Isnin, 17 Mei 2010

RUKUN ISLAM YANG KETIGA BERPUASA DIBULAN RAMADHAN Dari Kacamata Ilmu Hakikat……………….

PENGERTIAN SYARIAT

Manahan diri dari makan, minum dan bersetubuh disiang hari sepanjang bulan Ramadhan.

PENGERTIAN HAKIKAT

Daripada pengertian perkataan PUAS – SE

PUAS = Sesuatu yang mendatangkan nikmat maksimum

SE = Tiada Zahir , tiada Batin, bukan satu, bukan dua tetapi merangkumi atau meliputi.

Dari segi pengertian Hakikat PUASA itu ertinya mematikan Diri Jasad dan menghidupkan Diri Batin kerana bila manusia itu dapat mematikan atau menafikan hak manusia, maka barulah nyata WUJUD ALLAH. Bila nyata Wujud Allah iaitu SifatNya maka zahirlah Kelakuan atau Af’al Allah Yang Maha Berkuasa iaitu Sifat yang hidup dengan sendirinya , tidak makan, tidak minum dan juga tidak berkehendak kepada segala sesuatu.

Yang demikian PUASA yang sebenarnya adalah MENG-ESA-KAN Zat Allah yang meliputi diri manusia itu. Apabila manusia dapat SE – kan pada zat maka zahirlah Af’al seperti disebutkan diatas dan terang benderanglah NUR atau Cahaya meliputi Diri Zahir manusia itu.

Puasa Yang Hakiki nyatalah MENYATAKAN HAQ ALLAH dan MELENYAPKAN Hak Manusia. Dalam 12 bulan , Allah memerentahkan manusia yang bertakwa dan beriman supaya menzahirkan Af’alNya selama satu bulan diwaktu siang hari.

Untuk melahirkan Af’alNya Allah menyuruh kita MENG-TAUHIDKAN DiriNya dan apabila manusia itu dapat melakukannya, maka terasalah Kenyang – Hati pun senang.

KESIMPULAN

Hakikat memandang manusia yang BERPUASA SYARIAT sahaja tanpa hakikatnya sebagai orang yang menyeksa diri tidak makan dan tidak minum. Allah tidak memerentahkan manusia MENAHAN makan dan minum sahaja tetapi BER- PUAS – SE.

Yang pasti ialah Yang Tidak Makan dan Tidak Minum itu ialah Allah. Maka sekiranya manusia mengaku bahawa yang tidak makan dan tidak minum itu ialah dia manusia dan bukan Allah – maka SYIRIK HOPPI-lah namanya. Allah suruh kita mengkaji DIRI AWAL kita dan SE – kan.

Namun begitu oleh kerana Syariat itu kulit dan Hakikat itu isinya, anda hendaklah berpuasa dengan penegrtian syariat diluar dan meng-esakan Allah didalam.

PUASA PADA PANDANGAN QADIR JAILANI


Menurut Syeikh ini, Puasa atau SAUM Tarikat adalah menahan seluruh anggota tubuh dari segala perbuatan yang diharamkan dan menjauhi dari sifat sifat yang tercela.

Puasa Syariat sebulan dalam setahun sementara Puasa Tarikat sepanjang tahun.

Puasa Hakikat pula ialah menjaga hati dari selain Allah dan tidak mencintai yang lain selain Allah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan