Sabtu, 3 Julai 2010

PENGANTAR ILMU HAKIKAT YANG DIWARISKAN Oleh : Fakirabdillah....ENTRI LIMA-BELAS ( 15 )



KAMUS SUFI anda .............tiada dalam entri kali ini sorry

Saudara pembaca yang dihormati,

Marilah pula kita tinjau pandangan ulamak Tareqat Syattariah mengenai Mertabat Tujuh. Disampaikan disini pandangan Syeikh Muhamad Gazur –i Ilahi diadalam kitab terkenalnya ANA – AL- HAQ.

KEESAAN – AHDIYYAT

Anda lihat dakwat , huruf hilang, anda lihat huruf dakwat hilang. Huruf adalah dakwat pada hakikatnya.

ZAT ternyata pada anda dalam dua bentuk kesempurnaanNya :-

Pertama – Dengan JAMALNYA yaitu KEINDAHANNYA
Kedua – Dengan JALALNYA yaitu KEAGUNGANNYA

ZAT dalam peringkat ghaib tidak dapat diketahui. Diketahui dari kesan 7 SifatNya. SifatNya berkehendakkan kenyataan mithalnya keupayaan Iradat menjadi Kehendak, hayat menjadi Hidup dan seterusnya.

Tiap tiap benda adalah BENTUK SATU SIFAT. Bentuk bentuk berbeza kerana berbezanya Sifat dan keadaan Sifat itu.

WUJUD MUTLAK dan pengetahuanNya disebut A’YAN, tidak dapat dilihat. Yang dilihat ialah kesan kesannya. Zat tidak diketahui kerana ia GHAIB MUTLAK. Pengetahuan yang sempurna mengenai Zat ialah TIDAK TAHU.

Peringkat peringkat nyatanaya Zat adalah seperti berikut :-

Pertama – Peringkat dimana Zat tidak menyatakan pada DiriNya digelar GHIBUL GHUYUB.

Kedua- Peringkat dimana Zat menunjukkan kepada DiriNya disebut AHDIYYAH atau Sempadan Pertama atau disebut juga sebagai HAKIKAT MUHAMMAD.

Ketiga – Peringkat dimana Zat menunjukkan kepada DiriNya dan Yang Lain secara terperinci ( details ) disebut sebagai Sempadan Kedua atau WAHDAH.

Keempat – Peringkat dimana Zat menunjukkan kepada DiriNya dan Yang Lain secara terperinci tetapi CUMA didalam IlmuNya. Ini disebut sebagai HAKIKAT KEMANUSIAAN atau NAFAS SUCI

Kelima – Peringkat dimana Zat menunjukkan secara terperinci KELUAR. Ini disebut sebagai ALAM ARWAH , ALAM MITHAL & ALAM AJSAM

HU ( Dia ) yang GHAIB menjadi AKU menzahirkan DiriNya.

ZAT itu MUTLAK, tiada berbentuk. PadaNya-lah semua bentuk bentuk yang ada HAD bergantung. Apabila Ia Berkehendak , Ia ambil satu satu bentuk BayanganNya.

WUJUD itu sendiri adalah ZAT. Orang Syariat berpendapat Zat adalah DAHULU dari WUJUD.

Wujud yang paling nampak sekali ialah Wujud Allah. Wujud benda benda lain adalah dengan Cahaya Zat Allah. Jika anda lihat diri anda dan benda benda lain anda akan lihat Wujud Allah. Pandangan pada Wujud Allah adalah terdahulu daripada pandangan terhadap diri anda.

SIFAT yang melahirkan DUNIA bukan ZAT. Kehidupan didunia ialah kesan SIFAT HAYAT ( Hidup ) . Begitulah dengan 6 Sifat yang lain ( Sifat Maani ) . Oleh itu baik dan jahat adalah dari Sifat bukan Zat. Wujud mengambil bentuk HIDUP. Iradat mengambil bentuk Kehendak. . Pengetahuan mengambil bentuk Akal. Segala-galanya terzahir melalui anggota. Iradat berbentuk hati, Tahu dengan Otak. Dengar dengan Telinga dan sebagainya.

HAKIKAT benda itu ialah ZAT

Sesungguhnya Allah Meliputi Segala-galanya ( As-Fusilat :54 ) Meliputi adalah ibarat Air meliputi ombak, salji & embun.

HU ialah Nama ZAT tanpa menunjukkan Sifat. Nama Allah menunjukkan Zat dengan segala Sifat-SifatNya.

Allah tiad Sifat Sifat terhad. Tidak ada ghayr ( yang lain ) Adanya ghayr adalah dalam khayalan kita sahaja yaitu bila kita memberi sempadan kepada Wujud Mutlak.

ILMU yang meliputi sesuatu bend tertentu. Ianya tidak boleh meliputi sesuatu yang tiada had yakni Allah. Allah sedar akan DiriNya Yang Tahu dan Yang Diketahui adalah DiriNya sendiri.

ASMA’ adalah ZAT yang dinamakan beserta segala Sifat SifatNya.

ZAT itu berkenaan dengan HAD atau SEMPADAN PERTAMA dikatakan AKU.
Apabila Ia Terzahir dalam beberapa bentuk Yang Terhad dikatakan KAMU.
Apabila Ia DILUAR HAD dan PENGETAHUAN IaNya menjadi DIA.

Dunia ini dinampakkan dan bukan sabenarnya yang hakiki.

DIA menzahirkan DiriNya dalam berbagai bentuk Tanpa Sebarang Pertukaran Dalam ZatNya. DiaNya sekarang saperti DiaNya dahulu juga.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan