Selasa, 8 Jun 2010

ANAK KUNCI GEDUNG KHAZANAH LANGIT & BUMI



Assalamualaikum,

Para pembaca yang di-Rahmati Allah. Apa khabar ? Diharap saudara semua sentiasa sehat dan dalam RAHMAT ALLAH belaka.

KAMUS SUFI

ALAM ALAWI = Alam yang tinggi
ALAM SUFLI = Alam yang rendah
ALAM LAHUT = Takrif umum ialah suatu maqam / level dalam pengamalan tasauf sehingga dia lupa akan sesuatu , yang diingati hanyalah Allah.

Istilah istilah lain yang berkaitan/ nama nama lain Alam Lahut ialah , a'yan sabitah, ruh idhafi, adam syu-un zatiyah, zat ma'nawi, shuratul ilmi, haqiqat nyawa, gambaran insan.

ENTRI UNTUK BACAAN SAUDARA KALI INI....


ANAK KUNCI
GEDUNG KHAZANAH LANGIT & BUMI
Sheikh Hakim Abu Abdullah Moinuddin Chisti


Firman Allah : Ibrahim : 14

Jika kamu menghitung Nikmat Allah, tidaklah dapat kamu menghitungnya.

Firman Allah : Maksud


Dan orang orang yang berjihad untuk Kami, sungguh akan Kami tunjukkan kepada mereka Jalan Jalan Kami.

Amalan yang saya paparkan ini boleh dilakukan dengan mudah oleh setiap orang.

BACAAN PEMBUKAAN


Sebelum amalan dimulakan maka hendaklah dibaca ayat dibawah supaya kesannya lebih kuat dan dapat pula membuka pintu lautan rahmat dan keberkatan daripada Allah .Insya Allah.

La Ilaha Illallah . Muhammadun Rasulullah


Bacaan ini dibaca sekali sebelum mengamalkan sebarang amalan kesufian agar pengaruh yang jahat tidak dapat masuk.

Baik juga disertakan bacaan yang dapat menghindarkan syaitan ( saperti dibawah )

A’udhu bi Llahi min asy syaitanir – rajim


Meskipun ada beribu-ribu doa, bacaan dan amalan oleh orang orang sufi namun ada beberapa formula yang tertentu yang lebih darjat dan manafaatnya seperti yang digelar MAQALAD AS-SAMAWI WAL-ARD yang bererti KUNCI PEMBUKA KHAZANAH LANGIT & BUMI.

Meskipun khas untuk mnyembuhkan penyakit / mengelakkan penyakit – faedah bacaan itu bukan hanya terhad kepada penyakit badan tetapi juga untuk penyakit lain.

BACAAN WIRID atau FORMULANYA dari BAGINDA RASUL SAW


Menjawab pertanyaan dari Uthman ibn Affan r.a baginda Rasul menjawab :-

Kamu bertanya kepada saya apa yang orang lain belum pernah bertanya. Kunci Pembuka Khazanah Langit & Bumi itu adalah yang berikut :-

La ilaha illa Llahu wa-Llahu akbar
Wa subhan Allahi wal-hamdu li-Llahi
Wastaghfiru Llah alladzi la ilaha illa Hu
Wal-Awwalu wal- Akhiru waz-Zahiru
Wal baa tinu yuhyi wa yumitu
Wa huwa hayyul laa yamutu biya dihil khairu
Wa huwa aala kul-li shay in Qadiir.


Yang bermaksud :-

Tiada yang disembah melainkan Allah
Allah Maha Besar Maha Suci Engkau
Segala Puji Bagi Allah
Aku memohon Ampun kepada Allah
Tiada yang patut disembah melainkan Dia
Dia Yang Awal dan Dia Yang Akhir
Dia Yang Zahir dan Dia jugalah Yang Batin
Yang Menghidupkan Yang Mematikan
Dia Yang Hidup tanpa mati
PadaNya segala kebaikan
Dan Dia Berkuasa atas segala sesuatu.

