Selasa, 15 Jun 2010

KEPENTINGAN TASAUF ...dari Yayasan SOFA



Rencana Yayasan SOFA, Rembau NSDK


Salam saudara pembaca yang budiman.

Kita bersyukur terhadap Allah SWT dan berterimakasih kepada pendokong Yayasan Sufi yang berterusan berjuang menegakkan Ilmu Tasauf.

Semoga Allah merahmati kita semua, umat Islam Malaysia khasnya dimana akhirnya Ilmu Tasauf akan diterima secara terbuka oleh umat Islam dan boleh dipelajari dan diajar tanpa apa apa sekatan lagi lebih lebih lagi dianggap sebagai ilmu sesat yang dihukum dengan hukuman penjara.

Ikutilah rencana Yayasan Sofa yang dicatatkan semula saperti dibawah :-

KEPENTINGAN TASAUF.

Kita telah membahaskan kedudukan tasauf dalam kerangka agama Islam dan hubungannya dengan syariat dan sunnah.

Kali ini kita ingin menekankan kepentingan tasauf dalam kehidupan peribadi seseorang muslim.

Sesungguhnya pentaklifan syariat yang diperentahkan secara khusus kepada manusia itu kembali kepada dua bahagian. Pertamanya , hukum hukum yang berkaitan dengan amalan zahiriyah dan yang kedua hukum hukum yang berkaitan dengan amalan batiniah.

Ataupun hukum hakam yang bersangkutan dengan anggota badan manusia dan amalan yang bersangkutan dengan hati manusia itu.

Amalan jasad itu terbahagi kepada dua jenis, yang berbentuk suruhan saperti solat, zakat,haji dan lain lainnya , dan juga larangan saperti membunuh, berzina, mencuri, minum arak dan sebagainya.

Amalan hati juga terbahagi kepada dua, yang berbentuk suruhan saperti beriman kepada Allah dan yang lain lain saperti dinyatakan didalam Rukun Iman.

Begitu juga ikhlas, reda, benar, khusuk, bertawakkal dan sebagainya. Sementara yang berbentuk larangan saperti kufur, munafik, takbur, ujub, riak, menipu, hasad dan dengki.

Aspek kedua iaitu yang bersangkutan dengan hati lebeh penting daripada bahagian pertama disisi Allah kerana batin adalah asas atau punca bagi yang zahir. Kerosakan yang berlaku pada batin akan mencacatkan atau menjejaskan nilai amalan zahir.

Firman Allah : Al-Kahfi : 110

Dan siapa yang bercita-cita untuk bertemu dengan Tuhannya hendaklah beramal dengan amalan soleh dan jangan dia mensyirikkan Allah dengan sesuatupun dalam ibadahnya.

Sabda Baginda Rasul : Hadith

Ingatlah sesungguhnya didalam jasad itu terdapat seketul daging. Apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak maka rosaklah seluruh jasad. Sesungguhnya ia adalah hati.

Rasullullah juga menegaskan bahawa tempat jatuhnya pandangan Allah kepada hambaNya adalah hati.

Hadith : Bukhari Muslim

Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada jasadmu ataupun lahiriah kamu tetapi Dia memmandang hati hati kamu.

Oleh kerana kebaikan seseorang itu bersangkut paut dengan kebaikan hatinya, yang menjadi penentu amalan zahirnya, maka wajiblah keatasnya memperbaikki hatinya dengan mengosongkan hati itu dari sifat sifat keji dan menggantikannya dengan sifat sifat terpuji.

Dengan itu hatinya akan berada dalam keadaan sejahtera dan benar. Pemiliknya akan tergolong dikalangan orang yang berjaya dan terselamat diakhirat nanti.

Kata Kata : Imam Al-Ghazali

Adapun tentang ilmu hati dan mengenal penyakit penyakitnya adalah ilmu Fardhu Ain.

Sesungguhnya Ilmu Tasauf itu adalah Ruh & Jantung Ilmu Agama Islam yang berdenyut kerana tidaklah agama ini hanya dengan amalan amalan zahir.

Tidak hairanlah para ulamak sangat bertegas dalam bertasauf ini.

Fakir ingin bertanya ...ulamak malaysia termasuk atau tidak dalam golongan ulama yang bertegas itu ?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan