Jumaat, 23 Julai 2010

PENGANTAR ILMU HAKIKAT YANG DIWARISKAN Oleh : Fakirabdillah....ENTRI TIGA-PULUH ( 30 )



TANASUKH

TANASUKH adalah Bid’ah dan Tidak Benar.

Tanasukh ialah kepercayaan bahawa Ruh manusia tidak bergantung kepada badan seseorang itu. Apabila badan binasa Ruh itu pun mencari badan yang lain sama ada sejenis atau jenis yang lebeh rendah. Ianya sama dengan konsep REINCARNATION agama Buddha.

Ada golongan dalam Ilmu Hakikat yang percaya bahawa oleh sebab Ruh dicipta sebelum Azal, Ruh cucu cicitnya ( akan datang ) telahpun diwujudkan Allah. Ruh itu berpindah alam mengikut keupayaannya mengenal asal usulnya yaitu Mengenal Allah.

Ianya diberi peluang 7 kali berada didalam sarung badan manusia. Jika gagal juga Mengenal ia akan berpindah ke-alam binatang atau pokok. Inilah NERAKA mengikut kepercayaan ini. Kepercayaan ini BID’AH.

RIJ’AT ialah kepercayaan kepada kembalinya Ruh yang telah pergi kedalam badan yang baru.

HULUL ialah kepercayaan kepada Penjelmaan Allah dalam bentuk manusia.

Ketiga-tiga fahaman diatas adalah TIDAK BENAR kerana ianya bertentangan dengan TAUHID dan mengujudkan ghayr. Ini berlaku kerana :-

- mereka menumpukan pandangan pada badan sahaja dan tidak percaya kepada kemajuan Ruh

- kerana fahaman Ruh Ruh itu kekal abadi dan bilangannya terhad

- mereka tidak tahu bahawa tiap tiap ketika ada Tajalli Baru dan Manifestasi Berterusan

- bahwa Tajalliyat Allah tidak dapat dikira dan tidak pula berulang-ulang

- mereka tidak tahu bahawa Ruh itu sabenarnya bebas dari badan

Ruh bukanlah benda yang keluar dari badan atau masuk kedalam badan. Yang keluar masuk itu mempunyai kualiti kualiti jasmani sedangkan Ruh bukan Jisim atau Berbadan.

Bahawa Ruh itu penggerak ( operator ) dan gerakannya terkhas bagi satu badan sahaja sama ada untuk baik atau jahat.

Surah Al-Mukminun Ayat 107 & 108 adalah dalil bahawa seseorang tidak akan kembali kedunia ini lagi untuk membaikki diri sendiri satelah Ruhnya kembali ke Rahmatullah.

Next Entry.................MEMATIKAN DIRI DLL

Tiada ulasan:

Catat Ulasan