Isnin, 7 Jun 2010

TASAUF BERCANGGAH DENGAN SUNNAH ? ..sambungan entri terdahulu.



Pada 31hb Mei 2010 yang lalu fakir telah memetik satu rencana Yayasan Sofa yang bertajuk Ilmu Hakikat tidak sesat dan menyesatkan.

Seterusnya fakir turunkan melalui entri ini sambungan rencana tersebut....bertajuk TASAUF BERCANGGAH DENGAN SUNNAH ?

Antara isi kandungan utama ialah :-

1 Mengatakan Tasauf tidak harmoni dengan Sunnah adalah satu TOHMAHAN

2 Dasar pengambilan tasauf adalah Al-Quran dan sunnah. Ilham ilham dan ilmu ilmu ahli tasauf tidak bertentangan dengan Al-Quran & Sunnah

3 Apa yang menghairankan ialah orang orang yang begitu lancang mencaci tasauf dan menentang ahli sufi mengutip kata kata dan perbuatan ahli sufi untuk dijadikan bahan dalam teks ucapan dan pengajaran mereka

Mereka saolah –olah tidak berasa malu meminjam kata kata ulama ulamak tasauf..yang mereka caci dan hina itu.

KOMEN FAKIR................


Pendapat yang mengatakan orang ramai membenci Tasauf pada pendapat fakir adalah
tidak tepat seterusnya jauh dari benar.

Yang benar ialah orang ramai yang awam itu tidak ramai yang memahami Tasauf selain tahu menyebutnya. Ini adalah disebabkan kekangan pihak Berkuasa Agama yang belum lagi mengharamkan Tasauf tetapi mengharamkan INTIPATI UTAMA TASAUF iaitu Ilmu Tarekat dan Ilmu Hakikat yang digolongkan sebagai ILMU KETUHANAN.

Kalau belajar pun haram , hasilnya ialah KEJAHILAN BERTERUSAN ORANG AWAM MUSLIM dalam Ilmu Kebatinan Islam. Siapakah yang wajib bertanggungjawab dan memikul dosa dosanya ?

Yang tidak suka hingga ketahap benci ..dan yang TIDAK MALU menggunakan kata kata Ahli Sufi saperti yang dikatakan oleh Yaysan Sofa diatas bukannya orang ramai yang awam itu tetapi merupakan ulamak ulamak Ilmu Syariat yang berkelulusan tinggi dan menjawat jawatan penting didalam institusi institusi agama di Malaysia ini.

Merekalah yang menggunakan kuasa pentadbiran mereka yang menjatuhkan hukum haram keatas hampir semua aliran Tareqat yang menjadikan Ilmu Tasauf sebagai teras amalan tarekat masing masing.

Tindakan pihak Berkuasa Agama mengharamkan pelbagai aliran Tarekat & Tasauf secara umumnya disokong oleh undang undang penguatkuasaan dan juga oleh media perdana.

Akibatnya tiada siapa yang berani mengajar ( dan belajar ) Ilmu Tasauf secara terbuka kepada orang ramai yang awam itu kerana mengajar dan belajar ilmu haram itu bagi yang suka mengikut-ngikut adalah sesat dan boleh jadi kafir zindik.

Bagi muslim yang suka berfikir, pengharaman tasauf tidak akan menjejaskan minat dan usaha mereka untuk belajar dan mengamalkan Ilmu Tasauf walaupun usaha ini terpaksa dilakukan secara tertutup dan secara berahsia-rahsia.

Lihat sahaja didalam internet akan jumlah laman web dan laman blog yang membicarakan Ilmu Ilmu Kesufian dan Ilmu Hakikat Makrifat.

Namun begitu cara pembelajarn berahsia dan tertutup ini mempunyai dan membawa kepada risiko risiko tertentu.

Maka kita bacalah cerita cerita media yang amat berat sebelah tentang penangkapan berterusan orang orang Islam yang dituduh mengembangkan pelbagai macam & ragam Ilmu Sesat yang jika kita baca lapuran media ...memang kelihatan sesat pun

Soalnya ialah ..apakah yang dilapurkan oleh media itu merupakan perkara sebenar yang diajar oleh guru yang dikatakan sesat itu ? Atau pelapur salah pemahaman atau telah diarah untuk melapurkan apa yang dikehendakki oleh yang menuduh ?

Contohnya adalah sesat jika ada orang yang mengaku MENJADI NABI.
Bila sasaorang mentashdiqkan Kalimah Rasulnya sebagai Akulah Muhammad menyampaikan Hak Allah...adakah ianya boleh dipenjarakan kerana mengaku menjadi Rasul ? Adakah orang yang menuduh mengerti akan maksud orang yang berkata itu ?

Soal yang kedua ialah ....kenapakah orang yang dituduh sesat itu tidak dibicarakan secara terbuka dan prosiding pembicaraan dilapurkan oleh media sapertimana berlaku dalam kes pembicaraan Anwar Ibrahim / Shamsul.

Jika ini dilakukan maka orang awam akan dapat faham serta membuat penilaian sama ada tuduhan sesat tersebut adalah sesat atau tidak sesat.

Jika kerajaan sanggup mengambil risiko dalam menghalalkan Judi Bolasepak sambil sedia maklum bahawa JUDI itu sahih telah diharamkan oleh Allah, maka kita ingin bertanya .....

Kenapakah kerajaan ISLAM UMNO tidak sanggup menghalalkan pengajaran dan penyebaran Ilmu Tasauf dan segala ilmu yang terkandung didalamnya sedangkan kesahihan haramnya hanyalah pendapat segolongan orang yang mengaku ulamak dan bukan pengharaman oleh Allah yang jelas dinyatakan didalam Al-Quran ?


Kita sebenarnya menunggu akan keterbukaan kerajaan membenarkan penyebaran Ilmu Agama Islam yang benar dan unjuran kepada umat islam agar mempelajari ilmu agama Islam secara menyeluruh yaitu Ilmu Syariat, Tarekat, Hakikat agar mencapai Makrifat.
Bersambung....

Fakir...

pelik juga memikirkan dasar boleh jual tak boleh pamer beberapa tajuk buku buku agama .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan