medan muzakarah ilmu agama islam khasnya ilmu hakikat / awaluddin makrifatullah / ilmu mengenal diri layari juga http://fakirabdillah.webs.com KAULAH KANDIL KEMERLAP PELITA JENDELA DIMALAM GELAP.....MELAMBAI SETIA SELALU Biarlah Ianya Hilang Dalam Tumpukan Debu Hingga Ditemui Sendiri Oleh Orang Yang MencariNya
Rabu, 14 Julai 2010
PENGANTAR ILMU HAKIKAT YANG DIWARISKAN Oleh : Fakirabdillah....ENTRI DUA-PULUH SATU ( 21 )
ALAM MITHAL
Di- ALAM LAHUT yaitu Perbatasan Pertama, Zat , Sifat dan A’yan adalah ABSTARACT ( Mujarrad ) Zat tidak dapat dibezakan dari Sifat dan begitulah sebaliknya. A’yan tidak berbeza antara satu dengan yang lain dalam Ilmu dan belum ada diluar. Peringkat atau Alam ini digelar HAKIKAT MUHAMMAD atau PERBATASAN PERTAMA.
ALAM seterusnya menurun dipanggil ALAM MITHAL atau PERBATASAN KEDUA. Disini Allah melihat segalanya secara PERINCIAN dan berbeza-beza antara satu dengan yang lain.
Sebagai misalan dicontohkan biji benih :-
- Perbatasan Pertama - ialah pengetahuan biji benih sebagai biji benih
- Perbatasan Kedua – biji benih itu mengetahui keupayaannya untuk menjadi akar, batang, dahan, daun, bunga , buah dan sebagainya dalam Ilmu atau Pengetahuan.
Perbezaan batas batas itu tidak ujud pada hakikatnya. Ianya wujud untuk menjelaskan ilmu sahaja oleh para sufi.
Butir butir MINIFESTASI ialah ALAM ARWAH, ALAM MITHAL, ALAM SAHADAH dan ALAM INSAN.
Allah jua Yang Sempurna. Manifestasinya yang sempurna ialah Alam ini. Minifestasi kita dan sifat kita adalah sedikit dari SifatNya. Dengan itu sifat sifat kita dan yang lain lain adalah tidak sempurna. Tetapi kita tidak wujud kerana Yang Wujud Hanyalah Allah.
Perbatasan atau Alam tidak ada had bilangannya. Untuk faham ditetapkan 6 sahaja. Perbtasan hanya wujud dalam ilmu sufi dan pada hakikatnya tidak ada apa apa yang dikatakan perbatasan itu.
WAHDAH
Ghaib Yang Pertama dimana A’yan dalan fana’, tidak wujud walaupun dalam Ilmu. Allah ada dan tidak ada apa apa yang bersama dengan Dia.
WAHDIYYAT
Ghaib Yang Kedua. A’yan wujud dalam ILMU ALLAH tetapi A’yan tidak tahu akan kewujudannya.
ARWAH
Disini A’yan mempunyai perbezaan perbezaan antara satu dengan yang lain.
AMTHAL
Disini salinan gambaran ( prototype ) objek objek wujud
AJSAM
Disini mereka mempunyai badan badan kebendaan
INSAN
Paduan semua Perbatasan / Alam / Peringkat diatas bergelar INSANUL KAMIL
Next Topic..............ALAM BADAN
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan