Sabtu, 15 Mei 2010

RUKUN IMAN YANG KETIGA PERCAYA KEPADA KITAB ALLAH…Wa Kutubihi Dari kacamata Ilmu Hakikat

Ingatlah kepada ajaran guru kita mengenai kitab kitab yang telah diturunkan Allah kepada manusia melalui Rasul RasulNya yang wajib kita yakini selain dari Kitab Al-Quran. Perbincangan kita disini hanya tertumpu kepada Kitab AlQuran.

Al-Quran Yang Zahir adalah PEDOMAN kepada kita semua. Pedoman ini pula mengikut fahaman masing masing. Lihat contoh dibawah :-

Cerita didalam Al-Quran :-

Pada Ilmu Syariat ialah untuk memahami sejarah khususnya sejarah Nabi Nabi & Rasul Rasul.

Pada Ilmu Tarikat pula cerita cerita itu menganjurkan agar kita mengikuti sejarah rasul rasul.

Pada Ilmu Hakikat kita hendaklah mengambil iqtibar rasul rasul untuk panduan hidup

Pada Ilmu Makrifat tumpuan ialah mengenal apa yang dikatakan Rasul itu.

Hukum Hukum Di-Dalam Al-Quran.

Pada Ilmu Syariat ianya bermaksud melaksanakan hukum hukum itu.

Pada Ilmu Tariqat ianya bermaksud menguatkan hukum

Manakala pada Ilmu Hakikat pula tumpuan ialah Mengenal Yang Menghukum

Pada Ilmu Makrifat ianya bermaksud Dunia Sahir dan Akhirat

Tertib….

Orang Syariat memahamkannya sebagai membaca dengan tertib

Orang Tariqat memahaminya sebagai mensucikan hati

Orang Hakikat pula memahamkannya sebagai adab

Manakala dari segi Ilmu Makrifat ianya dimaksudkan sebagai Loh & Kalam

Pengertian..

Bagi orang Syariat ia bermakna menterjemahkan kepada pelbagai bahasa supaya dapat difahami.

Pada orang Tariqat ianya difahamkan bahawa Al-Quran perlulah diterjemah melalui murshid.

Pada orang Hakikat pula pengertiannya ialah memahami satu persatu.

Manakala dari segi Ilmu Makrifat maksudnya ialah Diri Manusia.

Pembacaan….

Pada orang Syariat ianya bermaksud tilawah.

Pada orang Tariqat ianya diertikan sebagai dakwah dan tabligh.

Pada orang Hakikat maksudnya ialah Iqtikad Diri.

Pada orang Makrifat maksudnya ialah Kitabullah.

AL-QURAN BATIN.

Hanya orang yang berpegang kepada Ilmu Tasauf sahaja membicarakan tentang Al-Quran Batin. Pada orang yang hanya belajar Ilmu Syariat , ianya satu BID’AH.

Didalam Al-Quran Allah SWT menegaskan bahawa setiap benda yang diciptakanNya, diciptakan secara berpasangan.

Contohnya ada lahir ada yang ghaib, ada yang zahir ada yang batin, ada lelaki ada perempuan, ada Adam ada Hawa, ada Zat pasangannya Sifat. Ada Baitullah pasangannya ialah Baitillah.

Pasangan Al-Quran Zahir ialah Al-Furqan atau Al-Quran Batin kerana tanpa batin maka yang zahir tidak akan dapat wujud atau nyata.

MANA DIA AL-QURAN BATIN / AL-FURQAN ?

Al-Quran ialah Firman Allah disampaikan oleh Allah kepada Nabi Muhammad melalui Jibrael, kemudian dikumpul oleh para sahabat menjadi 30 juz terdiri dari 6,666 ayat,kemudiannya dicetak. Sekarang ini terdapat dirumah anda. Ini dikenali sebagai Al-Quran Zahir.

Dimana pula Al-Furqan ? Tentulah ianya ghaib dan tidak dapat ditunjukkan secara nyata. Untuk mengetahui Yang Batin kenalah merujuk pada yang zahir.

Sila anda rujuk kepada awal awal Al-Quran iaitu Surah Al-Baqarah iaitu ALIF LAM MIN.

ALIF = Allah
LAM = Jibrael
MIM = Muhammad

Allah Berfirman kepada Jibrael, Jibrael sampaikan kepada Muhammad.
Penyampaian ayat ayat Allah dinamakan RASUL.

Perhatikan huruf huruf LAM & MIM bersambung erat membawa makna tentang hubungan Malaikat & Muhammad kekal selama-lamanya diatas Kehendak ALIF iaitu Allah.

Pengertian Ilmu Hakikat ialah :-

Yang sebenar-benarnya dikatakan Al-Furqan itu ialah DIRI BATIN MANUSIA iaitu RUH yang bernama MUHAMMAD MUSTAFA RASULLULLAH yakni RUHUL QUDDUS.

Makam Rohul Quddus ialah di JANTUNG manusia dikenali sebagai QALBU MUKMIN BAITILLAH iaitu pasangan kepada KAABAH zahir di Makkah.

Ada juga ahli sufi yang mengatakan Al-Quran itu adalah Kata Kata Allah manakala Al-Furqan itu ialah Allah Berkata-kata

Tiada ulasan:

Catat Ulasan