FAEDAH FAEDAHNYA


Sabda Nabi kepada Uthman :-

Wahai Uthman , barangsiapa membacanya 100 kali sehari, akan dikurnia 10 faedah.

Pertama, segala dosanya yang lalu akan diampuni
Kedua , terlepas dari siksa neraka
Ketiga, dua malaikat dilantik untuk memeliharanya daripada penyakit
Keempat, dikurniakan khazanah rahmat & berkat
Kelima, mendapat pahala spt pahala membebaskan 100 orang hamba
Keenam, mendapat pahala spt membaca seluruh Al-Quran, Injil, Zabur & Taurat
Ketujuh, mendapat rumah disyurga
Kelapan, berkahwin dengan bidadari syurga
Kesembilan, dia akan dipermuliakan
Kesepuluh, permohonan keampunan bagi 70 orang saudaranya akan dimakbulkan

Wahai Uthman, jika kamu mampu, janganlah lupa membacanya setiap hari. Kamu akan termasuk dalam golongan orang orang yang berjaya dan melampaui orang orang sebelum kamu dan selepas kamu.

CERITA KEJAYAAN – SUFI DARI PAKISTAN


Seorang sufi zaman ini, ABU ANIS BARKAT ALI dari Darul Ehsan , Pakistan telah mencapai kedudukan yang tinggi dan unik dikalangan orang orang yang membaca wirid atau formula yang hebat ini.
Beliau mendirikan sebuah papan-tanda yang besar dipintu masuk ke-bangunan tempat ibadahnya dan yang ditulis pada papan tanda itu ialah wirid atau formula ini.

Kehidupannya sendiri memperlihatkan pengaruh kesan bacaan itu :-

Beliau menjadikan 10,000 orang hindu kasta rendah sebagai anak angkat, memberikan mereka latihan dan pendidikan hidup yang sempurna

Beliau menyelenggara sebuah bilik perubatan . Hingga sekarang beliau telah mencelikkan 3,000 orang kurang daya penglihatan dengan percuma.

Beliau telah menulis lebih 300 buah buku tentang Islam & Sufi. Buku – buku ini diedar secara percuma. Pada kulit buku terulis :-

Buku ini ditulis untuk bacaan kita semua, bukan untuk jualan. Buku ini telah dijual kepada DIA dan demi untuk DIA jualah buku ini ditulis.

DIBACA 21 KALI SELEPAS SETIAP SOLAT


Bacaan ini boleh juga dibaca 21 kali setiap selepas solat. Ia akan memakan masa l.k 3 – 4 minit sahaja. Amalkanlah.

WIRID INI JUGA DIBACA OLEH SUFI BESAR HAZRAT KHWAJA MU’INUDDIN CHISTI DIMALAM IANYA KEMBALI......

Pada malam Rejab 633 Hijrah sufi ini saperti biasa masuk ketempat khalwatnya selepas solat Isya. Beliau menutup pintu bilik itu dan memulakan amalannya.

Bacaan wirid inilah yang dibacanya tanpa henti. Beliau memberitahu murid muridnya jangan mengganggunya pada malam itu. Murid murid beliau berada jauh sedikit dari bilik khalwat guru mereka itu tetapi mereka mendengar bunyi bacaan yang luar biasa. Sampai subuh barulah bunyi bacaan itu berhenti tetapi Tuan Syeikh tidak keluar dari biliknya.

Akhirnya setelah lama menunggu mereka membuka pintu, alangkah terperanjatnya mereka Sheikh besar itu telah meninggal dunia. Ayat ayat berikut kelihatan bersinar pada dahinya :-

Hadha Habibullah
Mata fi hubbillah

Inilah Kekasih Allah
Mati Dalam Cinta Allah
.

Nota fakir :


Rencana yang tiada terhingga nilainya ini diambil dari sebuah buku karangan Sheikh Hakim Abu Abdullah Moinuddin Chisti – Penyebar Tarekat CHISTI di – Amerika.

7 ulasan: