Selasa, 18 Mei 2010

MANUSIA BARU - KEHIDUPAN BARU



Dizaman pemerintahan Dr Mahathir, rakyat Malaysia disarankan menjadi manusia yang berfikiran positif dengan slogan MALAYSIA BOLEH. Dizaman Pak Lah pula lagi hebat kita disarankan supaya menjadi manusia Cemerlang , Gemilang supaya Terbilang. Ini retorik atau cerita politik untuk menjadikan manusia Malaysia itu umat yang berjiwa besar. Boleh ke dicapai ?

Jawapannya boleh kalau kita dapat menjadikan diri kita MANUSIA BARU yaitu manusia lama yang dapat dilahirkan semula buat kedua kalinya dengan cara melahirkan dengan segera apa yang dikandungnya sejak ianya dilahirkan kedunia oleh ibunya !!!!

Persoalan pertama Apakah manusia baru itu ?

Persoalan kedua Apakah maksud kelahiran kali kedua itu ?

Persoalan ketiga Apa maksud kita mengandung dan perlu segera melahirkan kandungan kita itu ? Kalau kita lelaki atau jantan tak masuk akal kita boleh mengandung kerana yang boleh mengandung perempuan dan betina sahaja ?

Persoalan keempat Jika betul apa yang dikatakan diatas maka bagaimanakah caranya kita boleh menjadi MANUSIA BARU itu ?

Persoalan kelima Maksud kehidupan baru tu apa ?

Teruskan membaca rialah ini. Renung dan fikirkanlah atau bertafakurlah. Bukankah bertafakur sesaat itu lebih baik dari beribadah seribu tahun ?. Kalau ingin menjadi manusia baru, maka cari ilmunya dan amalkan bersungguh-sungguh. Ini pesanan aku kepada diriku dan kepada kamu.

HIDUP / HAYYAT

HIDUP itu mempunyai ALAMnya sendiri. Dia yaitu yang dikatakan HIDUP itu memberi kehidupan kepada yang ada, termasuk kita. Yang diberikannya ialah ISI. Aliran hidup ertinya TIADA MATI atau BEKU.

Kebanyakan orang tidak pandai membawa hidup kerana membawakan kehidupan sendiri TANPA ADA PENGERTIAN HIDUP atau tak faham apa yang dikatakan HIDUP itu.

Persoalan keenam Apa ertinya HIDUP yang sebenarnya ?

Persoalan ketujuh Dimanakah letaknya HIDUP itu ? Pada kesengsaraankah, pada sukakah, pada dukakah pada hartakah atau pada wang dan pangkat ?

Jawapan kepada persoalan ketujuh diberikan oleh seorang Hamba bernama DR BAGINDO MUCHTAR. Beliau mengatakan letak HIDUP itu bukan pada kaya, pada miskin, pada mulia, pada sengsara, suka duka, wang pangkat atau harta dan sebagainya. Yang disebut diatas itu pada hakikatnya AKIBAT perjalanan kehidupan bukan HIDUP itu sendiri. Contohnya kambing, lembu, kucing, anjing dan lain lain tidak kaya bahkan tak punya apa apa juga HIDUP.

Untuk menjawab persoalan keenam, DR BAGINDO MUCHTAR mengatakan bahawa HIDUP itu ada pada DIRI KITA sendiri dan DIRI itu ada dalam TUBUH kita. Dan DIAlah yaitu DIRI, yang meisi kehidupan kita didunia dan akhirat nanti. DR BAGINDO MUCHTAR merujuknya sebagai DIRI, saya merujuknya sebagai NYAWA. Samalah tu.

Persoalan Kelapan Semasa kita menjalankan kehidupan katakanlah semasa kita mencari REZEKI, adakah kita membawa NYAWA atau DIRI itu bersama ?

Jawapan orang awam Ya tentulah kita ada bawa bersama. Macam mana pula orang tak bawa nyawa boleh mencari rezeki. Kan ada kita bawa bersama.

Jawapan Bagindo Aku mengatakan TIDAK, kerana sungguhpun kemana saudara pergi dia ada bersama saudara TETAPI untuk melancarkan usaha saudara DIA tidak saudara bawa serta dengan erti yang sebenarnya. Maksudnya dalam menguruskan kerja kita itu DIA tidak ikut serta atau berjasa pada usaha kita itu diluar, dia hanya didalam sahaja, keadaannya PASSIF atau langsung TIDAK AKTIF.

Dan untuk MENGAKTIFKANNYA perlu dia selain DIKETAHUI ke –ada-annya ( atau akui dia itu ADA ) kita juga harus mengerti CARANYA dan kita usahakan supaya dia selain MEISI KEHIDUPAN kita DIDALAM juga MEISI KEHIDUPAN kita DILUAR.

PETUNJUK atau PERINTAH ALLAH didalam AL-QURAN Surah Ar-Rum Ayat 8 :-

Tidakkah mereka memikirkan APA YANG DIDALAM DIRINYA SENDIRI ?

Soal Ada apa didalam DIRI kita itu ?

Jawab Yang ada ialah sumber kehidupan sebenar . Itulah yang disebut sebagai HIDUP . Jadi DIRI itu HIDUP dan HIDUP itu DIRI. DIRI itu meisi kehidupan kita didalam. Ianya seperti darah kita yang mengalir BEZANYA darah itu nyata yaitu dapat dilihat, DIRI itu TIDAK NYATA atau GHAIB. Yang nyata Cuma KESANNYA saja. Ada pada SEBUTAN tak ada dalam pandangan Mata Kasar.

Huraian / Penjelasan Lanjut

Dan adalah yang dinamakan DIRI itu merupakan kumpulan kumpulan ISI ISI atau BUTIR BUTIR yang berasal dari HIDUP yang DIDATANGKAN oleh YANG MAHA HIDUP. Dia hidup dan menjaga. Dan adalah KANDUNGAN DIRI itu ialah ZAT SERBA ZAT tiada yang lain. Zat tersebut meisi dan mealiri jalannya kehidupan didalam. Seluruh aliran itu menimbulkan RUHANI yang merupakan gambaran dari JASMANI.

TENAGA HIDUP

Yang demikian kita rumuskan bahawa ada DUA TENAGA HIDUP pada kita ini :-

Pertama TENAGA LAHIR yang berasal dari tenaga hidup YANG DIHIDUPKAN yang menjadi TENAGA JASMANI. Datangnya dari ZAT MAKANAN yang kita makan dan minum.

Kedua TENAGA BATIN yang bersal dari TENAGA HIDUP YANG SEBENARNYA HIDUP yang ADA DIDALAM dan DILUAR batang tubuh kita ( Udara ) Dialah POKOK KEHIDUPAN. Dialah yang dikatakan DIRI. Dia juga yang dikatakan HIDUP Dia juga yang dikatakan NYAWA. Dia jugalah yang dikatakan RUH. Dia jugalah yang dirujuk sebagai AL – LATIFAH RABBANIAH atau KETUHANAN ( bukan Tuhan tetapi Ketuhanan ) dan dirujuk oleh Allah sebagai ROHKU. Aku pula menyebutnya sebagai AKU. Tenaga ini TENAGA HEBAT YANG TERSEMBUNYI DIDALAM DIRI kita yang selama ini belum pernah kita ketahui apalagi kita kuasai dan gunakan.

KENYATAAN

AKU yang BERDIRI DENGAN SENDIRINYA itu mempunyai ALAM sendiri yaitu BADAN ? JASMANI / BATANG TUBUHku disebut sebagai ALAM KECIL atau ALAM SAGHIR. KITA yang terdiri dari badan dan DIRI keluar hidup dialam ALAM KABIR yakni Alam semesta ini.

Maka berjalanlah kita sebagai manusia pada jalan kehidupan yang ada dengan TIDAK MEMPELAJARI jalannya KEHIDUPAN DIDALAM terlebih dahulu. INILAH PUNCA SEGALA MASAALAH

CORAK KEHIDUPAN dengan bersandarkan kepada YANG LUAR tanpa mempedulikan YANG DIDALAM sudah tua umurnya, sudah usang, lapuk dan patut ditinggalkan kerana ianya CARA HIDUP YANG SEBEGINI adalah SALAH. Ia perlu digantikan dengan CARA HIDUP BARU yang lurus lagi benar. Kita PERLU DILAHIRKAN SEMULA menjadi MANUSIA BARU.

CAPAILAH NIKMAT HIDUP itu DENGAN TENAGA BATIN / DALAM bukan dengan TENAGA LAHIR / LUAR.

Untuk memenuhi keperluan hidup kita kena berjuang memerah tenaga dan otak. Perjuangan ini menggunakan banyak tenaga yaitu tenaga lahir yang berasal dari zat zat bahan makanan yang diperolehi diluar.

Akhirnya tenaga kita habis tetapi hasilnya tidak seberapa !!!!

Maka jelaslah bahawa KELEMAHAN dan KEKURANGAN terletak pada badan kita sendiri. Kemahuan, cita cita dan kehendak kita banyak, nafsu kuat akan tetapi DAYA & TENAGA LEMAH.

RUMUSANNYA ialah yang kurang pada kita ialah TENAGA atau energie. Kita kekurangan tenaga untuk mencapai yang kita hendak. Dan SALAHNYA pada kita sendiri kerana ENGKAR PERINTAH ALLAH melalui Surah Ar- Rum Ayat 8 itu yaitu tidak hendak memikirkan apa yang didalam diri kita tidak mahu menyelidik dan belajar keadaan diri kita sendiri. Tak habis habis memandang keluar sahaja.

Mempelajari keadaan sendiri bererti MEMPELAJARI APA YANG ADA PADA KITA. Allah tidak sia sia menciptakan kita. Keadaan kita yang paling sempurna. Sempurna maknanya CUKUP.

SOALNYA KENAPAKAH HIDUP KITA DIDUNIA INI MASIH LAGI SERBA KEKURANGAN ? Bukan Tuhan yang salah TETAPI KITALAH YANG BODOH kerana MENGAMALKAN CARA HIDUP YANG SALAH.

Ketahui dan YAKINILah bahawa Allah SWT amat Pengasih Dan Penyayang. Allah telah mengurniakan kita bekalan yang secukupnya untuk menikmati hidup didunia ini. MODAL untuk kita MENIKMATI bukan sahaja CUKUP tetapi TIDAK PERNAH HABIS dan PUTUS.

Soal MODAl ! , modal apa tu ?
Soal Mana letaknya modal tu ?
Soal Macam-mana nak mengambil dan gunakannya ?

Jawab MODAl tu terrahsia kerana ianya RAHSIA. Modal itu hebat mempunyai tenaga tersembunyi yang sangat hebat yaitu TENAGA GHAIB dan AJAIB.

Ianya tenaga ghaib yang berisikan NIKMAT, bukan yang dimurkai dan bukan yang sesat. Macam-mana boleh sesat kerana ianya datang terus dari DIA YANG MAHA BENAR.

Rupa rupanya selama ini kita berfikir, bekerja bergerak dan sebagainya DENGAN TENAGA LAIN. Tenaga ini terhad dan diluar kemampuan kita, tetapi kita paksakan juga.

Kita terlupa bahawa segala-galanya telah diatur oleh YANG MAHA PENGATUR yaitu YANG MAHA GHAIB. Musuh musuh kita yaitu nafsu, syaitan dan iblis juga ghaib. Kita pula terdiri dari YANG NYATA dan YANG GHAIB. Zahir dan Batin. Tetapi Yang Batin selalu kita terlupa.

Oleh itu untuk hidup bahagia, selain menggunakan tenaga lahir mestinya juga kita gunakan tenaga batin. Daya tenaga batin lebih hebat dari tenaga lahir. Ia sudah berada bersama kita sejak kita dilahirkan akan tetapi tidak pernah kita gunakan lantaran kita TIDAK TAHU.

IBLIS bersumpah untuk MENYESATKAN keturunan ADAM dan permintaan kepada Allah untuk hidup selamanya telah diperkenankan. Hanya SEDIKIT dari keturunan Adam yang dikecualikan Iblis dalam usaha menyesatkannya. Yang sedikit ini Iblis tak sanggup memperdayakan. Kenapa ?

Firman Allah : Mereka bertanya kepadamu Muhammad mengenai RUH, jawablah tiada diberitau tentang itu kecuali SEDIKIT.

Tenaga ghaib yang tersembunyi itu dikurniakan Allah kepada Nabi Adam dan turun temurun kepada kita. Inilah yang dirujuk oleh Allah sebagai yang SEDIKIT. Ini berlaku apabila Iblis enggan sujud kepada Adam. Dan DIA jugalah yang dijelaskan Allah berkaitan RUH kepada Nabi kita. Sedikit itu bagi Allah. Bagi kita SEDIKIT itu merupakan rahmat yang tidak terhingga. Apakah yang SEDIKIT itu. Firman Allah :-

Surah Al Hijr Ayat 29


Aku hembuskan kepadanya daripada RuhKuItulah yang SEDIKIT.

DIA yaitu DIRI memberi HAK HIDUP kepada kita. Kehidupan kita terbatas. Batasnya ialah bulu dan kulit kita. Hak mati pada Yang Memberi yaitu Allah. Sampai waktunya dijemput pulang, maka hak memakai oleh badan pun luputlah.

Tenaga ghaib yaitu DIRI kita itu dahsyat tenaganya kerana bukankah itu KUDRATULLAH dari Yang Bersifat Ketuhanan ? Hanya dengan IKUTSERTAKAN tenaga ghaib segala rintangan dan halangan boleh selesai kerana seluruh isi alam semesta ini adalah ciptaan Yang Maha Ghaib.

Tenaga tersembunyi itu ada pada DIRIMU dan BUKAN dibadanmu. Dia ada padamu dan banyak diluar .

Pada kita LANGIT adalah kepala kita, BUMI adalah perut kita dan hidup kita adalah antara langit dan bumi. Kita berpijak dibumi Tuhan yaitu tempat badan dikembalikan. HIDUP dibawah naungan TUHAN ( langit ) tempat DIRI kembali. Badan dari tanah kembali ketanah, DIRI dari Allah kembali kepada Allah jua. Dua perkara ini disatukan menjadi kita MANUSIA. Satu NYATA satu pula GHAIB atau TERSEMBUNYI. Keduanya mempunyai TENAGA. Tenaga manakah yang anda mahu ?. Ingatlah bumi dibawah langit diatas. Mahu kebawah atau keataskah kita ?

Keretapi berjalan mengikut jalannya sendiri yaitu dikenal sebagai landasan, kereta pula jalannya ialah jalanraya. Bila kita naik keretapi atau kereta kita sebenarnya menumpang jalan keretapi atau jalan kereta. Dimanakah jalan milik kita sendiri ? Tidak mengapa menumpang tetapi biarlah masing masing mempunyai jalan mereka sendiri.

Bagi kita jalan kita ialah jalan DIRI kita. Jalan Diri kita letaknya pada kita didiri kita CARILAH JALAN ITU. TEMUINYA DAN GUNAKANNYA. Ianya jalan yang lurus lagi benar kerana berasal dari YANG MAHA BENAR.

Oleh itu marilah kita pelajari DIRI KITA masing masing DARI DALAM bukan DARI LUAR.

