Khamis, 13 Mei 2010

TAHAP TAHAP IMAN ...dari kacamata ILMU HAKIKAT

TAHAP TAHAP IMAN

Iman sasaorang muslim itu bertingkat-tingkat mengikut 4 perkara :-

1 Mengikut cara ianya memperolehi Iman itu.

2 Mengikut apa yang di-iqtikadkannya atau apa yang difahaminya berkaitan perkara perkara yang diimaninya itu.

3 Mengikut pengertian Iman yang dijelaskan Allah didalam Al-Quran.

4 Mengikut apa yang ditasdiqkannya dalam Kalimah Syahadahnya.


MENGIKUT CARA IA MEMPEROLEHI IMAN ITU

Kepercayaan yang dikatakan Iman itu diperolehi oleh sasaorang itu dengan berbagai cara.

a. Keturunil / Ikutil Iman

Pertamanya oleh faktor keturunan dan faktor persekitarannya. Oleh kerana ibu bapanya orang Islam, maka secara otomatik dia percaya kepada kepercayaan kedua ibu bapanya itu. Ini disebut sebagai Keturunil Iman. Yang demikian dia mengikut Iman kedua ibubapanya dan masyarakatnya. Jadi dikatakanlah sebagai IKUTIL IMAN yang sama tarafnya dengan KETURUNIL IMAN.

b. Ilmu Iman

Keduanya apabila disekolah dia diajarkan oleh uztaz / guru tentang apa yang diimankannya itu. Iman yang diperolehi dengan belajar ini disebut sebagai ILMU IMAN.

c. Nurul Iman

Seterusnya jika dia mempelajari sendiri dengan secara mendalam akan apa yang diimaninya itu, Allah akan memberikan kepadanya pengetahuan secara terus yang dia sedari atau tidak sedari akan pengertian pengertian yang lebih mendalam tentang perkara perkara yang diimaninya itu. Ini disebut sebagai NURUL IMAN.

d. Haqqul Iman

Sekiranya sasaorang itu atas Kehendak Allah jua mempelajari dengan lebih mendalam akan agamanya dengan menggali ilmu dari Kitab Sucinya biasanya dia akan mendapat ilmu yang lebih halus berkaitan DIRInya dan TUHANnya.

Lantas pemahamannya menjadi berbeza dengan apa yang difahamkannya pada peringkat awal atau sebelumnya. Maka jelas kepadanya siapakah DIRInya dan siapakah TUHANnya. Maka berpegang teguhlah ia pada iman itu.

Dia sekarang sedar bahawa TIDAK ADA YANG WUJUD di-alam semesta ini dan juga di-dalam jasad dan dirinya sebagai manusia, melainkan Tuhannya iaitu Allah SWT semata-mata.

Iman yang sebegini disebut sebagai HAQQUL IMAN.


MENGIKUT APA YANG DITASHDIQKAN DI-DALAM HATINYA BEKAITAN RUKUN IMAN.

Apa yang ditashdiqkan dihati berkaitan Tuhan , Malaikat, Rasul Rasul, Kitab Kitab, Hari Kiamat dan Qada’ & Qadar tertakluk kepada dalamnya ilmu dan pemahaman sasaorang itu.

Jika didalami ilmu pengetahuan mengenainya maka pemahaman akan menjadi luas dan mendalam dan akan bertingkat naiklah IMAN sasaorang itu seperti dinyatakan sebelum ini.

Sebagai saorang muslim, sekiranya apa apa yang dipercayai oleh sasaorang itu TIDAK BERTENTANGAN dengan PENGERTIAN UMUM – RUKUN IMAN, maka tidaklah ada apa apa yang salah.

Tahap tahap iman yang disebut diatas Cuma merupakan peningkatan ilmu yang menghasilkan peningkatan keimanan sasaorang itu.


MENGIKUT DEFINASI IMAN YANG DITERANGKAN OLEH ALLAH DI-DALAM AL-QURAN.

Di-dalam Al-Quran, Allah meng-ertikan orang orang yang beriman itu seperti dijelaskan dibawah :-

Pertama - Orang orang yang beriman itu ialah orang orang yang mendirikan solat, menunaikan zakat dan percaya kepada adanya Hari Akhirat.

Kedua - Orang orang yang beriman itu merupakan orang orang yang TIDAK BIMBANG berkurangan PAHALA dan tidak pula TAKUT bertambah dosa.

Ketiga - Orang orang yang beriman itu ialah orang orang yang apabila disebut sahaja NAMA ALLAH maka GEMENTARLAH JIWANYA.

Jika ingin mengetahui akan definasi Allah berkaitan orang yang tidak beriman, maka TERBALIKKANLAH ayat ayat tersebut.

Berdalilkan ayat ayat Al-Quran diatas, adalah jelas bahawa mengikut Allah – IMAN itu BERTINGKAT NAIK.


MENGIKUT TASHDIQ KALIMAH SYAHADAH.

Akan dijelas apabila membincangkan Tahap Tahap TAUHID.

Entri akan datang…..

Tahap Tahap TAUHID.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan