Jumaat, 14 Mei 2010

RUKUN IMAN & SIFAT 20 ALLAH… Dari kacamata Ilmu Hakikat

RUKUN IMAN & SIFAT 20 ALLAH…
Dari kacamata Ilmu Hakikat

RUKUN IMAN 6 PERKARA GHAIB

1 Percaya Kepada Allah Tuhan Yang Esa.
2 Percaya Kepada Malaikat Yang Ghaib
3 Percaya Kepada Rasul Rasul Allah Yang Semuanya Telah Wafat
4 Percaya Kepada Kitab Kitab Allah
5 Percaya Kepada Hari Akhirat
6 Percaya Kepada Qada’ & Qadar Allah

ERTI IMAN

Kepercayaan atau Keyakinan

FAHAMAN ISLAM

Keyakinan pada Yang Ghaib, yang tidak terlihat oleh mata kepala dan lain lain pancaindera tetapi dirasakan kewujudannya pada hati.

HUKUM

Wajib percaya kepada Yang Ghaib walaupun ada kalanya akal tidak dapat menerimanya. Hukum akal terhapus oleh kepercayaan yang berlandaskan agama berdasarkan dalil dalil.

TAHAP IMAN MENGIKUT IMAM GHAZALI

1 Iman satelah mendengar Iman Biasa
2 Iman dengan ilmu Ilmuiman
3 Iman dengan petunjuk Nuruliman
4 Iman dengan haq Haqqulyakin

RUKUN IMAN YANG PETAMA
PERCAYA KEPADA ALLAH / AMANTUBILLAH

Kita wajib percaya akan adanya Tuhan yang mencipta kita dan alam serba ganda ini. Dia jugalah PEMERENTAH segala yang diwujudkannya.

Sebagai saorang muslim sudah pasti kita semua sudah belajar mengenai hal ini. Macam macam telah diajar oleh guru tentang bukti bukti wujudnya Allah. Antaranya ialah mengetahui akan 20 Sifat Sifat Allah yang wajib kita tahu mengenai Allah Tuhan kita itu. Kita juga disyorkan mengetahui dan faham akan 99 Nama Nama Allah atau apa yang dipanggil sebagai Asmaul Husna.

Fakir tersangatlah sedih kerana dalam banyak perbualan Fakir dengan anak anak muda sekarang ini, peratusan yang tidak tahu akan Sifat Sifat 20 Allah sangat tinggi. Ramai yang tidak tahu langsung tentang apa yang dikatakan Sifat MAANI & MAKNUYAH Allah.

Guru guru kita yang syarie telah menghuraikan Sifat 20 Allah dengan dalil dalil Aqli & Naqli dan mengupas Sifat 20 ini dengan mendalam dimana Sifat 20 itu dibahagikan kepada kumpulan kumpulan berdasarkan maana, ciri dan nilai nilainya.

a. Sifat Sifat NAPSIAH 1 Wujud 1 sahaja

b. Sifat Sifat SALBIAH 1 Kidam 5 semuanya
2 Baqa’
3 Mukhalafatuhu
Taala Lil Hawadith / MLH
4 Kiyamuhu Binafsihi / KTB
5 Wahdaniat

c. Sifat Sifat MAANI 1 Hayat 7 semuanya
2 Basar
3 Kalam
4 Kudrat
5 Ilmu
6 Sama’
7 Iradat

D. Sifat Sifat MAKNUYAH 1 Kaunuhu Hayyun 7 semuanya
2 Kaunuhu Basirun
3 Kaunuhu Mutakallimun
4 Kaunuhu Qadirun
5 Kaunuhu Alimun
6 Kaunuhu Samiun
7 Kaunuhu Muridun

MAKSUD SIFAT SIFAT 20 ALLAH YANG WAJIB KITA TAHU

Sifat Terjemahan Makna

Wujud Ada Allah itu pasti ada

Kidam Sedia Allah itu sedia ada

Baqa’ Kekal Allah kekal, makhluk pasti binasa

MLH Bersalahan Tiada yang menyerupai Allah

KTB Berdiri Sendiri Allah berdiri dengan sendiriNya tidak
Memerlukan bantuan sesiapapun

Wahdaniat Esa Esa bukan satu tetapi Satu Yang Meliputi
Allah tidak berbilang. Satu itu bilangan.

Hayat Hidup Allah Taala itu hidup dengan sendiriNya.
Tiada yang menghidupkan

Kudrat Berkuasa Allah itu Berkuasa

Iradat Kehendak Allah itu Berkehendak

Ilmu Mengetahui Allah Taala itu mengetahui akan segala-
galanya.

Sama’ Mendengar Allah SWT itu mendengar akan segala-galanya

Basar Melihat Allah itu melihat.

Kalam Berkata-kata Allah SWT berkata-kata

K. Hayyun Maha Hidup Allah Taala itu Maha Hidup
Sentiasa Hidup Tiada Akan Mati

K. Qadirun Maha Berkuasa Kuasa Allah SWT Itu Mutlak Tiada Batasan
Ia Berkuasa Atas Segala Sesuatu.

K. Muridun Maha Allah SWT Itu Maha Berkehendak.
Berkehendak Kehendaknya Mutlak.

Kaunuhu Maha Allah SWT Itu Maha Berk kata-kata Dalam
Mutakal Berkatakata Semua Bahasa Dan Berkata-kata Tanpa
limun Huruf & Tanpa Suara

K = Kaunuhu = Kaunuhu itu menjelaskan hal keadaan Sifat Sifat MAANI Allah.


SIFAT 20 ALLAH BOLEH JUGA DILIHAT SEPERTI BERIKUT :-

WAJIB ada 20
MUSTAHIL ada 20
HARUS ada 01

SIFAT ISTIKHNA ada 11

Wujud / Kidam / Baqa’ / MTLHD / KTB / Sama’ /
Basar / Mutakallimun / Basirun / Kalam / Samiun

SIFAT IFTHIKAL ada 09

Wahdaniat / Kudrat / Iradat / Ilmu / Hayat
Qadirun / Hayyun / Alimun / Muridun

Next entri…………

RUKUN IMAN PERTAMA = AMANTUBILLAH sambungan
Dari kacamata Ilmu Hakikat………………

Tiada ulasan:

Catat Ulasan