Jumaat, 25 Jun 2010

PENGANTAR ILMU HAKIKAT YANG DIWARISKAN Oleh : Fakirabdillah - ENTRI 9



KAMUS SUFI anda ..............

ILMI SAFINA = ilmu yang disampaikan dengan cara risalah
ITHBAT = menyatakan dengan positif
ISTIJLA = pemerhatian oleh Allah tentang KesempurnaanNya
ITTIHAD = kesatuan – benda benda tidak wujud dan wujud benda benda itu adalah wujud Allah
ITTISAL = berhubung, bersambung
INFISAL = bercerai – berasingan
JALAL = agung / lenyapnya Sifat dalam Zat
JAMAL = indah / manifestasi Sifat

Sambungan dari entri lapan .........................

Saudara pembaca yang di-Rahmati Allah,

Satelah membaca lapan entri yang dipetik dari Manuskrip Pengantar Ilmu Hakikat Yang Di-Wariskan, marilah kita RUMUSKAN semula pelajaran kita setakat ini.

RUMUSAN..........PROSES PENTAJALLIAN

ZAT MUTLAK ghaib dalam SIFATNYA yang iaNya tajallikan melalui NURNYA / NURZAT yang disebut sebagai HAKIKAT MUHAMMAD.

Hakikat Muhammad pula ghaib dalam Sifatnya yaitu NUR MUHAMMAD. Nur Muhammad ilah IBU SEGALA RUH ( Abu – al- Arwah ) Disini Dia menamakan DiriNya sebagai ALLAH.

Sabda Nabi :-

Aku dari Cahaya Allah dan segala yang lain adalah dari Cahayaku.
Aku adalah AHMAD tanpa MIM ( Alif – Ha – Mim – Dal ) jadi ( Alif – Ha – Dal )

Ibu Ruh Nur Muhammad mentajallikan MALAIKAT. Malaikat ghaib didalam RUH AWAL MANUSIA yang digelar RUH QUDSI atau NUR MUHAMMAD MUSTAFA RASUL ALLAH. Maka dikatakanlah bahawa manusia itu sesifat Malaikat.

Seterusnya Ruh Muhammad sebagai ibu ruh menciptakan alam semesta ini. Ianya tidak lain dan tidak bukan selain ZAT MUTLAK yang meliputi sekalian alam dan meliputi sekalian manusia dengan Sifat Maha MeliputiNya.

GHAIB maksudnya ialah WUJUD tetapi TIDAK KELIHATAN oleh mata kasar tetapi dirasakan kewujudannya oleh pancaindera atau mata hati.

SUHUDIL KASRAH FIL................

Barangkali inilah yang dimaksudkan oleh Ibnu Arabi bila mengungkapkan kata kata termashur ini :-

LIHATLAH SATU PADA YANG BANYAK
LIHATLAH YANG BANYAK PADA YANG SATU
YANG BANYAK ITULAH YANG SATU & YANG SATU ITULAH YANG BANYAK
DAN YANG SATU ITULAH SATU YAKNI ZAT MUTLAK ALLAH

Barangkali inilah maksud sebenar SE / ESA / MELIPUTI itu yang bermaksud bahawa kita in Se-zat, Se-sifat, Se-asma’ & Se-afal dengan Allah Tuhan kita itu. Jika telah SE tidak lagi boleh dipisahkan.

Kembalikan hal ini kepada manusia. Jasad & Ruh atau Badan & Nyawa atau Jasmani & Ruhani tidak boleh dipisahkan . Jika sudah SE , maka jadilah Jasad itu Ruhani , Ruhani itulah Jasad, kerana asalnya adalah yang SATU jua. Ia SE, ESA / MELIPUTI.

Barangkali ini jugalah maksud :-

Dari Allah kita datang kepada Allah kita kembali. Kita datang dalam bentuk dua jisim yaitu ruh & jasad. Kenapa pula bila kembali kita kembalikan Ruh kepada Allah dan jasad kebumi ?

Tidakkah wajib kita kembalikan jasad juga kepada Allah yaitu kembalikan kedua-duanya kerana kedua-duanya itu adalah satu atau esa, tidak boleh dipisahkan ? Inilah jalan kembali yang sebenarnya yang patut kita cari.

AWAL ZAT ...AKHIRPUN ZAT

Dan barangkali ini jugalah maksud AWAL ZAT – AKHIRPUN ZAT JUA.

Arif mengatakan jika didunia ini, kita pisahkan diri kita dengan Allah kerana kita bertauhidkan Allah dan alam itu BERFARAQ atau TERPISAH, maka kembalilah kita dengan terpisah jua. Jika didunia ini, kita bertauhidkan SE- ALLAH maka kita kembalipun SE jua. Wallah Hu Alam.

Setakat perbincangan kita pada tahap ini, fakir rasa otak kita semua boleh menerima kenyataan bahawa Ruh manusia itu asal usulnya ialah ZAT ALLAH. Oleh kerana pentajallian melalui konsep SE / ESA / MELIPUTI, maka Ruh Manusia itu ialah Allah pada hakikatnya Allah.
Dialah DIRI yang patut Dikenal saperti sabda Baginda Rasul – Kenal Diri maka kenallah akan Allah – Saperti yang telah dikatakan dahulu adalah mustahil seseorang itu dapat membayangkan atau kenal Allah kerana Allah itu Mahasuci dari dapat dibayangkan rupaNya oleh sesiapapun.

Ingat – Ruh Manusia bukannya manusia yang berbadan dan bernyawa itu. Maksudnya selagi kita belum sampai ketahap INSAN KAMIL atau sebelum mengenal Diri sendiri maka belumlah lagi kita mencapai tahap INSAN.

METHODOLOGI UNTUK MENCAPAI TAHAP INSAN

Ada dua methodologi yang boleh saudara pilih jika berhajat untuk mencapai Tahap INSAN . Namun fakir mengingatkan bahawa ianya adalah KETENTUAN ALLAH belaka.

Pertama melalui methodoligi Tarekat. Pilihlah Tarekat dan ikutilah ajaran murshid anda. Kedua melalui methodologi Tafakur. Bolehlah anda cuba methodologi yang disyorkan oleh Dr Bagindo Muchtar dan cara cara Ustaz Abu Sangkan.

Pendidikan Ilmu Syariat yang menebal mungkin menyebabkan sesetengah orang sukar untuk menerima kenyataan ini , tetapi itulah hakikatnya.

Sementara itu pemahaman berlandaskan HUKUM AKAL sahaja tidak boleh dipakai jika tidak disahkan oleh dalil dalil NAQLI yakni Ayat Ayat Al-Quran dan Hadith. Oleh itu saudara perlu merujuk kepada Al-Quran & Kitab Hadith.

Sekiranya masih berlaku was was kerana kefahaman bahawa Zat Allah itu Mahasuci dari disamakan dengan YANG BAHARU, maka mohonlah Petunjuk Allah.

Dan sekiranya anda mahu berwaspada maka cukuplah setakat anda yakin bahawa ruh kita itu dibekalkan dengan Sifat Sifat Ketuhanan yaitu Sifat Maani dan Maknuyah Allah dan bertauhidlah dengan mentashdiqkan bahawa Tiada Yang Nyata Hanya Allah.

3 ulasan:

  1. Pandanglah satu didalam yang ramai dan pandanglah ramai didalam yang satu

    BalasPadam
  2. Sunyikan dirimu ditempat yg ramai untuk mendapatkan yg SATU bila yang SATU yg ramai akan ikut (Uways Al Qarni).

    BalasPadam