Selasa, 29 Jun 2010

PENGANTAR ILMU HAKIKAT YANG DIWARISKAN Oleh : Fakirabdillah....ENTRI SEBELAS ( 11 )



KAMUS SUFI anda ..............

KITABUL MUBIN = Loh mahfuz
KIYANI = diniawi
LIQA = muka , wajah
MAHIYYAT = bakat
MAWAHID = orang yeng mengesakan Allah

ALAM MITHAL

Ertinya mithal ialah contoh = ikhtibar = petunjuk

Pemahaman :-

Petunjuk Zat ialah SifatNya
Petunjuk Malaikat ialah Ruh
Petunjik Ruh ialah Jasad

Maknanya :-

Ghaib Zat Allah dalam SifatNya = Nur Muhammad
Ghaib Sifat ( Muhammad ) didalam Malaikat
Ghaib Malaikat didalam Ruh Manusia
Ghaib Ruh manusia didalam Jasad manusia

Juga bermakna :-

Manusia itu adalah MITHALAN sebab :-

Jasad sesifat Ruh
Ruh sesifat Mlaikat
Malaikat sesifat Nur Muhammad
Nur Muhammad ialah Sifat Zat
Sifat itulah Zat

Alam Mithal adalah Alam Nyata yaitu dikandung bapa selama 40 hari.

Untuk menunaikan janji Allah memindahkan Ruh manusia itu dari Alam Ruh kepada Alam Nyata yaitu dunia ini melalui proses Pentajallian Secara Menurun atau NUZUL 14 tingkatan. Masuk melalui ubun ubun bapa Nanamah namanya, turun hingga kepusat DI namanya, terus kepinggang WADI namanya, turun kehujung zakar, MANI namanya dan terpancar ke Rahim Ibu MANIKAM namanya.

MANI juga dikenali sebagai A’YAN SABITAH yaitu bakat bakat terpendam didalam ILMU ALLAH yang mengandungi manusia lengkap itu ( AKBAR ) siap dengan jasad serta ruhnya. Wujud didalam diri bapa dalam keadaan wujud tetapi belum kelihatan nyatanya oleh mata, umpama wujudnya seluruh pokok sawit dalam sebiji benih pokok sawit.
Banyak nama nama digunakan untuk menghuraikan proses pengwujudan / pentajallian ini . Antaranya ialah :-

Syiar Allah = perjalanan Zat dari ubun ubun ke pusat
Sunnah Rasul = perjalanan Sifat dari pusat ke- zakar
Mani Yang Nyata = manusia yang ghaib / Nurzat / Ar-Rahman
Khusu’ Tawadduq = pemindahan mani ke rahim perempuan yaitu penyampaian SIRR / Rahsia dari Alam Mithal ke Alam Ajsam ( Rahim Ibu ) melalui junub.

ALAM AJSAM

Ertinya :-

Proses pesenyawaan mani bapa dengan telur ibu atau proses pengwujudan jasad dan penyatuan ruh dengan jasad untuk menjadi manusia dalam bentuk bayi.

Prosesnya :-

Selama sembilan bulan banyak sekali nama nama panggilannya mengikut umur dan pertumbuhan lembaga bayi itu. Antaranya ialah Mani menjadi darah, darah menjadi daging, daging menjadi tulang.

Maka sempurnalah jasad & ruh. Hiduplah bayi itu membesar menjadi kanak kanak terus menjadi dewasa. Kalau terlalu panjang umurnya menjadi PIKUN dan setelah itu ia mati berpindah kealam BARZAH sebelum pulang kenegeri asalnya disebut ALAM AKHIRAT bersama Allah.

Inilah ALAM INSAN yaitu Alam Kehidupan Manusia didunia ini hingga dia mati.

Bersambung.................Mertabat Tujuh juga boleh dilihat .....

1 ulasan:

  1. Alhamdulillah....inilah ilmu dan artikel yang saya cari...

    BalasPadam