Jumaat, 4 Jun 2010

WAHDANIATULLAH Sheikh Qamarudeen Wahdaniatullah Al-Haj



WWAHDANIATULLAH.

Wahdaniatullah itu maksudnya MENGESAKAN akan ALLAH dan telah banyak huraian dan FirmanNya dilafazkan bahawa RAHSIA ALLAH itu adalah manusia.

Kalau mengetahui Allah tidak berbilang, tetapi SE yakni MELIPUTI maka hindarkanlah diri dari MENDUAKAN TUHAN. Caranya adalah didalam KALIMAH LA ( Lam Alif )

LA HAYYUN
LA QADIRUN
LA SAMIUN
LA BASIRUN
LA MURIDUN
LA MUTAKALLIMUN
LA ALIMUN

Dilafazkan ertinya sebagai :-

Tiada aku yang hidup, tiada aku yang berkuasa, tiada aku yang mendengar, tiada aku yang melihat, tiada aku yang berkehendak, tiada aku yang bercakap dan tiada aku yang mengetahui MELAINKAN ALLAH yang MELIPUTI ( wahdaniat ) seluruh zahir dan batinku. INILAH KALIMAH MENGISBAT.

Adapun LAM ALIF ( LA ) tadi adalah KALIMAH NAFI yakni manusia yang tidak mahu MENSYIRIKKAN ALLAH perlu MENAFIKAN dahulu apa yang dilakukan itu bukanlah perbuatan mereka. Bila telah dinafikan bahawa Jasad / manusia tidak BERUPAYA dan IQTIKAD-nya bukanlah manusia yang bergerak tetapi AF’AL ALLAH –lah yang bergerak.

Jika hendak dihuraikan Sifat 20 akan memakan masa. Tetapi inilah isinya. Ujud itu ADA, yang ada ialah ZAT ALLAH. Zat inilah yang mengujudkan Sifat Salbiah yang 5, Sifat Maani yang 7, Sifat maknuyah yang 7 juga + ada tadi kini menjadi 20 Sifat yang wajib kita tahu serta faham.

SIFAT SALBIAH : Sifat Sifat Salbiah ialah :-

Kidam
Baqa’
Mukhalafatuhu Taala Lil Hawadith
Kiamuhu Binafsihi
Wahdaniat

SALBIAH itu adalah dari perkataan SALBI bermaksud BENIH. Pujian atau Zikir benih ialah AH ( Alif Ha ) . Tamatnya Sifat Salbiah pada Wahdaniat. Wahdaniat ertinya ESA. Yang diesakan ialah WUJUd yakni ZAT.

Mungkin mengesakan Zat itu adalah sesuatu yang tidak diterima Syariat kerana kurang ilham dan ilmu. Oleh kerana kurangnya ilmu dalam bab Wahdaniat maka lahirlah kitab ini untuk menerangkan tanggungjawab mengesakan Zat untuk bacaan dan pemahaman anda semua.

Walaupun Wahdaniat itu Sifat ke-5 dari Sifat 20 Allah tetapi Sifat ini adalah IBU SIFAT 20 ALLAH. Tanpa mengenal dan memahami serta mendalami anda BOLEH JADI HOPPI ( Syirik yang halus )

Cuba kita perhatikan jumlah jari jari manusia. Yang kanan ada 5 manakala dikiri pun ada 5 juga. Kenapakah Allah jadikan jari jari tangan dan kaki kita sebegitu ?

Cuba renungkan perkara perkara dibawah :-

JARI JARI TANGAN = Jumlahnya ada 5

1 Jari Kelenkeng
2 Jari Manis
3 Jari Hantu
4 Jari Telunjuk
5 Jari Ibu

MANUSIA itu ialah terdiri dari 4 + ? unsur = 5

1 Tanah
2 Air
3 Angin
4 Api
5 ?

atau 4 + ? = 5

1 Di
2 Wadi
3 Mani
4 Ma’nikam
5 ?

SIFAT SIFAT RASUL ialah 4 + ? = 5

1 Siddiq
2 Amanah
3 Tabliq
4 Patonah
5 ?

SAHABAT RASUL ialah 4 + ? = 5

1 Abu Bakar
2 Omar
3 Osman
4 Ali
5 ?

NYAWA itu adalah Malaikat terdiri dari 4 + ? = 5

1 Nafas
2 Ampas
3 Tanapas
4 Nupus
5 ?

MALAIKAT

1 Jibrael
2 Mikael
3 Israfil
4 Izrael
5 ?

Jika ditolak ? jumlahnya ada 24 tetapi jika anda dapat mencari jawapan tandatanya itu jumlahnya akan menjadi 30 bersesuaian dengan 30 juzuk Al-Quran.

Carilah jawapan tandatanya itu ( ? ) PETUNJUK JAWAPAN seperti dibawah :-

Bagi mencari jawapan perlulah kita meneliti Kalimah Syahadah dan huraian berkaitan dengannya.

Adapun Kalimah Syahadah itu mengandungi 24 huruf – menunjukkan kehidupan manusia sehari semalam selama 24 jam juga. Hiduplah manusia sebagai HAMBA kepada undang undang Syariat Feqah tetapi belum pasti menjadi hamba Allah yang beriman.

Kerana apa pula dikatakan manusia itu menjadi hamba kepada Syariat dan Hukum Feqah dan tidak sebagai Hamba Allah ?

Kerana manusia PERASAN yang merekalah yang hidup dan menjalankan Sunnah Rasul dan Perintah Allah.

Dari mana datangnya Sunnah Rasul jikalau tidak tahu dan mengenal akan Rasul ? Dari mana datangnya Perentah Allah kalau tidak kenal Allah , apa lagi berjumpa Allah ?

JAWAPAN ?

1 Tanah 2 Air 3 Angin 4 Api
5 ? = ADAM

1 Di 2 Wadi 3 Mani 4 manikam
5 ? = JASAD

1 Siddiq 2 Tabliq 3 Amanah 4 Patonah
5 ? = RASUL

1 Abu Bakar 2 Omar 3 osman 4 Ali
5 ? = MUHAMMAD

1 Nafas 2 Anpas 3 Tanapas 4 Nupus
5 ? = DIRI

1 Jibrael 2 Mikael 3 Israfil 4 Izrael
5 ? = KEMBAR

IANYA BOLEH JUGA DIFAHAMI SEPERTI DIBAWAH :-

Yang dikatakan sebagai Manusia itu :-

Tanah + Air + Angin + Api = ADAM
Daging + Tulang + Urat + Darah = MANUSIA
Di + Wadi + Mani + Manikam = INSAN

Yang dikatakan sebagai Malaikat itu :-

Nafas sampai di – UBUN UBUN digelar JIBRAEL
Nafas sampai di – MATA digelar MIKAIL
Nafas sampai di – PUSAT digelar ISRAFIL
Nafas sampai di – JANTUNG digelar IZRAEL

Yang dikatakan Sahabat itu :-

Abu Bakar gelaran untuk NAFAS YANG KELUAR
Omar gelaran untuk NAFAS YANG MASUk
OSMAN gelaran untuk NAFAS DI-HALKOM
ALI gelaran untuk NAFAS YANG TURUN NAIK

Yang dikatakan Pecahan Nafas itu :-

NAFAS di MULUT
ANPAS di HIDUNG
TANAPAS di BELAKANG KEPALA ANTARA 2 TELINGA
NUPUS di JANTUNG

MAQAM = MELIPUTI DIRI.

Next entry - Rukun Iman & Islam Dari Segi Hakikat

1 ulasan:

  1. Awaluddin makrifatullah : bermulanya agama dengan mengenal Allah. Syukur dan Alhamdulillah saya dapat membaca blog ini. Mengingatkan saya yang hampir lupa. Mengesakan yang esa... Apa yang dituliskan ini sama seperti apa yang di ajar oleh Bapak saya.. Bila kita mengejar akhirat dunia akan datang dengan sendirinya...

    BalasPadam