Sabtu, 15 Mei 2010

RUKUN IMAN YANG KEDUA - PERCAYA KPD MALAIKAT...dari kacamata Ilmu Hakikat

PERCAYA KEPADA WUJUDNYA MALAIKAT - Wamala i katihi……….
Dari kacamata Ilmu Hakikat

Wajib kita percaya kepada wujudnya Malaikat iaitu makhluk Allah yang dicipta dari Cahaya / Nur ghaib dari pandangan mata kepala.

Allah ciptakan Malaikat semata-mata untuk menjalankan Titah Perentah Allah. Antara TitahNya ialah menjaga dan mengiringi manusia.

Terdapat kitab kitab Feqah yang menggambarkan Malaikat sebagai makhluk yang menggerunkan lebih lebih lagi Malaikat Maut. Janganlah kita susah hati kerana kita ini diciptakan Allah sesifat malaikat. Cerita ini terdapat dalam cerita penciptaan Nabi Allah Adam.

Oleh itu yakinlah kita bahawa oleh kerana kita ini dicipta sesifat Malaikat, maka rupa malaikat itu serupa dengan rupa kita juga. Malaikat itu sebenarnya ialah KEMBAR DIRI BATIN kita. Tugasnya menjaga diri kita. Petunjuknya ialah bayang bayang diri zahir kita. Kemana sahaja kita pergi atas kerelaan atau terpaksa malaikat tetap bersama kita kerana menunaikan Perentah Allah. Kita berlari ia berlari, kita tidur ia berjaga, menjaga kita sambil bertasbih kepada Allah.

Hendaklah juga kita yakin bahawa malaikatlah yang bertemu Allah memohon Taufik & Hidayah untuk diri zahir kita. Oleh kerana itulah Allah mewajibkan kita melalui Rukun Iman BERIMAN kepada malaikat dan bukannya TAKUT kepada malaikat….kerana tanpa malaikat kita tidak dapat zahir seperti yang ada kini.

Dalil Naqli :-

Bagi manusia ada malaikat yang selalu mengikutinya bergiliran dimuka dan dibelakangnya. Mereka menjaganya atas Perintah Allah.

1 ulasan:

  1. ASSALAM,
    maaf, saya tidak setuju dengan artikel ini

    "Oleh itu yakinlah kita bahawa oleh kerana kita ini dicipta sesifat Malaikat, maka rupa malaikat itu serupa dengan rupa kita juga. Malaikat itu sebenarnya ialah KEMBAR DIRI BATIN kita."

    saya yang fakir lagi hina tidak bersetuju.maaf

    BalasPadam