi Saksi ialah Yang Menyampaikan Suara itu.

Yang Bersuara mengistiharkan bahawa Dialah Muhammad yang menyampaikan Haq Allah kepada Yang Menyampaikan suara itu.

c. Tauhid Peringkat Tertinggi : ditashdiqkan sebagai

La Maujuda Illallah : Tiada Yang Wujud Hanya Allah

Oleh kerana Yang Wujud adalah SATU sahaja iaitu Allah, maka tiada ditashdiqkan berkaitan Muhammad kerana Muhammad itu ditauhidkan sebagai Sifat Allah Yang Agung sedangkan Zat dan Sifat itu tidak boleh dipisahkan. Sifat Muhammad adalah Zat Allah dan dialah Ruh Al Quddus iaitu Nyawa manusia yang menyampaikan Kalimah Tauhid itu dari DiriNya untuk DiriNya. Dia itu Aku dan Aku itu Dia Yang Wujud Mutlak ialah Dia ..tiada yang lain.

Untuk mendapat lebih penjelasan sila baca Ana Al Haq, Sirrur Asrar , Mengenal Diri Dr Quzwain & Kitab Kitab Ibnu Arabi.

HURAIAN KALIMAH TAUHID

Terjemahan kebahasa Melayu kalimah kalimah bahasa Arab didalam Kalimah Tauhid berdasarkan Ilmu Syariat yang ditashdiqkan sebagai : Tiada TUHAN YANG DISEMBAH …TIDAK MENEPATI MATLAMAT SEBENAR perkataan perkataan Arab yang terdapat didalam Kalimah Tauhid apalagi untuk menyampaikan maksud sebenar .

Perkataan Arab yang bermaksud TUHAN iaitu RABBI tidak terdapat didalam Kalimah Tauhid

Perkataan Arab yang bermaksud YANG DISEMBAH iaitu FA’ BUDUHU juga tidak terdapat didalam Kalimah Tauhid.

Jika hendak diertikan juga seperti mana terjemahan Melayunya, maka Kalimah Tauhid seharusnyalah disebut sebagai La Rabbi Fa’ Buduhu Illallah.

Namun yang nyata ialah Kalimah Tauhid itu tetap La Ilaha Illallah. Terjemahan kebahasa Melayu yang tepat maksudnya ialah Tiada Yang Nyata Hanya Allah. Itulah makna dan kebenarannya.

Dengan pengertian dan tashdiq ini, kita mengaku bukan sahaja didalam bab sembah menyembah tetapi meliputi keseluruhan hidup kita dimana diam dan gerak kita, rezeki, jodoh, buruk, baik, jahat malah segalanya, semuanya adalah ditangan Allah semata-mata…tiada yang lain.

Bersambung….huraian Kalimah Rasul.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan