Sabtu, 5 Jun 2010

WAHDANITULLAH......Sheikh Qamarudden Wahdaniatullah Al-Haj


BAB PENUTUP …..
RUMUSAN WAHDANIATULLAH.


Firman Firman Allah : Al-Naml : 09 : Yang Bermaksud :

Orang yang Taqwa itu beriman kepada Yang Ghaib

Beriman kepada Allah, Malaikat, Kitab & Rasul

Bersyukurlah kepada Allah dan barangsiapa yang syukur kepada Allah sesungguhnya dia bersyukur untuk DIRI SENDIRI

Sesunggunya Aku adalah Allah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.


Menilik akan kelakuan dan amal ibadah yang dilakukan oleh batang tubuh semuanya dari AF’AL ALLAH sama ada ianya bergelar BAIK mahupun JAHAT, Mungkar atau Makruf.

Firman Allah : Maksud

Katakanlah : Hai kaumku, BERKERJA – lah sesuai dengan keadaanmu, sesungguhnya AKU AKAN BERKERJA, maka kelak kamu akan tahu.

Maksud Firman diatas adalah jelas bahawa apa jua yang dibuat oleh manusia adalah digerakkan oleh ZAT DIRI TUHAN. Hidupnya manusia kerana bernyawa. Nyawa itu tidak nampak kerana ianya NUR atau CAHAYA dari ALLAH. Adanya Nyawa dan bergeraknya Nyawa adalah diatas IZIN ALLAH.

Fikirkan hal ini barulah nyata AF’AL ALLAH.

Sekiranya apa jua yang telah diterangkan sebelum ini masih lagi menimbulkan tanda Tanya, maka eloklah baca dan fahami Firman Allah berikutnya yang ditujukan kepada manusia yang waham.

Firman Allah : Maksud

Allah telah mengunci mati HATI dan Pendengaran dan Penglihatan mereka ditutup.

Yang dimaksudkan dengan HATI ialah DIRI BATIN mereka telah dilapisi oleh 7 Sifat Neraka yakni Hawa Nafsu Manusia. Apa jua penerangan dan petunjuk yang sampai melalui Jalan Haq , mereka enggan mendengar.

Ada mata tetapi buta, ada telinga tetapi pekak, bukan mata yang buta tetapi buta mata hati, pekak pendengaran batinnya. Oleh itu elaklah dari Menduakan Allah & Syirik Hoppi.

Firman Allah : Maksud

Maka apabila manusia ditimpa bahaya, ia menyeru Kami kemudian apabila Kami berikan kepadanya Nikmat dari Kami dia berkata sesungguhnya aku diberi nikmat itu adalah atas kepintaranku. Sebenarnya itu adalah ujian. Tetapi kebanyakan mereka itu tidak mengetahui.

Ini adalah salah satu Firman yang menunjukkan manusia itu tidak bersyukur dengan Pemberian Nikmat Allah, bahkan ianya mengaku pula bahawa kejayaan mereka adalah kerana mereka pandai, rajin dan sebagainya dan tiada kena mengena dengan Allah.

Maka lenyaplah HAQ ALLAH . Kebathilanlah yang memandu kehidupan mereka.

Firman tadi memberitahu bahawa Nikmat yang diberi adalah satu UJIAN. Maka kalau manusia tidak tahu dan tidak mendalami akan maksud Nikmat itu, hukumnya Syirik. Dan syirik inilah yang selalunya diamalkan ramai manusia dalam kehidupan masing masing.

Contoh : Supaya Lebih Jelas

Allah telah memberi ilmunya kepada saorang wanita maka dengan Ilmu Allah tadi maka pandailah wanita itu didalam bidang jahitan dan fesyen. Maka ramailah ramailah pelanggannya yang rata rata berpuashati dan memuji akan kepakarannya : pandailah kakak menjahit dan mereka fesyen, cantik, kemas dan sedap dipakai.

Maka besarlah hati wanita itu menerima pujian tetapi adakah dia bersyukur kepada Allah yang memberikannya ilmu yang menjadikan dia pandai. Yang memberikan dia Kudrat, yang memeberikan dia Nyawa untuk terus hidup dan dapat pula wang hasil jahitannya melalui ILMULLAH & KUDRATULLAH tadi.

Maka mengapa pula dia mengaku dia yang menjahit dan menggunting untuk dijadikan sepasang baju itu ?. Dari segi pandangan mata zahir memanglah benar kakak itu yang menggunting dan menjahit.

TETAPI kenapa tidak mahu saksikan siapa yang menggerakkan kakinya hingga dapat memusingkan tali mesen jahit dan siapa pula yang memberi penglihatan pada matanya sehingga benang dapat dimasukkan kedalam lubang jarum yang halus itu ?

Jawabnya tentulah NYAWA kerana ianya memang masuk dek akal. Buktinya ialah sekiranya ada tukang jahit yang baru saja mati cubalah bawakanlah benang dan jarum dan suruhlah dia bangun dan menjahit.

Boleh atau tidak tukang jahit yang baru mati itu menunaikan hajat kita ?

Kenapa tidak boleh ? Kerana dia SUDAH TIDAK ADA NYAWA. Yang masih ada ialah Jasad , yang tidak ada ialah Nyawa. Maka sangkaan kita bahawa selama ini Jasadlah yang hidup kerana situkang jahit selalu kata dia yang buat itu dan ini adalah KESILAPAN YANG JELAS SILAP. Tetapi kita terus menerus juga membuat kesilapan itu kerana kita tidak MENILIK atau memperhatikan fakta bahawa Jasad itu kelihatan hidup kerana ianya BER-NYAWA.

TUHAN = ALLAH
NYAWA = MUHAMMAD
JASAD = MANUSIA
……………………………………………………………………………………………..

Nota Fakir :

Kenyataan diatas disampaikan oleh penulis melalui nukilannya yg tidak dapat fakir masukkan kelaman ini ( sbb tak tahu caranya )

NUKILAN SATU


Tuhan – Sila tulis Kalimah Allah ( jawi )
Nyawa – Sila lukis ejaan Muhammad ( jawi )
Jasad – Sila lukis gambar manusia.

Maksudnya Allah ghaib dalam Muhammad & Muhammad ghaib dalam Jasad Manusia .

NUKILAN DUA

LA ( Lam Alif ) = ZAT iaitu DI
ILAHA ( Alif – Lam – Ha ) = SIFAT iaitu WADI
ILLA ( Alif – LamAlif ) = ASMA ‘ iaitu MANI
ALLAH ( Alif – Lam – Lam – Ha ) = AF’AL iaitu MANIKAM

La itu kosong yang penuh, Ilaha yg kosong melahirkan diri sebagai SATU NOKHTAH seterusnya menjadi dua titik dan menjadi ALIF. Alif membentuk Kalimah Muhammad menjadi Rasul kepada Allah yang meliputi seluruh jasad manusia itu.

Maksudnya Zat yang disebut sebagai DI ghaib kedalam Sifat yang disebut sebagai WADI bernama MANI dan terus dipancarkan ketempat yang gelap iaitu RAHIM IBU membawa RASUL bernama MUHAMMAD yang MENYAMPAIKAN KEPADA LEMBAGA yang dikeluarkan dari TEMPAT YG GELAP ke dunia penuh cahaya ..ketika kecil dipanggil bayi …bila besar dipanggil MANUSIA.

Nyawa itu dipanggil MUHD BATIN dan JASAD MUHD ZAHIR. Muhd Batin tiada alat kelamin kerana tidak perlu membiak berbanding Muhd Zahir.
………………………………………………………………………………………………

Firman Allah : Az-Zumar : 42

Allah memegang jiwa ketika matinya dan jiwa yang belum mati diwaktu tidurnya, maka Dia tahanlah jiwa yang telah Dia tetapkan kematiannya dan Dia melepaskan jiwa yang lain sampai waktu yang ditentukan. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat Tanda Kekuasaan Allah bagi kaum yang berfikir.

Tiap tiap permulaan ada kesudahannya. Maka permulaan manusia adalah HIDUP dan kesudahannya MATI. Kalau setakat mati sahaja tidaklah mengapa tetapi sesudah mati akan dihidupkan semula.

Manusia yang beriman melihat mati itu sebagai PERSINGGAHAN untuk MENEMUI TUHAN bukannya dalam Syurga mahupun Neraka. Mereka bertanya jikalau mereka tidak mati maka bagaimanakah mereka boleh disempurnakan.

Kematian itu adalah satu yang pasti.

Mereka yang dimatikan SECARA SEMPURNA oleh Allah , seluruh badannya kelihatan tumpat, wajahnya berseri ( dengan Cahaya Zat ) lembut liuk, tiada najis dalam dubur dan apabila diusung kekubur pengusung tidak terasa berat. Bila dimasukkan keliang lahat mayatnya akan ghaib.

Inilah KESEMPURNAAN MANUSIA YANG HAQ….bukannya jasad ditanam untuk dipukul dan sebagainya.

Bagi mereka yang tidak tahu erti MENG-ESAKAN ALLAH ..sentiasa sahaja menduakan Allah dengan diri mereka sendiri. Biasanya belum setengah jam mati bau sudah busuk, badan sudah kejang sehingga nak qiamkan pun susah dan bila ditekan perut najis memancut.

WAHDANIATULLAH telah menjelaskan cara cara bagaimana manusia TERSELAMAT dari SYIRIK HOPPI yakni dari menyengutukan Allah secara halus atau Syirik yang tidak nampak.

Bersambung…………………………………………………..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan