medan muzakarah ilmu agama islam khasnya ilmu hakikat / awaluddin makrifatullah / ilmu mengenal diri layari juga http://fakirabdillah.webs.com KAULAH KANDIL KEMERLAP PELITA JENDELA DIMALAM GELAP.....MELAMBAI SETIA SELALU Biarlah Ianya Hilang Dalam Tumpukan Debu Hingga Ditemui Sendiri Oleh Orang Yang MencariNya
Selasa, 20 Julai 2010
PENGANTAR ILMU HAKIKAT YANG DIWARISKAN Oleh : Fakirabdillah....ENTRI DUA-PULUH TUJUH ( 27 )
Tajalli Zat dan Sifat adalah didalam anda dan dibayangkan didalam cermin fikiran anda, tetapi anda mengotorkan cermin itu dengan kemanusiaan dan perangai anda dan menjadi BUTA dan tidak nampak Tajalli itu.
Tiap tiap jahat ( dosa ) adalah daripada ADOM ( kosong ) yaitu ghayr wujud. Kejahatan tidak wujud. Kejahatan timbul kerana perbandingan Asma Asma yang bertentangan.
ZAT MUTLAK itu adalah orang itu sendiri. Selagi bayangan wujud ini menjadi , objek dalam ilmu anda, maka objeklah yang anda sembah bukanya HAQ. Hak tersembunyi didalam Qalib ( Badan ).
Oleh itu perhatikan Yang Benar disamping badan anda dalam pandangan. Apabila Aku anda keluar, Aku DIA masuk dan menunjukkan KeindahanNya pada anda.
Dosa ialah PERENTAH dari HAQ, atas HAQ untuk HAQ.
Surah Al-Fath : 10
Tangan allah atas tangan tangan mereka.
Al-Fath : 02
Allah telah mengampuni engkau wahai nabi, semua dosa dosa engkau yang dahulu dan dosa dosa engkau yang akan datang.
Ibnu Arabi berkata :-
Orang Arif ialah orang yang bukan sahaja melihat Allah dalam segala-galanya tetapi juga melihat Allah sebagai HAKIKAT SEGALANYA.
Al-Maidah : 01
Allah melakukan apa yang dikehendakkiNya..
Demikianlah pemikiran tentang Haq yang dizahirkan. DIA memakai perkara baik, perkara – pahala, perkara jahat – dosa. Keampunan dan KemurkaanNya tidak ada siapa yang dapat mengganggunya.
SYIRIK timbul dari Khatrat banyak. Zat yang satu itu memakai pelbagai pakaian. Oleh itu melihat YANG SATU sebagai YANG BANYAK adalah SYIRIK.
Sembahyang, puasa, khalwat dan tasbih adalah untuk memerhatikan Haq didalam diri.
- Ombak adalah bentuk bentuk dalam khayalan, hakikatnya adalah air
- Anggaplah wujud anda sebagai WUJUD ALLAH. Perbuatan dan sifat anda sebagai Af’al dan Sifat Allah. Hilangkan diri anda dan cari semula dan bila berjumpa Hakikat Haq adalah hakikat anda.
NamaNya Yang Batin menunjukkan Yang Ghaib dan namaNya Yang Zahir menunjukkan Yang Nyata :-
Peringkat Batin = Ahdiyyat / Uluhiyyat / Rububiyyat ( Ghaib ) Syahadah ( Ruh )
Peringkat Zahir = Arwah / Amthal / Ajsam ( Ruh ) Mithal ( Ajsam )
Surah Al-Hadid : 04
Dia jadikan langit dan bumi dalam 6 hari dan kemudian mengambil kedudukan di Arasy.
Nabi Nabi tidak ditugaskan untuk MEMBUKA RAHSIA RAHSIA ini. Mereka terpaksa menjalankan Syariat membiarkan Hakikat itu tersembunyi
Hadith :-
Aku AHMAD tanpa MIM
( Aku adalah terhad, hakikatku ialah HAQ )
Aulia membuka Rahsia yang ditinggalkan oleh Nabi Nabi itu.
Wali Wali Allah ialah jurucakap Nabi Nabi. Mereka menyatakan batin percakapan Nabi Nabi.
SYIRIK sebenarnya TIDAK WUJUD kerana syirik meksudnya bersekutu dengan yang lain sedangkan yang lain itu tidak wujud. Rupa tidak mempunyai wujud sendiri. Ia hanya idea tentang hakikat.
Surah Israel : 81
Yang benar ( haq ) telah datang dan hapuslah yang palsu ( batil ). Sesungguhnya yang batil itu pasti hapus.
Jika anda anggap diri anda sebagai lain dari Allah dan Allah lain dari anda, anda telah meletakkan ASAS SYIRIK.
Next topic .....................Khatrat / Bisikan / Gerak Hati
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan