Sabtu, 3 Ogos 2013

HAKIKAT YG DISEMBAH - Tulisan Sahabat - Sahibul Qarib



HAKIKAT YANG DISEMBAH (SURAH AL IKHLAS)

Hakikat yang disembah tak tahu; tak boleh disebut – tak boleh kata – tak boleh difikir – tak boleh dikaji, Hakikat Yang Disembah!; tetapi ganti untuk kita nak sebut dipanggil DIA – hakikat yang disembah itu DIA, tapi hakikatnya tak tahu – namaNya Allah. Apabila sebut namaNya Allah ganti daripada DIA yaitu ganti daripada Hakikat Yang Disembah. Maka sekiranya kita nak pergi kepada semata-mata Zat, bahawa Allah itu AL – A’AHADU { Alllah Ahad); QUL – HUALLAH - HU A’AHADUN { ALLAH ITU AHAD). Makna AHAD yaitu ia menunjukkan akan AhadiahNya.
Katakanlah : Dia Allah Yang Maha Esa.
Ahad itu menunjukkan Sifat ataupun nama bagi Sifat yang menunjukkan Ahadiah Allah – Ahadiah Zat. Apa dia Ahadiah Zat? yaitu Zat {Semata-mata Zat, ia tidak berserta sifat, ia tidak berserta nama; sebelum lagi dipangil dengan satu namapun; itu ia Ahad.
Bukankah telah berlalu kepada manusia satu ketika dari masa, sedang dia tidak menjadi sesuatu benda yang disebut-sebut. Al Insan(76) : 01
Yang disembah! Hakikat yang disembah itu tidak boleh disebut – tidak boleh dikata – kelu lidah nak menyebutnya. Hakikat Yang Disembah – Hakikat yang kita minta tolong – Hakikat yang kita berhadap; kelu lidah kita nak menyebutNya, itu hakikat Dia; yang boleh sebut tu nama – kalau nak dijadikan nama bolehlah sebut tetapi sebelum Dia jadi nama kelu lidah nak sebut, tak boleh sebut. Kosong dalam akal fikiran nak memikirnya. Kosong! – kosong daripada fikiran. Hakikat yang disembah itu tak boleh difikir.
Oleh kerana hakikat yang disembah itu kelu lidah nak sebut; tuli telinga mendengar – buta mata melihat – maka hakikat yang disembah itu digantikan dengan kalimat DIA, baru boleh sebut, kalau tak! – tak boleh nak disebut. Siapa yang menjadikan kamu? Dia! – nama apa Allah! barulah boleh sebut.. Kalau tak ganti dengan Dia, tak ditukar dengan kalimat Dia, tak boleh sebut. Tak ditukar dengan nama Allah, tak boleh disebut. Begitu sekali bersalahannya Hakikat yang disembah itu; Muhalaqahnya.

Makna terang, kalau timbul yang tersembunyi barulah terang, kalau masih tak timbul lagi, masih duduk ragu lagi, sekarang yang tersembuyi itu ialah Hakikat Yang Disembah; jadi Hakikat Yang Disembah ini lidah kita kelu nak sebut; akal kita tak boleh berfikir; buta mata melihatnya dan tuli telinga mendengarnya. Oleh kerana begini Maha Tingginya ia – Maha Sucinya ia – Maha Besarnya ia – tidak berdaya makhluknya nak fikir tak boleh – nak sebut kelu lidahnya Hakikat Yang Disembah itu maka digantikan dengan kalimah DIA (HU) – bila ganti Dia, baru boleh sebut; Dia tu banyak! Dia yang mana? Dia yang bernama Allah.
Jadi nama Allah ini menerangkan kepada seseorang, sehingga ternyatanya AIN ZAT yang tersembunyi itu. Kalau begitu ia sungguhlah ada Zat kerana namaNya ada. Tapi Allah bukan Zat. Ini ikhlas. Kalau selagi nampak bergambar – selagi boleh sebut yaini Hakikat Yang Disembah itu boleh disebut dengan lidah selagi itulah belum ikhlas. Itu dinamakan Surahtul Ikhlas. Suci sungguh – selesai sungguh – bersih sungguh Zat Allah Taala itu, Hakikat Yang Disembah itu sehingga nak sebut tak boleh; jika sekiranya Dia tidak izinkan.
Masa datangnya (kiamat) tiadalah seorangpun dapat berkata-kata melainkan dengan izin Allah. Maka di antara mereka ada yang celaka dan ada pula yang berbahagia. Hud(11) : 105
Hakikat Yang Disembah itu ditukar dengan Kalimah Dia yang bernama Allah. Kalau tak – tak boleh kata apa, duduk senyap sunyi begitu, sehingga nak kata tak boleh tapi dengan kasih sayang rahmatNya, kemurahanNya maka dizinkan; maka digantikan dengan kalimah Hua, bila kata Dia barulah boleh mulut sebut.
Tapi nak fikir tak boleh juga, bersalahan dengan segala yang baru. Dan tidak berfaedah syafaat di sisi Allah kecuali bagi orang yang telah diizinkan Allah, sehingga apabila dihapuskan Allah perasaan takut dari hati mereka; bersukarialah mereka dengan bertanya-tanyaan sesama sendiri: Apakah yang telah dititahkan oleh Tuhan kamu? Sebahagian di antara mereka menjawab: Tuhan telah menitahkan kebenaran; dan Dialah jua Yang Maha Tinggi keadaanNya, lagi Maha Besar kekuasaanNya. Saba(34) : 23

Jangan bertuhankan Kalimah. Jangan bertuhankan Nama tapi kalau Dia tidak turunkan nama; tak boleh nak kata apalah kita, kelu – suara tak terbit juga, masih ada suara, bukan lagi!; begitu ikhlasnya hakikat yang disembah, sampai disini barulah ikhlas Tauhid seseorang itu. Barulah sampai maksud Kul Hua Allah Hu Ahad.
Teman yang Maha Tinggi itu adalah Rafequl A’la nak sebut tak boleh – nak kaji tak boleh – nak fikir tak boleh – Rosul masa wafatnya; kalam yang terakhir terbit ialah Rafequl A’la. Tapi kalau senyap saja tak pakai, dia kena bunyi. Jangan jadi serupa tok cha; dia tak mahu sebut tapi dia nak. Adakah orang islam nak jadi begitu juga? pakai ilmu tok cha(sami).
Kul Hua Allah Hu Ahad; Saidina Bilal apabila diletak himpit dengan batu didadanya kena dera ditengah panas, kalimah yang keluar dari mulutnya ialah AHAD – AHAD – AHAD; dia pergi kepada Ahad, kepada Rafequl A’la – kepada Ahdiah Allah – semata-mata Zat; tidak berserta Sifat dan tidak berserta Asma. Pada hal Saidina Bilal itu seorang hamba abdi tetapi aqidah dia sudah pun kepada Ahad – Ahad itu Ahadiah semata-mata Zat.
Kemudian Allah didatangkan lagi namaNya – namaNya itu Allah pada kali yang kedua; tadi ayat yang pertama – ayat yang kedua ALLAHHU SAMAD - Jadi ALLAHHU AHAD yaitu nama bagi Sifat yang menunjukkan ADIAH ALLAH – ALLAHHU SAMAD , nama yang menunjukkan WAHIDIAH ZAT yaitu ZAT BERSERTA SIFAT.
Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat.

Tadi semata-mata Zat (AHDIAH) yaitu zat tidak berserta Sifat, Zat tidak bernama. Sekarang Wahidiah yaitu Zat berserta Sifat dan Bernama; itu WAHIDIAH. Hak yang pertama tadi semata-mata Hakikat Yang Disembah saja, tidak berserta dengan SifatNya, tidak lagi bernama; tetapi untuk nak mendekatiNya kerana Hakikat Yang Disembah itu tidak bernama; payahlah nak disebut, tidak boleh difikir dan dikaji, maka adalah namaNya; tetapi nama itu menunjukkan Sifat A’Ahdiahnya (ALLAHHU AHAD) – ALLAHHU SAMAD; Allah tu nama! tapi tak lain daripada Zat! sebab kalau tak diberi nama, tak boleh nak sebut langsung. Bila kata Allah tu, maksudnya Hakikat yang Disembahlah! Allah tu AL MAKBUD yaini Hakikat yang Disembah.
Allah yang sebenar-benar disembah itu menunjukkan Zatnya berserta Sifat dan dikenali dengan AsmaNya (NamaNya) yaini ALLAHHU SAMAD.
Jadi bila nyata ASSAMADU bahawa Zat Hakikat Yang Disembah; nama bagi Sifat Hakikat Yang Disembah yang menunjukkan WAHIDIAHNYA yaitu ZAT berserta SIFAT. Allah itu SIFATNYA tidak berhajat kepada yang lain, bahkan Allah itu menjadi sandaran kepada sekelian yang maujud. Allah itu ZAT yang bersifat ASSAMADU itu; Zat itu adalah tempat menyandarnya sekelian maujud.
 Menyandar bagaimana? kita menyandar kepada Dia – lapar menyandar ke Dia; diadakan rezeki dll; untuk maksud menyandar, bukan menyandar tubuh – menyandar makna tempat bergantung.

Jadi sekarang apa sahaja, hak tadi Ahadiah Dia itu tak ada berhubung dengan Sifat dan tidak menyata kepada yang lain; tetapi yang kedua ini Wahidiah dia berhubung dengan yang lain. Ahdiah semata-mata Zat. Wahidiah berserta Sifat; bila berserta Sifat adalah MazharNya dan adalah DalilNya; tapi semata-mata Zat tidak perlu kepada Dalil – tak perlu kepada Mazhar bahkan Tajjali terus; bila Dalil untuk Sifat dan Asma; Dalil untuk Afaal – Mazhar untuk Sifat dan Asma tetapi ZatNya Tajjali.
Allah! Dia – Dia ganti daripada Hakikat Yang Disembah dengan sebenarnya; Hakikat Yang Disembah dengan sebenarnya itu tak boleh nak sebut – tak boleh nak kata – tak boleh nak fikir – tak boleh nak banding – tak boleh nak rupa bentuk; maka amat susalah kepada sekelian yang lain hendak mendampingiNya atau nak menyadar(bergantung) kepada Dia. Maka Allah yang gantinya Dia, dikala itu semata-mata Zatnya tidak berserta Sifat dan Asma.
Tetapi apabila ia nak menyatakan kepada sekelian makhluk; maka Zatnya berserta Sifat dan berserta Asma. Bila Zat berserta Sifat barulah boleh disebut NamaNya(AsmaNya). Tetapi Zat bukan Sifat – Sifat bukan Zat, inilah WAHDIAHNYA. Allah ganti Dia! – ganti Hakikat Yang Disembah dengan sebenarnya itu – diganti dengan Dia – diganti dengan Allah kemudian berserta dengan Sifatnya Assamadu. Jadi Assamadu tempat bergantungan, tempat sandaran(gantungan) sekelian yang Wujud.
Bersandar disini maksud berhajat dan berkehendak kepadaNya; bukan kepada Assamadu – bukan kepada Allah – bukan kepada Dia tapi kepada Hakikat Yang sebenarlah; tetapi kalau tidak ada Assamadu tidak nyata SifatNya; jadi tak nyata bahawa Allah itu, nama yang disebut itu menjadi tempat gantungan bagi sekelian yang baru.
Bukan Assamadu itu yang tempat kita berkehendak; tempat yang kita berkehendaknya ialah kepada Hakikat yang bernama Assamadu itu bukan Assamadu itu. Jadi Assamadu itu untuk menyenangkan kita tempat buat perhubungan. Bila kata Allah terus pada Hakikat Yang Disembah – bila sebut Allah kembali kepada AhdiahNya, sebab Allah itu Wahidiahnya yaitu semata-mata Zat – Hakikat yang disembah itu bukan Assamadu – bukan Allah!
Dan akan kekallah Zat Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan.
Ar Rahman(55) : 27
Jadi sekarang Dia menyatakan AhadiahNya yaitu semata-mata Hakikat Yang Disembah. Dia menyatakan WahidiahNya yaitu Hakikat Yang Disembah itu berserta dengan SifatNya kemudian Dia menyatakan pula WahdiahNya(Wahdah) yaitu Dia menyatakan bahawa Dia itu tiada beranak dan Dia pula tidak diperanakkan.
Dia tiada beranak dan Dia pula tidak diperanakkan
Lam Yalid – Dia tidak beranak – kerana beranak ini adalah satu kerana bagi wujudnya sesuatu yang lain; jadi bereti Zat Allah Taala itu tidak mengeluarkan anak. Sifat itu bukan anak Dia – Asma itu bukan anak Dia – sekelian Nur itu bukan anak Dia dan bukan sebab sekelian daripada Dia. Kalaulah Nur itu sebahagian daripada Zat – kalaulah sifat dan asma itu sebahagian daripada zat, bererti Zat ini beranak. Kalau sekiranya Nur itu anak Zat maka Nur itu adalah kuasanya seperti mana Zat; dia pula boleh buat alam lain lawan dengan ayah.
Jadi kalaulah sekiranya sifat itu zat – sifat sendiri berkuasa; sifat diri boleh menjadikan sesuatu berpisah ia dengan zat; sifat pun kenyataan bagi zat – sifat tak boleh nak buat apa; ia hanya kenyataan menyatakan bahawa Hakikat Yang Disembah itu sebenar yang menjadikan sekelian alam. Nama pun tak boleh buat apa.
Sekiranya Zat Allah Taala itu Dia beranak yaini keluar daripada Zatnya sesuatu yang lain samada keluar daripada Zatnya Hakikat Muhammadiah – keluar daripada Zatnya itu Muhammad, maka Muhammad anak Dia? bila Muhammad anak Dia; maka Muhammad boleh buat macam mana Dia boleh buat.
Walam Yulad – Begitu juga Dia tidak diperanakkan. Bukanlah Zat itu timbul daripada Sifat atau daripada Asma. Ada Sifat – ada Asma baru ada Zat! bukan begitu! ia kenyataan ujud Zat bukan timbul dari Zat. Bukanlah Zat itu timbul daripada Ujud – Ujud itu menyatakan bahawa Zat itu ada – Zat yang Wajibal Wujud bukan yang ujud itu Zat. Itu membawa kepada WadahNya – Wadahula Syarikala

Sudah mengetahui Ahadiah – Wahidiah kemudian pergi pula pada Wahdah maka surahtul ikhlas ini tiada suatu apa pun setanding dengan Dia pada yang lain daripada Zatnya. Sifat Dia tak boleh nak tanding dengan Dia – Asma Dia tak boleh nak tanding dengan Dia, apa lagi yang lain daripada Dia. Kesimpulannya tiga yaitu Ahdiah – Wahidiah – Wahdiah.
Dalam surah al – ikhlas ini Allah menyatakan Ahadiah ZatNya yaitu semata-mata Zat – Zat yang tidak berserta Sifat dan tidak Bernama; Hakikat Yang Disembah itu dia tidak bernama dan dia tidak bersifat pada AhadiahNya. Tetapi apabila sampai pada WahidiahNya Zat[Hakikat Yang Disembah] itu berserta Nama – berserta Sifat dan disebut NamaNya. Kemudian turun kepada peringkat Wahdah[Wahdiah], Zat[Hakikat Yang Disembah] berserta Sifat disebut NamaNya kenyataanNya pada sekelian Alam. Barulah Zat – Sifat – Asma – Afaal.
Bila kata BISMILLA HIR RAHMAN NIR RAHIM – manusia dengan segala alam perhimpunanNya – kemudian menyatakan Ujudnya Zat – Ujudnya Sifat – Ujudnya Asma – Ujudnya Afaal Allah. Bila kat KUL HUALLAHHU AHAD – pergilah kepada AhadiahNya yaitu semata-mata Zat. ALLAHHU SAMAD – pergilah kepada WahidiahNya, Zat berserta Sifat SAMADIAHNYA, sifat; yang segala lain berhajat padaNya. LAM YALID WALAM YULAD – WALAM YAKULLAHU KUFUAN AHAD – pergilah kepada WADAHNYA yaitu sekelian yang lain tidak boleh menyerupai Dia; sekelian yang lain hanya semata-mata Dalil atau Mazhar bagi Ujud Zatnya.
Allah suruh nabi kata, beritahu kepada orang kafir Quraish yang bertanya siapakah Tuhan yang sebenar wahai Muhammad maka Allah suruh Nabi beritahu kepada kafir Qurish HUA, makna melayunya DIA; adalah mengatikan pada sebutan ZAT HAKIKATUL MAKBUD, kerana Zat, Hakikat Yang Disembah dengan sebenar-benarnya itu tak boleh nak disebut, kelu lidah nak menyebutnya, tak boleh dilihat, tak boleh dibanding dan sebagainya.
Jadi oleh itu digantikan pada sebutan ZAT HAKIKATUL MAKBUD itu dengan perkataan HUA atau DIA. Bahawa HAKIKAT AL MAKBUD, Hakikat Yang Disembah dengan sebenarnya itu ialah SEMATA-MATA ZAT – tidak berseta Sifat – tidak berserta Asma, pada Hakikat AhadiahNya; yang itu dinamakan Ahadiah.

Dinamakan Surahtul Ikhlas kerana menyucikan Hakikat Ahadiahtul Makbud daripada kesamaran dari bilangan-bilangan nama Allah serta Sifat sebab bilangan nama Allah itu 99, jadi bilangan namaNya banyak sedangkan Hakikat Makbud itu hanya SE [Ahadiah] sahaja; Jadi kalau ArRahman pun Dia – ArRahim pun Dia dll, maka banyaklah bilangan-bilangan AsmaNya dan bilangan SifatNya.
Kesempurnaan ikhlas bagi Zat Al-Makbud – kesempurnaan menyucikan bagi Zat Al-Makbud itu, menafikan segala Sifat daripadaNya yaini Zat itu dinafikan Sifat daripadanya kerana tiap-tiap Sifat itu bukan suatu yang disifatkan. Makna Zat itu bukan Sifat jadi tiap-tiap sifat itu bukan suatu yang disifatkan bererti bahawa Sifat-Sifat Allah itu bukannya Zat tetapi tidak lain daripada menerangkan Hakikat Zat Al-Makbud.
Allah nama bagi Zat berserta segala Sifat. Bila kata Dia – Dia itu ganti pada sebutan Hakikat Al-Makbud. Bila kata Allah ganti daripada menyebut WAHUA, siapa Dia? adalah Allah. Jadi Allah itu nama bagi Zat berserta segala Sifat. Bila kata Allah – ArRahman – ArRohim - Al Malikul sehingga 99 dan segala Sifat Kemalatnya yang mengantikan Hakikat Al Makbud – Hakikat Al Makbud ini nak fikir tak boleh – nak sebut tak boleh, pasal Dia bersalahan dengan segala yang baru. Melainkan bila kata Dia yang bernama Allah barulah boleh sebut. Bila ganti kepada Dia yang bernama Allah barulah boleh sebut tetapi Hakikat Al Makbud tetap Dia dengan AhadiahNya; kerana segala Sifat itu bukanlah suatu tambahan diatas Zat.
Ahad ialah Ahadiah Hakikat Zat Al Makbud dengan tidak di iktibarkan pada bilangan-bilangan Sifat dan Asma – Sifat-Sifat dan Asma itu adalah penerangan-penerangan sebagai tempat timbulnya AIN yang tersembnyi yaini Hakikat Zat Al Makbud tersembunyi tiada siapa pun boleh cerita, menerangkan dan sebagainya tetapi Sifat dan Asma inilah yang menerangkan supaya nyata dan timbulnya AIN yang tersembunyi tetapi Hakikatnya adalah AIN yang tersembunyi itu sendiri.
Jadi ArRahman itu siapa dia? ArRahman tu Hakikat Al Makbud-lah tapi kalimah ArRahman itu – itu Asmanya, itu SifatNya tetapi Hakikat ArRahman itu ialah Al Makbud-lah yang disembah.
Perbezaan antara Ahad dan Wahid.
 AHAD ialah Ahdiah Hakikat Al Makbud yaitu zat Mutlak tanpa Sifat dan Asma. Bila kata Ahadiah hanya semata-mata Hakikat Al Makbud yang disembah. Tapi WAHID – bila kata Wahid ialah Wahidiah Al Makbud berserta bilangan Sifat dengan AsmaNya, barulah Wahidiah. Ditukarkan Asma bagi Zat berserta Sifat pula adalah menunjukkan hakikat WAHDAH AL MAKBUD, jadi daripada SifatNya ditukar disebut dengan Nama itu menunjukkan WAHDAH-Nya.
Assamadu nama bagi Sifat yang menunjukkan Wahidiah Al Makbud sebagi tempat sandaran yang mutlak, tak ada tempat lain hendak disandar melainkan kepada Allah Assamad yaini kepada Zat bagi tiap-tiap sesuatu yang lain, kerana berkehendaknya tiap-tiap yang lain daripadaNya kepadaNya. Segala yang lain daripada Allah kepada Zat itu semuanya berkehendak kepada Dia dan segala keadaan tiap-tiap sesuatu itu dengan Dia; semuanya sekali dengan Dia
Dialah yang Maha Kaya yang berhajat sesuatu yang lain kepadaNya oleh itu tiap-tiap sesuatu MAUJUD dengan UJUD-Nya tetapi bukan dengan Zat Al Makbud. Dalil Ujud Allah itu sekelian yang Maujud tetapi Ujud itu bukan Zat. Ujud itu Sifat yang menerangkan bahawa adanya Hakikat Al Makbud itu kerana segala yang MUMKIN itu melazimkan bagi Ujud dan bukannya Sifat Ujud; contoh: kita tenguk tanah basah je, melazimkan ada hujan tetapi tanah basah itu bukannya hujan – kita tenguk pohon kayu habis patah riuk, itu melazimkan adanya ribut tapi pokok patah riuk itu bukannya ribut. Melazimkan pokok tumbang itu adanya ribut. Jadi sekelian Mumkin ini Melazimkan bagi Ujud, takpadat tidak bila ada sekelian yang baru ini adalah Ujud; tapi bukannya Sifat Ujud Tuhan, Cuma Dalil Dia.

Maka tiada rupa bentuk – tidak ada bandingan – tidak ada yang menyerupai UjudNya. Allah Taala itu tak boleh dibanding, tak boleh dibentuk, tak boleh dirupa Ujud Allah. Beranak ertinya melahirkan sesuatu daripada diri dan satu kelahiran itu adalah satu juzud daripada juzud yang beranak itu; makna kalau anak itu sebahagian daripada emak dan ayah, itu baru dipanggil beranak! Jadi darah daging akaulah tu!

Kalau sebut beranak ertinya melahirkan sesuatu daripada diri sesuatu. Lahir sesuatu dari diri sesuatu dan satu kelahiran itu adalah satu juzud daripada diri yang beranak itu. Allah Maha Suci daripada meperanakkan sesuatu maknanya sekelian yang Maujud ini bukan terbit daripada dalam Zat Tuhan, bukan Zat itu terbit makhluk, Nur dll; tidak begitu – dan tidaklah sesuatu yang lain itu lahir dari Zat Al Makbud, bukan Zat yang sebenar disembah itu memperanakkan sekelian Alam ini.
Zat Allah Taala ini tidak beranak, bukalah maknanya sekelian makhluk ini terjadi daripada ZatNya tetapi ZatNya-lah yang mernjadikan sekelian Alam ini. Bukan terbit daripada ZatNya dan tidaklah sesuatu yang lain itu lahir daripada Zat Al Makbud bahkan sesuatu itu adalah kejadianNya yang menunjukkan Wahdatul Ujud Al Makbud; Dia sendiri sahaja menjadikan sekelian Alam ini. Jadi sekelian Alam ini menunjukkan Wahdatul UjudNya.
Dia Ahadiah – Ahadiah itu ZatNya. Wahidiah itu Asma dan SifatNya. Wahdah itu AfaalNya. Jadi bila kata Allah – Zat – Sifat – dan Afaal. Zat Maqamnya Ahadiah – Sifat dan Asma Maqamnya Wahidiah – dan AfaalNya Maqamnya Wadah. Tak ada yang lain daripada Dia menjadikan sekelian perbuatan itu melainkan Dia sahaja. Jadi bila Tauhidul Afaal ialah Wadahtul UjudNya – Pada Tauhidul Sifat dan Asma ialah Wahidatul UjudNya – Tauhidul Zat Ahadiahtul UjudNya, begitu! bukan makna Wahdatul Ujud itu kita didalamnya! Tidak!!
Makna sekelian makhluk yang dijadikan ini Dialah yang menjadikan, tidak ada dua yang menjadikan, melainkan Dia sahajalah yang menjadikan; itu yang dimaksud Wahdatul Ujud. Demikian juga Zat Al Makbud itu tidak dilahirkan oleh sesuatu yang lain. Bahawa Zat Al Makbud itu tiada berupa – tiada berbentuk – tiada berbagai – tiada bandingan dan tiada meminta-minta yang lain; tiada tercapai pada akal manusia untuk memikir Hakikat Al Makbud, bahkan wajib mempercayai dan meyakini Wahdatul Ujud Al Makbud itu.
Jadi sekarang jelaslah bahawa Allah s.w.t ZatNya itu Ahadiah makna Ahadiah semata-mata Zat tidak berserta Sifat dan Asma; yang Zat Allah Taala apabila berserta Sifat Dan Asma maka dinamakan dia Wahidiah. Apabila Zat Allah Taala itu berserta Sifat dan AsmaNya menjadikan sekelian Alam ini perbuatan AfaalNya disitu mertabatnya Wahdah
Allahhu Alam.

SELAMAT HARI RAYA

SELAMAT HARI RAYA....
Assalamualaikum para pembaca yang budiman..

Saya ingin mengucapkan berbanyak banyak terima kasih kpd semua pengunjung   kerana terus menerus menghidupkannya / mengaktifkannya.

Sempena Hari Raya yang tidak lama lagi saya dengan setulus hati bermohon banyak banyak maaf kpd sdara semua atas segala salah dan silap ..dan atas kata kata / tulisan yang barangkali ada yang menyentuh hati dsb dsb..maafkanlah ya..

Bagi yang memandu berhati-hatilah ya..sebab kereta banyak ..bagi anak anak bapak jangan lupa baca password ..ambil RASA dan sentiasalah ingat akan Allah dimana jua sdra berada..Rasa jangan ditinggalkan kata BBM...