Jumaat, 21 Mei 2010

TOPIK UTAMA MUZAKARAH …….. KEADAAN RUH DALAM PELBAGAI SUASANA …PERCUBAAN MENJAWAB SOALAN SDRA RIANOPUTRA.



RENTETEN MUZAKARAH YANG MEMBAWA KEPADA PERBINCANGAN…..

Saudara pembaca Yang Di-Rahmati Allah.

Fakir telah menyertai Grup Zikirullah yang diterajui oleh Ustaz Abu Sangkan dari Indonesia. Grup ini sangat aktif membicara dan memuzakarahkan Ilmu Agama Islam demi melaksanakan SERUAN Baginda Rasul tentang Ilmu & Keilmuan.

Ikutilah rentetan muzakarah ilmu melalui e-mail antara Fakir & Saudara Rianoputra saorang ahli milis / ahli majlis –Dzikirullah hingga membawa kepada TOPIK MUZAKARAH UTAMA saperti dibawah :-

SATU : Kenyataan Sdra Rianoputra


Salam perkenalan,

Memang demikianlah adanya, situasi yang kita temui sekarang ini. Banyak persoalan crucial yang melingkar-lingkar didalam umat kita; energi, uang, waktu dan daya upaya habis tercurah untuk menyelesaikan masalah-masalah itu-itu saja. Umat islam-pun tidak bergerak maju bahkan cenderung jalan di tempat, payah tenaga tapi tidak sampai tujuan pula.

Sedang umat lain, mereka iqra dengan sebenar-benarnya...

Mungkin konsep pengajaran oleh ulama-ulama masa lalu perlu dibenahi ya pak sehingga tidak hanya menghasilkan dogma dan fanatisme sempit saja melainkan juga membenahi mindset dan perilaku dalam ber-agama.

Yuk, mulai langkah ini dari diri sendiri dan keluarga kita dulu. Senang berkenalan dengan Anda.

DUA : Ulasan Fakir

Pada pendapat saya tiada apa yang salah yang disampaikan oleh ulamak
ulamak terdahulu.

Barangkali yang salah ialah kita yang masih malas untuk menggali ilmu dari Al-Quran dan enggan mahu berguru dengan Allah sendiri. ...kita tidak mahu mengemukakan masalah kepada Allah sedangkan Allah sentiasa mahu Mendengar dan telah mengajar kita dengan FirmanNya Kepada Allahlah kembali segala persoalan.

Kita lebih percaya kepada manusia berbanding Allah ..sedangkan didalam IQRA' Allah menegaskan ..Bacalah dengan menyebut Nama Tuhan kamu...Allah yang mengajar dengan Kalam..ulamak kita kata Allah mengajar Nabi Muhammad bukannya kita ..sedangkan kita pun Muihammad juga ....

TIGA : Pertanyaan Sdra Rianoputra

Assalamualaikum,

ulamak kita kata Allah
mengajar Nabi Muhammad bukannya kita ..sedangkan kita pun Muihammad
juga ....


Tolong jelaskan maksud saudara diatas ya sebab saya kurang jelas... maaf ya.

Terima kasih.

EMPAT : ULASAN Fakir.

Allah yang mengajar dengan Kalam..ulamak kita kata Allah
mengajar Nabi Muhammad bukannya kita ..sedangkan kita pun Muihammad
juga ....

Maksud saya ialah ....Allah lah pemilik segala ilmu dan Allahlah yang
mengajar semua manusia. Untuk faham hal ini kita kenalah faham dulu
akan Sifat Allah iaitu Mutakallimun = Maha Berkata-kata. Ya
bagaimanakah harus difahami cara Allah berkata-kata itu ? Adakah
manusia yang pernah dengar suara Allah ? Ulamak Syariat akan memberi
jawapan yang otak kita susah hendak terima : Jawapan biasa ialah Allah
berkata-kata tanpa huruf dan tanpa suara. Otak kita akan kata bagaimana ya mahu bicara ngaak ada suaranya ?

Yang bicara itu ya bukannya mulaut tetapi Nyawanya...bukti ialah
oarang yang baru saja mati ngak bisa bersuara lagi...nyawa itu
bukankah Al-Latifah Rabbaniah iaitu Zat Allah yang MELIPUTI jasad
manusia itu...maka dialah yang ngomong..ngomongnya ngak pernah
berhenti ...ngomongnya dalam semua bahasa didunia ini....siapkah yang
mencipta bahasa bahasa itu ? Manusia atau Allah ?

...kitapun Muhammad juga
.

Nama MUHAMMAD itu ( eja arab = mim - ha - mim - dal ) ialah Mukjizat
Allah yang amat ajaib yg boleh jadi faktor dakwah yg hebat. Cuba eja (
arab ) mim pertama = kepala manusia , ha = tangannya , mim kedua =
pusatnya, dal = kakinya. Jadi sudah lengkap satu Muhammad . Yang ini
gambar jasad kita. Kita beri dia nama = Muhammad Zahir atau Muhammad
Akhir

Tulis lagi ikut cara yang sama untuk Muhammad kedua . Mim pertama =
kepala, ha = tangan, mim kedua = pusat dan dal = kaki. Ya yang ini
gambar nyawa kita .Kita beri nama = Muhammad Batin atau Muhammad Awal.

Cantumkan kedua-dua gambar tadi. maka sudah lengkaplah gambar penuh
Muhammad dengan satu kepala, dua tangan, satu pusat dan dua kaki. Yang
ini kita beri nama..Manusia yang terdiri dari Tubuh dan Nyawa. Jadi
kita sebut manusia itu sebagai MUHAMMAD.

Untuk penjelasan lebih lanjut silalah baca buku Pengantar Ilmu Hakikat
laman blog saya http://fakirabdillah.blogspot.com

Maaf kerana mengelirukan saudara.

KELIMA : Ulasan Saudara Rianoputra.

Subhanallah, Bapak telah menjawab apa-apa yang masih menjadi kebingungan saya selama ini dalam menikmat lezatnya iman ihsan.

Terima kasih tak terhingga atas keterangannya. Semoga Allah melimpahkan rahmatnya kepada kita semua.

Ada beberapa hal yang kiranya anda berkenan menjelaskan sebagai berikut;

1. Saat kita exciting, semangat/spirit, confuse, tidur, mengantuk, datangnya malas, kelaparan/kehausan, mabuk kelelahan dan sakit di badan; bagaimana posisi ruh dan jiwa saat-saat seperti ini ?

2. Orang gila (hilang/sakit ingatan) bagaimana posisinya ?

Semoga Bapak bersedia menjelaskannya. Sekali lagi terima kasih atas bantuannya.

Salam,
Rianoputra

TOPIK UTAMA MUZAKARAH ……..
KEADAAN RUH DALAM PELBAGAI SUASANA …PERCUBAAN MENJAWAB SOALAN SDRA RIANOPUTRA.

........................................................................................

Salam Takzim saudara pembaca yang budiman,

Saorang pembaca laman blog ini telah mengemukakan soalan dibawah untuk dimuzakarahkan.

SOALAN SOALAN

1. Saat kita exciting, semangat/spirit, confuse, tidur, mengantuk, datangnya malas, kelaparan/kehausan, mabuk kelelahan dan sakit di badan; bagaimana posisi ruh dan jiwa saat-saat seperti ini ?

2. Orang gila (hilang/sakit ingatan) bagaimana posisinya ?

PERCUBAAN MENJAWAB….

Fakir dengan Kudrat & IradatNya jua menyerahkan kepada jejari untuk cuba menaip jawapannya.

Asas perbincangan ialah:-

Pertamanya kita harus mengingatkan diri bahawa Ruh atau Nyawa itulah yang menghidupkan kita dan menjalankan kehidupan kita setiap detik dan ketika semasa Ianya masih meliputi jasad kita mengikut KetentuanNya jua.

Ini meliputi segala segala aktiviti dan kegiatan badan ..baik diamnya atau geraknya termasuklah segala keadaan seperti yang disebut oleh Rianoputra diatas..sama ada dalam keadaan excited, murung, jaga , tidur dan sebagainya.

Segala kegiatan kegiatan itu baik positif mahupun pasif telahpun ditentukan mengikut Program PenciptaNya iaitu Allah SWT. Oleh kerana Nyawa itu ialah RUHKU Allah, sudah pasti Ianya tahu akan program itu. Dan program itulah yang dilaksanakanNya. Kesan atau efek perlaksanaan itulah yang kita ketahui . Oleh kerana itulah tidur itu didahului oleh mengantuk dan makan itu didahului lapar barangkali. Begitu jugalah halnya tentang suka, sedih, menangis, ketawa dan sebagainya ..iaitu efek perlaksanaan program THE ONE & ONLY GREATEST..iaitu Allah Yang Mentajallikan DiriNya meliputi sekalian alam dan sekalian manusia.

Begitu jugalah halnya menggerakkan RuhNya yang digelar Rianoputra untuk bertanya dan RuhNya bergelar Fakir untuk menjelaskan. Apa berbezakah RuhKU yang meliputi si Rianoputra dengan RuhKU yang meliputi si Fakir itu ? Berbeza tetapi TETAP RUHKU yang satu. Umpama air dalam sabuah cerek dituangkan kedalam beberapa cawan. Yang berbeza adalah cawan cawan itu..air didalamnya tetap air yang satu..iaitu dari cerek yang satu jua.

Untuk faham, ianya umpama matahari yang menerangi seluruh dunia dengan sejumlah pancaran pancaran ( yang kita sebut sebagai sinaran matahari ) . Sinaran matahari yang menyinari Jakarta umpamanya bukannlah sinaran matahari yang ketika itu sedang menerangi Kuala Lumpur. Tetapi ianya adalah sinaran matahari yang satu jua. Jika dikatakan berbeza ianya sama ..jika dikatakan sama berbeza pula. Begitulah Keagungan dan Kebesaran Allah ..susah tetapi senang untuk dimengerti tetapi tetap sukar untuk dijelaskan dengan perkataan. Namun kita boleh faham jua. Begitulah Kehebatan Allah yang memerentahkan empat unsur yang berbeza dan berlawanan dibadan manusia. Api, Air, Angin dan Tanah diamankan oleh Ruhku dalam satu organisma bergelar manusia.

Pertanyaan saudara kita Rianto ialah bagaimana posisi / keadaan ruh pada saat kesan kepada badan seperti yang dinyatakannya.

Barangkali jawapan yang sesuai ialah RUH TETAP dalam keadaan seperti sediakala juga TIDAK BERUBAH dan TERUBAH BARANG SEDIKITPUN kerana yang kelihatan berubah dalam pelbagai rupa, suasana dan keadaan itu saperti sedih, suka, malas, tidur dan sebagainya ialah atau merupakan kesan kesan atau efek efek kepada perbuatan ruh terhadap peralatannya iatu badan.

Hadith Rasul yang maksudnya lebihkurang begini : Allah dahulu dan Allah sekarang tetap sama jua ..TETAP KEKAL ABADI DALAM KEADAANNYA JUA.

Sebagai contoh untuk faham…yang dikatakan Televesi / television itu pada orang yang berakal bukannya kotak yang ada dirumah itu sahaja. Television ialah kotak televisi yang ada dirumah , gelombang megahertz yang tidak nampak biasa disebut sebagai stesyen dan stesyen penyiar ( katakanlah RTM di Malaysia ) Jika RTM menyiarkan cerita sedih melibatkan babak tangis menangis yang disampaikan oleh peti televisyen kepada penonton …stesyen RTM tidak terjejas atau sama turut menangis..ia tetap Stesyen RTM menjalankan tugas dan aktivitinya seperti ditentukan olehKerajaan Malaysia.

Pada manusia, kotak televisi itu ialah JASADnya, Gelombang Megahertz itu ialah NYWAnya, RTM itu ialah penggerak atau PELAKU SEBENAR iatu ALLAH SWT.

Perlu juga diingat berdasarkan pelajaran kita yang lalu bahawa yang dikatakan nyawa itu walaupun satu dalam pengertian ESA tetapi terdiri daripada pelbagai lapisan lapisan. Masing masing lapisan atas KetentuanNya menjalankan peranan dan tugas masing masing serentak tanpa mendatangkan apa apa kecelaruan mengikut Perencanaan yang telah ditentukanNya tanpa sebarang ketidaktentuan umpama program komputer.

Akibat sinaran NURZAT bergelar RUH AL-QUDSI, jantung berdenyut tanpa henti mengikut rentaknya. Denyutan jantung itu MEALIRI seluruh anggota tubuh yang terdiri dari pelbagai benda benda yang kita sebut sebagai anggota atau organ yang terdiri daripada jutaan malah trillion sel sel yang amat seni…menyebabkan sel sel yang rumit dan banyak itu berfungsi dengan penuh sempurna.

Jika dimithalkan untuk faham , ianya umpama arus letrik yang mealiri ribuan kilometer dawai tembaga keseluruh pelusuk rumah disatu satu bandar itu ( eg Jakarta ) membuatkan jutaan peralatan berfungsi secara harmonis.

Umpama arus letrik yang tidak mempedulikan akan keadaan dan rupabentuk peralatan yang difungsikannya sama ada sudah buruk atau baru , sama ada besar atau kecil sama ada hitam atau putih ..ianya tetap mengaliri dan mengaktifkan peralatan itu sepertimana ditentukan oleh Jurutera yang menciptakanya.

Begitu jugalah si Nyawa , tetap mealiri tubuh tidak kira tubuh itu sehat, sakit, cerdik , pandai, gila, mabuk, nanar atau sebagainya sebab hal hal berkaitan badan itu berfungsi mengikut program dan Ketentuan PenciptaNya iaitu Allah Hu Rab Bul Alamin yang mentajallikan DiriNya meliputi Rab Rab yang meliputi sesuatu jasad itu. Ini diketahui dalam bentuk kesan kesan aktivitas nyawa terhadap badan manusia itu.

Gila , waras , cacat , sempurna sasaorang manusia itu bagaikan PROGRAM ALLAH yang ditentukanNYa dan yang dikehendakkiNya. Si- Nyawa hanya melaksanakan program itu.

Kedua apa juga keadaan dan aktiviti / aktivitas sasaorang manusia itu telahpun ditentu dan diperincikan olehNya . Ini disebut sebagai Syan & Syuyunat atau Qada’ dan Qadar sasaorang itu. Umpama watak sipelakun telah ditentukan oleh Pengarah Filem.

Inilah jawapan kepada persoalan Sdra Rianto berkaitan orang gila dan juga orang yang dilahirkan down syndrome dan sebagainya. Kepada manusia barangkali kelihatan tidak adil TETAPI itulah Kekayaan dan Keagungan Allah berkaitan Kesempurnaan untuk membuatkan manusia berfikir Apakah Hakikatnya manusai itu dan apakah HakikatNya Tuhan yang menamakan DIRINYA ALLAH SWT.

Adalah diharap penjelasan diatas bersesuaian dengan soalan soalan saudara RIANO PUTRA yang dihormati.Terima kasih kepada semua khasnya saudara Rianoputra.


Salam Takzim

Fakirabdillah
Gemas, NSDK, Malaysia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan