medan muzakarah ilmu agama islam khasnya ilmu hakikat / awaluddin makrifatullah / ilmu mengenal diri layari juga http://fakirabdillah.webs.com KAULAH KANDIL KEMERLAP PELITA JENDELA DIMALAM GELAP.....MELAMBAI SETIA SELALU Biarlah Ianya Hilang Dalam Tumpukan Debu Hingga Ditemui Sendiri Oleh Orang Yang MencariNya
Rabu, 14 Julai 2010
ILMU NAFAS.........dari blog sangtawal
Salam sejahtera pembaca budiman,
Didalam entri ini fakir post & paste satu artikel tulisan sdra Sangtawal berkaitan Ilmu Nafas Melayu. Dalam beberapa entri terdahulu kita ada membincangkan tentang Nafas, Anpas, Tanapas & Nupus. Silalah renungkan.........
Fakirabdillah.
...................................................................................
Artikel Oleh : Sangtawal Sakranta.
Bangsa Melayu adalah satu bangsa mistik yang memiliki banyak ilmu tersembunyi.Antaranya ialah ilmu nafas.Semua pendekar melayu pasti akan diperturunkan ilmu nafas dan pelbagai petua yang kesemuanya berkaitan dengan nafas.
Dengan memerhatikan suhu dan pergerakan keluar masuk nafas melalui hidung,digabungkan dengan sedikit ilmu firasat, biasanya pendekar melayu mampu meramal untung nasibnya di medan tempur.Semasa hendak turun tangga untuk meninggalkan rumah samada untuk berkerja atau merantau pun , petua dalam ilmu nafas selalu digunakan oleh orang-orang tua kita.Nafas kiri atau nafas kanan cukup diambil kira! Tapi sayang, kini ilmu ini semakin pupus dan jarang diperturunkan oleh orang orang tua kita.
Tidak dapat dinafikan lagi, bukan bangsa melayu saja, tetapi boleh dikatakan semua bangsa juga mempunyai ilmu dan kaedah berkaitan dengan nafas ini.Contoh yang paling baik ialah senaman Yoga, ia amat menitik beratkan berkaitan dengan cara mengolah pernafasan!
Mungkin ada yang terkejut jika saya katakan bahawa ada orang melayu lama kita yang boleh menyimpan atau menahan nafas sehingga berjam-jam lamanya.Ada juga yang boleh menyelam di dalam air agak lama.Ada juga yang kebal dan tidak lut senjata tajam hanya dengan kaedah mengendalikan nafas mereka ! Semua ini berkaitan dengan ilmu nafas.Jika anda membaca artikel saya yang lama tentang pendekar sufi dan Mat Kilau, saya ada menulis tentang bagaimana Mat Kilau pura-pura mati sehingga beberapa hari untuk mengelirukan Inggeris.Mungkinkah Mat Kilau telah menggunakan ilmu nafasnya dan amat mahir dalam ilmu nafas ini?
Lebih hebat lagi, ada juga orang-orang tua kita yang membunyikan zikir-zikir tertentu ketika masuk atau keluarnya nafas mereka.Ilmu ini tersangat rahsia dan jika kita hendak mempelajarinya, carilah guru yang benar-benar tahu tentang ilmu ini.Biasanya mereka akan belajar dengan sangat mendalam berkaitan nafas sehingga kepada ampas, tanapas dan nupus, malah dikatakan juga dengan ilmu ini, si pengamalnya akan dapat mengetahui bilakah saat saat kematiannya!
Bagaimana pula ilmu nafas ini dari sudut pandangan sains dan kesihatan?
Rahsia tahap kesihatan seseorang bergantung kepada cara pernafasannya! Ini adalah kerana dengan kaedah pernafasan, manusia memperolehi bekalan gas oksigen untuk keperluan sel sel badan.Oksigen penting untuk mengekalkan fungsi dan tahap kesihatan setiap sel badan.
Udara yang disedut akan memasuki paru-paru dan gas oksigen akan diserap di Alveolus paru-paru kedalam salur kapilari darah.Sel-sel darah merah yang beredar akan mengangkut oksigen tersebut seperti yang diterangkan dibawah :
Setiap unit sel yang sihat akan membentuk satu organ yang sihat dan setiap organ yang sihat akan membentuk satu sistem yang sihat di dalam badan kita.Beberapa sistem dalam badan kita pula akan berinteraksi dan membentuk satu jasad badan yang kita kenali sebagai manusia.
Di antara sistem yang paling penting dalam badan ialah sistem darah dan peredarannya serta sistem limfa.
Dalam youtube dibawah, anda akan dapat melihat bagaimana sel-sel darah merah yang mengangkut gas oksigen menggunakan Hemoglobinnya beredar dalam salur darah dan membekalkan gas oksigen kepada sel-sel badan.
Cara bernafas bukan saja mempengaruhi oksidasi sel, malah ia juga mengawal peredaran sistem cecair limfa.Sistem cecair limfa yang mengandungi sel darah putih adalah merupakan sistem pertahanan badan yang penting bagi manusia untuk melawan kuman dan penyakit.Banyak juga toksin dikumuhkan melalui sistem limfa.
Selain dari pergerakan otot (muscular movement ), “deep breathing” atau cara pernafasan yang efektif juga dikenalpasti mempengaruhi sistem peredaran cecair limfa.Dr Jack Shields, seorang Lymphologist dari Santa Barbara, California dalam kajiannya terhadap immune system telah meletakkan sebuah kamera didalam badan pesakit untuk melihat apakah mekanisma yang menjalankan pembersihan terhadap sistem limfa, lalu beliau membuat kesimpulan bahawa “ a deep diaphragmatic breath is the most effective way to stimulate cleansing of lymphatic system”.
Dr Otto Warburg, Pengarah The Max Planck Institute for Cell Physiology, yang juga bekas pemenang Hadial Nobel Prize telah membuat satu kajian khusus tentang kaitan oksigen terhadap sel.Dalam kajiannya itu beliau mendapati jika kandungan oksigen yang diperlukan oleh sesuatu sel yang sihat itu dikurangkan , maka sel itu akan cepat berubah menjadi ‘malignant cell’.Selepas itu kajiannya diteruskan pula oleh Dr Harry Goldblatt. Dalam Journal of Experimental Medicine 1953, Goldblatt menyatakan hasil kajian ilmiahnya itu keatas spesies tikus.
Anthony Robbins, dalam bukunya “Unlimited Power” telah menyarankan agar kita bernafas dengan cara nisbah 1:4:2 ataupun Inhale one count,Hold four count,Exhale two count.
Untuk lebih memudahkan anda , saya berikan contohnya, jika anda tarik nafas melalui hidung secara perlahan-lahan dan mendalam selama 5 saat, maka tahan nafas anda selama 20 saat dan hembus nafas perlahan-lahan selama 10 saat, ia terpulang kepada anda, tetapi jangan lupa : dengan nisbah 1:4:2
Mengapa masa hembusan nafas [exhale] 2x ganda masa sedutan nafas[inhale]? Ia adalah untuk memastikan semua toksin dari sel dikumuhkan sepenuhnya ke dalam cecair limfa.
Mengapa pula perlu menahan nafas [hold] dalam masa 4x ganda lebih lama berbanding masa sedutan nafas? Ia adalah untuk memastikan semua gas oksigen yang disedut itu akan digunakan secara optima oleh setiap sel badan dan dalam masa yang sama akan mengaktifkan sistem limfa.
Anda cubalah bernafas dengan formula ini, iaitu 1:4:2 atau gunakan gandaaan ini mengikut kemampuan anda!anda boleh cuba dengan nisbah 2:8:4 atau 3:12:6 dan sebagainya.
Cubalah anda bernafas dengan cara ini bermula dari 10x sedutan 3x sehari dan insyaAllah anda akan merasakan kelainannya seperti lebih tenang, lebih bertenaga dan lebih sihat, cubalah . Lebih elok lagi jika latihan nafas ini anda lakukan selepas solat, dikala hati dan jiwa kita tenang.
Cara bernafas nisbah 1:4:2 yang saya terang diatas ini adalah mengikut sains, jika ada di antara pembaca sekalian yang ingin berkongsi ilmu dan pengalaman dalam ilmu nafas melayu lama, komen dan pendapat anda amatlah saya alu-alukan!
Mungkinkah nenek moyang kita dahulukala selalu mempraktikkan ilmu nafas mereka setiap hari atau lebih hebat lagi mereka selalu melakukan riadah riadah jiwa seperti dibawah ini sambil mengoptimakan kecerdasan spiritual mereka? Cuba kaji dan cuba fikir-fikirkan, semoga melayu kembali gemilang dan terbilang diakhir zaman.
...................................................................................
Ada satu komen pembaca sangtawal yang menarik perhatian fakir. Ia dicatatkan dibawah untuk bacaan pengunjung laman ini.
PANCABAIDURI said...
1. Berkata Arifbillah,
‘Matikan dirimu sebelum kamu mati’. Maka ‘mati yang pertama’ itu seolah-olah bercerai ruh dari jasad, tiada daya upaya walau sezarah jua pada hakikatnya, hanya Allah jua yang berkuasa, kamudian dimusyahadahkan didalam hati dengan menyaksikan kebesaran iaitu sifat Jalal dan JamalNya dan kesucianNya. Maka mati diri sebelum mati itu ialah dengan memulangkan segala amanah Allah iaitu tubuh jasad ini kepada yang menanggung amanah iaitu ruhaniah jua.
Ditarikkan ‘nafas’ itu dengan hakikat memulangkan dzat, sifat, afaal kita kepada Dzat, Sifat, Afaal Allah yang bererti memulangkan segala wujud kita yang zahir kepada wujud kita yang bathin (Ruh). Dan pulangkan wujud Ruh pada hakikatnya kepada Wujud Yang Qadim.
Maka selepas sempurna ‘mematikan diri yang pertama’ hendaklah melakukan ‘mikraj’ iaitu ‘mematikan diri peringkat kedua’ yang dinamakan mati maknawi, iaitu hilang segala sesuatu didalam hatimu malainkan hanya berhadap pada Allah jua. Dengan meletakkan nafas kita melalui alam ‘ampas’ iaitu antara dua kening merasa penuh limpah dalam alam kudus kita iaitu dalam kepala kita hingga hilang segala ingatan pada yang lain melainkan hanya hatimu berhadap pada Allah jua.
‘Mati pada peringkat ketiga’ adalah mati segala usaha ikhtiar dan daya usaha diri kerana diri kita ini tidak boleh melakukan sesuatu dengan kekuatan sendiri sebab manusia itu sebenarnya memiliki sifat ‘Fakir, Dhaif, lemah dan hina’. Dinaikkan ‘tanafas’ hingga ditempatkannya dengan sempurna di ‘nufus’ dengan melihat pada matahati itu dari Allah, dengan Allah dan untuk Allah.
Dari Allah mengerakkan Ruhaniah, dari ruhaniah mengerakkan Al-Hayat, dari al-hayat mengerakkan Nafas, dari nafas mengerakkan Jasad dan pada hakikatnya itu Allah jualah yang mengerakkan sekeliannya. Pada pandangan dzahir perbuatan hamba tetapi pada pandangan matahati perbuatan Allah jua. Maka Syuhud akan Allah pada kosadnya (niat) dan segala gerak dan diamnya sebagaimana firmanNya,
“Dan tiadalah yang melontar oleh engkau ya Muhammad ketika engkau melontar tetapi Allah yang melontar………
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
salam,
BalasPadampada makam fana (seperti firman Allah: bukan engkau yang melontar tetapi Aku yang melontar),
pada makam ini Tuhan menjadi Pelaku dan salik menjadi alat.
Tetapi pada makan Baqa ( makam yang diperolehi selepas fana), keadaan ini terbalik, Salik menjadi Pelaku dan Tuhan menjadi alat,
Dapatkah ini diterima oleh kebanyakan orang?
YES SIR U ARE RIGHT
BalasPadamMEMANG RAMAI YG DAPAT TERIMA SBB IANYA PIRAMID...
TERIMAKASIH & SALAM TAKZIM BRO
Salam fakir yg hina numpang lalu dibumi tuan,
BalasPadamKalo salah silap tuan budiman tolong maafkan,
Ilmu Nafas, Anpas, Tanapas, Nufus ampunya bicara,
Dinamakan Raja Ilmu oleh yg ariff tahu rahsianya....
Ilmu Nafas, Anpas, Tanapas, Nufus, sangat bagos,
Tapi habes Nafas setiap yg bernyawa pasti mampos,
Oleh itu apakah itu Hidup yg mahu dulu dicari,
Hidup datang dari Yg Maha Hidup yg nggak mati2....
Bermula Aku Tiupkan Ruh-Ku maka berdirilah aku,
Namun hampirnya Dia dengan-ku nggak bersekutu,
Barangsiapa nggak bercerai dia nggak bersatu,
Carilah dulu Kunci Hidup barulah kita bisa tahu....
Wallahu'alam,
Sekian, Wassalam....
salams...
BalasPadamcara2 yg dinyatakan tuan di atas adalah untuk kite merasakan diri kite ini hanya hak allah semata2
soalan saya disini ingin bertanya, semua cara yg dinyatakan diatas adalah cara2 yg ada dinyatakan didalam kitab....tetapi, bolehkah tuan tolong tunjuk kan pada saya cara2 yg boleh sy praktikan di alam yg nyata ini...untuk menyakinkn, dan sy memahami yang bahawa di dalam diri kite hanya hak allah semata2