Jumaat, 11 Jun 2010

MAKA BERMULALAH BAB SEFER- SEFER....



KAMUS SUFI anda


KAMIL = Yang Sempurna
KAFIR HARBI = Golongan kafir yang boleh diperangi
KAFIR ZIMMI = Golongan kafir yang tidak wajib diperangi
KASYAF = Pandangan matahati yang boleh melihat yang ghaib
KHALWAT = Ibadat ditempat yang sunyi
KHAWASH = Orang yang khusus dalam golongan tasauf
KHALISH = Orang yang beramal dengan ikhlas

.....................................................................................
Nota si-fakir

Salam para pembaca yang di-Rahmati Allah.

Mulai entri ini fakir akan catatkan rencaana rencana yang diambil dari Manuskrip tulisan tangan ( jawi ) Tuan Haji Adnan Ooi Batu Bara yang bertajuk ASRARAL MAKRIFAH.

Manuskrip ini bertumpu kepada asas asas Ilmu Hakikat yang selalunya dirujuk sebagai SEFER SEFER. Barangkali ramai dari pembaca telahpun mahir dalam bab sefer ini tetapi fakir rasa masih ramai peminat baru yang mungkin memerlukannya.

Pada yang sudah mahir anggaplah ianya sebagai satu ulangkaji yang mungkin boleh membawa kepada penemuan baru.

Terimakasih dan selamat membaca,

.....................................................................................

ASRARAL MAKRIFAH
Haji Adenan Ooi Batu Bara

PENGANTAR DARI PENYALIN
Al-Fakir Abdillah Al-Gemasi


Saya ( penyalin ) telah diamanahkan oleh saorang hamba Allah yang dikenali sebagai Dato’ Pawang Hasan untuk merumikan manuskrip ini yang ditulis tangan dengan tulisan jawi. Ini adalah kerana ramai diantara kita sekarang tidak boleh membaca jawi.

Pengarang kitab ini saperti yang dicatitkan didalamnya ialah Tuan Haji Adenan Ooi dari Batu Bara, Indonesia. Risalah ini membincangkan asas asas Ilmu Hakikat.

Pada zahirnya sesuatu ilmu yang ingin dituntut itu hendaklah dengan berguru, tetapi saya berkeyakinan bahawa guru yang hakiki ialah Allah SWT itu sendiri ...Allah yang mengajar dengan Kalam.

Satelah membacanya, saya dapati risalah ini ditulis-tangan dengan tulisan jawi ejaan lama dengan nahu Bahasa Melayu lama juga. Untuk tidak mengobah keasliannya saya memilih tidak menukar bahasa yang digunakan kepada Bahasa Melayu Moden. Maka diserahkanlah kepada pembaca untuk memahaminya mengikut pemahaman yang dianugerahkan oleh Allah.

Sesungguhnya tiadalah dapat saya menyiapkan Amanah ini melainkan dengan Kudrat & IradatNya jua.

Al-Fakir Abdillah Al-Gemasi
June 2003

..................................................................................

ASRARAL MAKRIFAH
Haji Adenan Uui Batu Bara Al-Sumaterani

PENDAHULUAN

Bersabda Junjungan Rasul :

Alfikru si raa jul qalbi
Berfikir itu adalah pelita hati

Maksud Hadith ialah :-

Barangsiapa mentadbirkan dirinya dengan perhatian fikiran didalam segala hal kejadian kejadian yang dijadikan Allah SWT , nescaya nampaklah kepadanya segala keajaiban didalam hal keadaan yang berkaitan dengan punca sesuatu kejadian itu dan berlainan persediaan pula akan menampakkan pada satu pihak persamaan dan perbezaan perbezaan.

Tetapi didalam darjah darjah yang demikian itu tiadalah terupaya sesiapa jua pun mengira-ngirakan melainkan Tuhan Yang Mahasuci yang menjadikan dia. Maka semuanya itu bermasuk-masuk dan berkait-kait didalam tiap tiap amalan dan pegangan dan berlain-lain, bercerai-cerai didalam hal pendapat hingga kelihatan tiada boleh sama hati diantara dua orang.

Wahai sekalian yang telah memperhatikan bersalah-salahan yang amat banyak diantara tiap tiap saorang daripada jenis insan !!! Tidakkah ini dalil yang terang atas keadaan manusia yang nyawanya itu tidak dapat tiada didatangi oleh beberapa penyakit

Bahkan sekarang senanglah diatas kita berkata tentang kafiat belaan nyawa memelihara akan dia daripada penyakitnya dan kafiat menjadikan dia patuh dan layak menjayakan kerja kerjanya. Betapakah perjalanan itu ? Tiada ada jalan memeliharanya melainkan dengan 4 perkara iaitu :-

Pertama – membersehkan nyawa daripada waham waham yang kotor
Kedua – mensucikan nyawa dengan pengetahuan yang betul
Ketiga – diadatkan dia dengan perangai kelakuan yang mulia
Keempat – dengan iqtikad yang benar

Firman Allah :-

Wahai Insan jangan keadaan didalam mengikut-ikut barang yang tiada kamu ketahui pada perkara perkara itu sama ada perkataan atau perbuatan

Dan adapun kemudian daripada itu maka lagi akan berkata hamba yang fakir lagi miskin yang berharap kepada Rahmat Allah SWT , ALHAJI ADNAN inbi ALMARHUM ALHAJI MUHD YUSOF inbi ALMARHUM NAKHODA MUHD UUI BATU BARA AL-SUMATERANI......

Firman Allah : Maksudnya

Akulah perbendaharaan yang tersembunyi, maka kasih aku akan dikenal akan daku dan tiada aku jadikan jin dan manusia melainkan supaya menyembah mereka itu akan daku.

Ertinya :-

Supaya mengenal mereka itu akan Daku : Shahdan tiada dapat mengenal Allah itu akan sebenar pengenalannya melainkan akan mengenal dirinya terlebeh dahulu

Sabda Nabi :

Barangsiapa mengenala akan dirinya maka sesungguhnya mengenal dia akan Tuhannya
Dan Sabda Nabi lagi :

Telebeh mengenal daripada kamu akan Tuhannya itu terlebeh menenal akan dirinya.

...................................................................................

BAB SATU
KETAHUILAH olehmu wahai talib,


Bahawa Allah menyuruh akan makhluknya dengan sembahyang itu atas rupa nama AHMAD ( Alif – Ha – Mim – Dal ) dan MUHAMMAD ( Mim – Ha – Mim – Dal )

Berdiri itu saperti rupa – ALIF
Rukuk itu saperti rupa – HA
Sujud itu saperti rupa – MIM
Duduk itu saperti rupa – DAL

Dan dijadikan Allah akan segala Makhluk atas rupa nama MUHAMMAD

Maka Kepala – saperti – MIM AWAL
Dan Dua Tangan – saperti – HA
Dan Perut – saperti – MIM AKHIR
Dan Dua Kaki – saperti – DAL

Kemudian menjadikan Allah akan NABI ADAM daripada 4 anasir yaitu :-

Tanah – Air – Angin – Api

Adapun asal – Tanah – daripada – Air
Adapun asal – Air – daripada – Angin
Adapun asal – Angin – daripada – Api.
Adapun asal – Api – daripada – NAZAR MUHAMMAD

Adapun Tanah itu – jadi – Daging
Adapun Air itu – jadi – Tulang
Adapun Angin – jadi – Urat
Adapun Api itu – jadi – Darah

Adapun kejadian – Tanah itu – Tubuh Badan Muhammad
Dan kejadian – Air itu – Cahaya Nur Muhammad
Dan kejadian- Angin itu – Nafas Muhammad
Dan kejadian – Api itu – Nazar Muhammad

Dan adapun kejadian – Hakikat itu – daripada Tanah = Tubuh Badan Muhammad – zikirnya YA ALLAH

Dan adapun kejadian – Syariat itu – daripada Air = Cahaya Nur Muhammad – zikirnya LA – ILAHA – ILLALLAH

Adapun kejadian – TARIQAT itu – daripada Angin = Nafas Muhammad – zikirnya ALLAH ALLAH

Adapun kejadian – MAKRIFAT itu – daripada Api = Nazar Muhammad – zikirnya = Zikir Rahsia – YA HU YA HU

Soal : Apakah d diantara zikir La Ilaha Illallah dengan zikir Allah Allah dan zikir Ya Hu dan zikir Ya Allah ?

Jawab : Adapun zikir La Ilaha Illallah itu terafdal bagi orang syariat kerana ia berdiri pada makam syak waham yaitu menyangka ada perbuatan itu bagi makhluk hingga dipujinya orang yang berbuat kebaikan dan benci ia pada orang yang berbuat jahat.

Maka syak sangka itulah yang dinafikan dengan kalimah LA ILAHA dan diisbatkan sekalian perbuatan baik dan jahat itu kepada Allah supaya hilang syak sangka yang bathil itu dan supaya lepas daripada syirik.

Adapun kalimah LA ILAHA itu isyarat kepada wujud makhluk dan kalimah ILLALLAH itu isyarat kepada wujud yang qadim dan kalimah LA ILAHA itu Kalimah Tauhid manakala ILLALLAH itu Kalimah Isbat.

Firman Allah :

Aku jadikan sangka segala makhluk itu kerana hendak mengenal akan SifatKu.

Sabda Nabi

Tiada boleh bercerai antara Nafi & Isbat, dan barangsiapa menceraikan antara keduanya maka jadilah ia kafir.

RUMUSAN

Dan itulah yang wajib engkau nafikan kepada makhluk dan wajiblah engkau isbatkan segala sifat itu kepada Allah supaya tersimpan Sifat Ketuhanan kepada Allah jua.

Dan adalah yang mendinding kita kepada Allah itu yaitu syak sangka kita itulah sabenar-benarnya HIJAB. Sebab itulah dinafikan dengan kalimah LA ILAHA supaya hilang syak sangka yang bathil itu. Inilah mahfumnya kalimah LA ILAHA ILLALLAH.

Tamat Bab Satu = fakir

Tiada ulasan:

Catat Ulasan