Selasa, 13 Julai 2010

PENGANTAR ILMU HAKIKAT YANG DIWARISKAN Oleh : Fakirabdillah....ENTRI DUA-PULUH ( 20 )



ALAM RUH – ALAM – I – ARWAH

Ruh manusia ialah satu RAHSIA KETUHANAN yaitu satu misalan perbatasan RAHSIA ANA ( Aku ) = RUH. Misalan itu disini ialah Hakikat itu sendiri.

TAJALLI sabenarnya adalah MANIFESTASI dan PENUNJUKKAN sesuatu benda kepada dirinya sendiri oleh dirinya sendiri. Contohnya satu biji sawit menunjukkan dirinya dalam bentuk beberapa ladang sawit. Ianya bukannya penjelmaan ( hulul ) dan bukan ulangan.

Ruh dalam tajallinya berbentuk BADAN. Badan itu ialah sarungnya. Alam ialah sarung atau sangkar RUH YANG SATU.

Ada lagi satu sarung dibawah badan yaitu BADAN MITHALNYA. Dialah yang menunjukkan dirinya didalam cermin. Semua bentuk adalah sarung ruh. Tajilliyat tidak membanyakkan benda yang dalam tajalli itu. Tajalli hanya penampakan tanpa mempunyai hakikatnya sendiri.

Badan itu sendiri adalah satu ruh saperti ice dan air. Ruh tidak masuk dalam badan tetapi menzahirkan dirinya dalam badan itu. Ruh ibarat penunggang dan badan ibarat kuda.

Ruh ialah Allah. Tidak ada yang bergerak melainkan Allah.

Apabila Allah hendak memandang diriNya, Dia perlukan cermin yang cerah pada satu muka dan gelap pada muka yang lain. Badan manusia mempunyai HATI ibarat cermin. Dia menzahirkan DiriNya pada muka cermin yang cerah itu. Semakin berseh Hati maka semakin teranglah Bayangan Allah padanya.

Bayangan bukan HULUL atau Penjelmaan . Bayangan adalah nama sahaja, yang sebenarnya tidak wujud. Hanya muka yang memandang yang terlihat
Banyaknya muka kerana banyaknya cermin yang berbagai saiz dan warna. Memandang satu benda saperti banyak digelar Amt-i- Ilahi dalam syariat dan Tajalli didalam tasauf.

Dia membuat cermin bagi DiriNya dan memanggil cermin itu Qalbu / Hati / Jiwa dan muka cermin yang gelap dengan nama Qalib / Badan / Jasad / Jasmani.

Yang memandang KeindahanNya tidak puas memandang dan cermin itu tidak mengambil bahagian dalam memandang itu.
Allah tidak boleh melihat diriNya terbayang pada malaikat yang mempunyai badan yang terang atau pada binatang yang badannya gelap.

Firman – Firman Allah :-

Dan pada diri kamu dan kamu tidak melihat

Sesungguhnya telah dtang kepada kamu seorang rasul dari antara kamu

Aku tidak boleh dikandung oleh bumi dan langit tetapi boleh dikandung oleh Hati Orang Mukmin

Ruh adalah penunggu pintu Kerajaan Ketuhanan. Ia membawa dirinya dan yang lain sampai kepada Allah.

Semua Ruh adalah SATU dalam keRUHan. Banyaknya timbul oleh kerana perkaitannya dengan badan badan. Kualiti yang baik berlindung pada Ruh, kualiti yang jahat dengan badan.

KeRUHan adalah Satu Dengan Zat sebelum manifestasi. Sabenarnya ombak adalah laut dan laut adalah ombak. Perbezaan adalah SANGKAAN sahaja.

Hadith Rasul :-

Siapa yan melihat saya nampaklah Allah

Dia sekarang saperti Dia dahulu juga

Allah ada dan tiada sekutu dengan Dia.

Bagaimana ada sekutu dengan Dia sedangkan dahulu, sekrang dan akan datang adalah satu sahaja padanya.

Ruh “ yang tidak dijadikan “ ialah Hakikat Muhammad ( Wahdah ) Dibawah daripada itu ialah Hakikat – i – Insani ( Wahidiyyat ) yaitu Ruh “ yang dijadikan” bergelar SIRR.

Semua ruh adalah bayangan dari Ruh itu ( Hakikat Muhammad ) . Itulah “ Ruh Yang Dihembuskan / Ditiupkan “

Firman Allah :-

Aku hembuskan padanya ( Adam ) Ruhku
Aku jadikan dia dengan kedua TanganKu ( Sifat Jalal & Jamal )
Kemana sahaja kamu menghadap disitu nampak Wajah Allah

Ruh ialah PEMBATASAN / HAD saperti badan adalah pembatasan Ruh. Perkaitannya saperti air dan buih. Pada peringkat pertama ia bergelar Ruh – Al- Quddus yaitu Hakikat –i – Muhammadi.

Ruh bukan didalam atau diluar badan dan tidak juga lekat pada badan. Ruh bukan tidak diluar badan dan bukan tidak didalam badan, bukan terlekat dan bukan pula tidak terlekat pada badan.

Ruh pada aspek luarnya adalah mendengar pada satu tempat, bercakap pada satu tempat yang lain dan ditempat yang lain pula melihat. Semua ini adalah satu yang mempunyai nama nama yang berlainan.

NUR ( cahaya ) MUHAMMAD ada dua jenis :-

Pertama BATIN – yaitu dalam peringkat ILMU dinamakan Hakikat Muhammad dan tidak dizahirkan.

Aku dari Allah dan seluruh Alam adalah cahayaku
Ianya adalah keadaan Pencipta itu sendiri.

Kedua ZAHIR - yakni Nur yang zahir mulai dari Aql – i – Kul menurun hingga Ruh – i – Azam. Qalam dan lain lain digelar Ruh – i – Muhammadi atau Nur Muhammad.

Allah mula mula sekali menjadikan Akalku dan Cahayaku.

Muhammad ada dua aspek :-

Pertama – HAKIKAT - Aku AHMAD tanpa MIM ( AHAD )

Kedua – KEJADIAN – HambaNya dan RasulNya.

Semua objek adalah BAYANGAN WUJUDNYA dan pergerakan objek adalah diperlui oleh Tajalliyat Asma’ & Sifat. Apabila Tajalliyat bergerak objek ( bayanganNya ) pun bergerak.

Tidak ada yang bergerak melainkan dengan Izin Allah.

Tidak Ada Wujud Selain Allah.

Dia Allah terzahir dalam bentuk Aku – Salik. Oleh itu memahami Aku sendiri adalah memahami Allah.

Dia-lah Yang mengetahui & Yang Diketahui. Aku Kenal Allah Dengan Allah.

Dan Dia dalam Nafs kamu...dan kamu tidak nampak Dia.

2 ulasan:

  1. salam,,

    kaum sufi ariff bi allah berkata, jikalau kamu mahu melihat, tutuplah matamu, jikalau sirr (Rahasia) tidak kelihatan, ketawakanlah kami.

    BalasPadam
  2. Salam sdra Hujann

    Waduh ..amat tinggi apa yg sdra catatkan..
    Terima kasih. Mudah2an Allah bimbing kita kearah itu..maksud kita adalah saya tuan.

    BalasPadam