SELAMA ini JALAN yang banyak kita gunakan ialah JALAN FIKIRAN KITA yang tidak boleh dijadikan pedoman kerana banyak simpang siurnya dan sangat diragukan kebenarannya. Ianya BUKAN jalan YANG LURUS.

BILA kita telah TEMUI jalan DIRI kita, hendaklah kita berjalan dengannya kerana dialah HIDUP. Fikiran yang dari otak dihidupkan oleh DIRI. DIRI yang telah menembusi bulu dan kulit mengandung seribu daya Zat serba Zat dan kita akan mengetahuinya bukan dengan mata kepla atau lain lain pancaindera. Kita mengetahuinya dengan RASA yaitu PERASAAN KITA. Orang mengatakan Mata Hati . Ada matakah Hati kita itu atau Matahati itu ialah RASA yang kita rasakan ?

JALANNYA YANG DAPAT BETUL KITA RASAKAN IALAH MELALUI HUJUNG JARI KITA JARI JARI YANG SEPULUH ITU. PADANYALAH LETAKNYA RAHSIA HIDUPMU DIDALAM.

Yang dikatakan jalannya diri itu sama juga dengan PANCARAN dari dalam tubuh kita seperti karan pada dawai letrik. Jadi yang hendak dicari ialah PANCARAN dari dalam tubuh kita sendiri. Jika terus diturutkan pancaran ini ianya akan MELAHIRKAN bermacam-macam pergerakan pada anggota kita yang tidak dapat kita kawal dengan otak kita.

Ketahuilah bahawa DIRI itu dirujuk oleh Allah sebagai RUHKU yaitu RUH TUHAN. Jadi kita katakan RUH yang digelar DIRI itu KETUHANAN

Firman Firman Allah :-

Surah As Shad Ayat 72


Aku hembuskan kepada Adam daripada RUHKU.

Surah Az Zuriat Ayat 21


Dan didalam diri kamu dan kamu tidak melihat

Surah Al Baqarah Ayat 87

Aku perkuat manusia dengan RUH AL-QUDSI

Ketahuilah juga bahawa tidak ada yang sulit disisi Tuhan.

Oleh kerana DIRI itu bersifat Ketuhanan padanya :-

Segala kesulitan dapat diselesaikan,
Kalau kita ketahui padanya ada UBAT kalau kita pandai menjalankanya segala penyakit akan terubat
Kalau kita ketahui padanya ada rezeki, dan kalau kita perkembangkan maka akan mudahlah rezeki kita,
Dari itu jadilah kita orang serba tahu di jalannya DIRI.

SOALAN PADA DIRI SENDIRI

Kenapakah sewaktu kita belum dikeluarkan dari ALAM YANG SEMPIT DAN TERBATAS yaitu RAHIM IBU kita, kita tidak merasa susah akan tetapi setelah keluar ke dunia yang luas terbentang kita susah dan menderita ? Kita sebenarnya dikeluarkan dari tempat yang senang / Rahim Ibu didatangkan dari tempat yang sesenang-senangnya yang memberi segala kesenangan.

Jawabnya ialah kita tak tahu di DIRI dan telah melupakan DIRI sendiri. Kita telah menurutkan JALAN MATI bukan JALAN HIDUP.

ELOKLAH KITA KEMBALI KEJALAN YANG BENAR dan TINGGALKAN JALAN SESAT.

YANG BENAR IALAH DIRI kita BUKAN BADAN kita. DIRIlah yang HIDUP dan pada BADAN letaknya KEMATIAN.

ORANG YANG BERPEGANG PADA BADAN BERERTI MENEMPUH JALAN MATI DAN YANG BERPEGANG PADA DIRINYA MENEMPUH JALAN HIDUP.

MAKA HENDAKLAH KITA TINGGALKAN JALAN HIDUP CARA LAMA KERANA TIDAK MEMUASKAN DAN HENDAKLAH KITA HIDUP DENGAN JALAN HIDUP YANG BARU YAITU JALAN YANG BOLEH KITA TEMUI

DENGAN MENGENAL DIRI ITU YAITU POKOK JALAN KEHIDUPAN YANG BERISI.

DENGAN ITU KITA TELAH MENJADI MANUSIA BARU DAN KITA TELAH LAHIR UNTUK KEDUA KALINYA . ALAHAMDULLLAH SUJUD KITA KEPADA ALLAH DENGAN PENUH KESYUKURAN.

JALAN KEHIDUPAN

Dalam kehidupan kita menempuh tiga jalan yaitu :-

Pertama Berjalan dengan sendirinya
Kedua Menjalankan kehidupan sendiri
Ketiga Dibawa berjalan

Perjalanan pertama Semasa dalam kandungan ibu kita berjalan dengan Ilmu Tuhan. Itu sebab kita tidak merasa susah.

Perjalanan kedua Yaitu setelah kita lahir kita harus menjalankan sendiri kehidupan kita. Salah jalan mengakibatkan penderitaan.

Perjalanan Ketiga Yaitu setelah perjalanan sampai kebatas, kita dibawa berjalan untuk kembali keasal.

Perjalanan pertamalah yang terbaik yaitu berjalan dengan Ilmu Tuhan.
Soalnya setelah kita dilahirkan ibu, masih adakah Ilmu Tuhan itu pada kita ? Jawapannya masih ada dan padanyalah terletak RAHSIA kehidupan kita.

DIA menghidupkan kita didalam. Mengaliri dam mengisi jalan kehidupan kita dan terbatas pada kulit dan bulu kita. Pembawaannya yang berjalan dengan sendirinya itu bagi kita TETAP ADA. Dia telah ada semenjak kita diadakan. Keadaan keliling kitalah yang menyebabkan kita lupa atau sampai melupakannya.

Kehidupan kita yang kita warisi setelah kita dilahirkan terlampau banyak dibawa MELIHAT KELUAR dan amat sedikit sekali diberitahu tentang keadaan kita DIDALAM. Kita dididik diasuh kesemuanya mengenai alam diluar sahaja sejak dahulu hingga kini.

Yang dititikberatkan ialah kehidupan lahir. Amat sedikit kita diberitahu mengenai kedudukan yang tidak nampak, yang batin dan yang ghaib.

Kita diberitahu tentang Yang Maha Ghaib yaitu Allah Maha Besar Lagi Maha Berkuasa, tetapi amat sedikit pengetahuan kita tentang JALAN kepadaNya, kerana tidak ada yang dapat menunjukkan jalan yang sebenarnya kerana amat sedikit pula orang yang dapat PETUNJUK akan jalan itu.

Pendek kata kita dididik terlampau jauh melihat KELUAR sampai lupa DIRI SENDIRI yang DIDALAM. Akibatnya cara kita menjalankan kehidupan bercabang cabang kekiri dan kekanan sedangkan jalan kehidupan yang sebenarnya adalah LURUS yaitu keatas untuk kembali kepada TUHAN dan kebawah untuk kembali ketanah.

Jauh dan lama sudah kita berjalan. Apakah HASILNYA ? Kita sebenarnya telah menempuh JALAN KOSONG yang dimurkai dan diperdaya oleh IBLIS.

Percayalah jalan yang lurus, benar, berisi dan tidak dimurkai ADA PADA DIRI kita. Maka cari dan kenalilah DIRI SENDIRI. Untuk mendapat petunjuk HENDAKLAH JANGAN BERDOA SAHAJA, disamping berdoa gunakanlah otak dan kecerdasan kita. Kajilah Al-Quran.

APA LAGI YANG DIMINTA KEPADA TUHAN, SEDANGKAN YANG ENGKAU KEHENDAKKI TELAH DIBERIKAN KEPADAMU. KEBODOHAN KITALAH YANG MENYEBABKAN KITA KEKURANGAN, TIDAK PUAS DAN SEBAGAINYA..

KALAU ENGKAU TELAH MENGETAHUI HAL INI, TIDAK KENA PADA TEMPATNYA LAGI KAMU MINTA PADA TUHANMU, KERANA APA YANG ENGKAU MINTA ITU TELAH DIBERIKAN KEPADAMU SEBELUM KAMU MEMINTA. FIKIRKANLAH. SEMBAHLAH TUHANMU DAN BERSELAWATNYA KEPADA RASULMU MUHAMMAD SAW.

RUHANI DARI KACAMATA ILMIAH

Adalah RUHANI itu tersusun dan terdiri dari ZAT ZAT atau electron electron hidup mengandung tenaga electro magnetic atau bioelectrositet. Apabila electron electron itu keluar dari susunannya yaitu ruhani tadi, maka TENAGA yang keluar dari proses ini BESAR SEKALI akan tetapi tenaga ini tidak dapat dilihat oleh mata kasar atau dikatakan GHAIB. Jadi kita panggilah tenaga itu TENAGA GHAIB atau METAENERGIE. Dengan metaenergie ini kita dapat mengadakan kemungkinan kemungkinan yang kita mahu atau idamkan.

Oleh kerana setiap manusia mempunyai metaenergie ini, maka setiap orang mampu mencapainya asalkan ada kemahuan yang teguh. Oleh itu alangkah baiknya jika kita semua dapat mengenali dan menguasai tenaga ghaib ini.

Tenaga ghaib ini mealiri seluruh batang tubuh kita DIDALAM. Dalam agama Islam kita menyebutnya sebagai RUHANI. Dalam ilmu kita pula yaitu ILMU HAKIKAT kita menyebutnya sebagai DIRI. Adalah jelas bahawa DIRI itu adalah ZAT ZAT. Pada kita ianya ZAT KETUHANAN. Maka ada orang menyebutnya sebagai AL – LATIFAH RABBANIAH.

Untuk DAPAT MEMPUNYAINYA dan MENGUASAINYA sampai dapat merasakan tenaga ghaib itu KITA HENDAKLAH MENEMBUS DINDING KITA.

DIRI itu berdiri dengan sendirinya – berdiri seperti ALIF dan duduk seperti WAU – tak lekang oleh panas dan lapuk dek hujan. Dia Maha Besar, tidak berupa, tidak beranak dan diperanakkan, membentuk segala yang berbentuk merupakan segala yang berupa.

Dia TERRAHSIA. Bagi orang yang mencarinya menjadi tugas pencari MEMECAHKAN RAHSIANYA supaya ianya dapat DIKENAL dan DITEMUI.

Dia sangat dekat bagi orang yang tahu ilmunya dan sangat jauh bagi orang yang tidk tahu rahsianya.

Firman Firman Allah :-

Surah Al baqarah Ayat 186

Jika hambaKu bertanya kepdamu tentang Diriku, bahawa sesungguhnya Aku dekat dan mangabulkan seruan mereka jika Aku dipanggil.

Surah Al Kahfi Ayat 16

Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya.

CARILAH DIA, DIRIMU di alammu sendiri .

Dia memberi dan meisi kehidupanmu. Hidupnya tidak bergantung padamu tetapi kehidupannya sangat bergantung padanya.

RISALAH ini merupakan intipati dari BUKU karangan seorang Hamba Allah yang menamakan dirinya sebagai DR BAGINDO MUCHTAR. Jika anda yang mempunyai keinginan yang kuat lagi teguh untuk menjadi manusia baru yang ingin menemui DIRI YANG SEBENARNYA DIRI maka bacalah bahagian dua risalah ini dan sedekahkan lah FATIHAH kepada penulis yang menyampaikan ilmu dan pengalamannya Saudara kita Saudara Dr Bagindo Muchtar.

Bahagian dua risalah ini akan menjelaskan cara cara yang perlu dilaku dan diamalkan untuk mengenali, menemui dan menguasai DIRI SENDIRI. Sekian Wasallam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan