METAFIZIK ISLAM: MERUJUK KHUSUS AL-FUTUHAT ALMAKKIYYAH KARYA IBN AL-`ARABI - sambungan dari entri terdahulu
Oleh : Mohd Sani Badron (PhD )
Leluhur termashhur beliau adalah Hatim al-Ta’i, satu-satunya legenda kesatriaan dan kedermawanan bangsa Arab silam. Bapanya (m. 590/1194) salah seorang pegawai kanan tentera kerajaan al-Murabitun dan al-Muwahhidun Andalus; dan menurut khabar sejarah
bapa kandung dan tiga bapa saudara Ibn al-`Arabi adalah di kalangan mereka yang punya himmah rohaniah yang unggul atau awliya’ullah.
Oleh kerana tarikh lahir beliau adalah lebih kurang setahun sebelum kewafatan `Abdul Qadir al-Jilani (m. 561/116), Ibn al-`Arabi merupakan sezaman dengan tokoh tokoh seperti Suhrawardi al-Maqtul (m. 587/1191), Abu Madyan (m. 594/1197-98), Ibn Rushd (m. 595/1198-99), Ibn al-Jawzi (m. 597/1200), Maimonides (m. 601/1204), Fakhr al- Din al-Razi (m. 606/1209), Najm al-Din Kubra (m. 618/1221), Farid al-Din Attar (m. 627/1229), dan Shihab al-Din
Suhrawardi (m. 632/1234-35).
Dalam medan politik pula, dunia Islam saat itu sedang digugat di sebelah Sepanyol oleh Reconquista (Cordoba ditawan dalam 633/1236); di sempadan Timur oleh serbuan tentera Salib; dan dalam tahun 638/1240, kaum Mongol telah menghancurkan kota Kiev dalam pawai mereka yang cukup menggerunkan meluru ke bandaraya Baghdad.
Kehidupan Ibn al-`Arabi sewaktu belasan tahun adalah bebas dan menyeronokkan. Dia seorang remaja lelaki yang gemar berburu dan menjalani latihan ketenteraan, dan untuk menurut jejak langkah ayahnya, dia memasuki perkhidmatan tentera.
Menurut cerita Ibn al-`Arabi kepada Ibn Sha‘‘ar al-Mawsili (m. 654/1256), waktu mereka berjumpa di Aleppo, Syria pada 6 Rabi` al-Awwal 635/27 Oktober 1237,
What led me to leave the army, on the one hand, and to take up the [Sufi] Path on the other hand, was this: I had gone out one day with Prince Abu Bakr [b.] Yusuf b. `Abd al-Mu’min in Cordoba. We went to the great mosque and I watched him while he bowed and prostrated himself in humble and contrite prayer. I then remarked to myself, ‘If someone like this, who is no less than the sovereign of this country, is submissive and humble, and behaves in such a way towards God, it is because this lower world is nothing!’ I left him that same day, never to see him again, and undertook the Path.
Menurut salah seorang penulis biografi Ibn al-`Arabi: ketika berusia lima belas tahun, sewaktu dalam khalwah, beliau telah dianugerahi fath rohaniah oleh Allah, yang menjadikan beliau seorang yang memiliki ilmu-ilmu rohaniah yang hebat lagi mengagumkan; hingga pakar falsafah yang telah berumur lagi ternama Ibn al-Rushd meminta untuk bertemu beliau.
Dalam jangkamasa ini, selaku seorang majdhub, Ibn al-`Arabi telah melepasi kesemua turutan maqam rohaniah. Tetapi hanya setelah lima tahun kemudian baharulah beliau mula menggiatkan diri dengan amalan-amalan dan latihan-latihan kerohanian.
Dalam tahun 598/1202 Ibn al-`Arabi telah dilantik sebagai khatm al-walayah al-muhammadiyyah. Selepas para rasul, nabi, dan pengikut terdekat, ‘mohor wali muhammadi’ adalah: “makhluk yang paling berilmu mengenai Allah, justeru tiada yang sezaman atau selepas zamannya berilmu mengenai Allah dan mawaqi‘ al-hikam lebih daripadanya”.
Juga, “tidak ada wali selepasnya di atas kalbu Muhammad s.a.w., dan tiada wali sesudahnya melainkan merujuk kepadanya”.
Ibn al-`Arabi juga cukup terdidik dengan ilmu-ilmu tradisional seperti al-Qur’an, al-hadith, sirah Rasulullah s.a.w., fi qh, serta persuratan dan kesusasteraan Arab. Ibn al-`Arabi memiliki penguasaan yang kukuh mengenai al- Qur’an, `ulum al-Qur’an, dan `ulum al-qira’ah sehingga—seperti yang telah dinyatakan di atas tadi—
Khabarnya salah satu daripada sekitar 37 buah kitab tafsir al-Qur’an karangan beliau, judulnya al-Jam` wa I-Tafsil fi Ma`rifah Ma`ani al-Tanzil yang menghuraikan al-Qur’an daripada tiga aspek jamal, jalal, dan kamal, walaupun hanya sempat digubah sehingga surah Maryam (surah kelapan belas) sahaja, menjangkau hingga enam puluh empat jilid.
Hinggalah ke penghujung hayatnya, beliau terus-terusan mempelajari `ulum al-hadith dan sihah sittah Muslim, Bukhari, al-Tirmidhi, Ibn Majah, Abu Dawud, dan al-Nasa’i, sehingga mampu menulis sekitar 17 buah kitab hadith, antaranya Kitab al-Misbah fi l-Jam‘ bayna al-Sihah.
Menurutnya sendiri, beliau telah mentelaah kesemua masalah, qawl dan dalil fi qhiyyah yang terdapat sejak awal Islam hinggalah ke zaman beliau.
Beliau turut meminati persuratan dan kesusasteraan kerana ia adalah alat pendidikan yang cukup berkesan lagi ampuh untuk menyatakan pengajaran akhlakiah dan hikmah yang universal sifatnya.
Kebanyakan daripada guru-guru kepada Ibn al-`Arabi adalah tokoh pendidik termasyhur pemerintahan al- Muwahhidun di Andalus dan bahagian lain dunia Islam.
Banyak mengembara, awalnya sekitar Andalus dan kemudiannya menempuhi luasan dunia Islam, Ibn al-`Arabi merentas (kebanyakannya menerusi jalan-darat) Seville, Cordoba, Marchena, Algeciras, Ceuta, Tlemcen, Tunis, Fez, Ronda, Granada, Almeria, Salé, Marrakech, Ibjisal, Anjal, Bougie, Kaherah, Hebron, Jerusalem, Madinah, Makkah, Taif, Baghdad, Mosul, Malatya, Konya, Aleppo, Siwas,
Dan akhir sekali bermastautin di Damsyik, dari tahun 620/1223 hinggalah kewafatannya pada 22 Rabi`ul Akhir 638/1240.12
Dalam pengembaraan-pengembaraan tersebut, para raja dan sultan—seperti Malik al-Zahir Ghazi anak kepada Sultan Salah al-Din al-Ayyubi (m.612/1216), Malik al-`Adil Abu Bakr b. Ayyub (m.615/1218), Sultan ‘Izz al-Din Kayka’us (m.615/1218), Sultan al-Nur b. al-Rashid (m.615/1218), dan Malik al-‘Aziz (m.630/1233)—telah menganugerahkan penghormatan yang tinggi kepada beliau.
Mereka sebaliknya telah diberikan nasihat-nasihat keagamaan yang tegas oleh Ibn al-`Arabi, bukan sahaja untuk kebahagiaan diri mereka sendiri, tetapi juga demi keselamatan dan kesejahteraan rakyat.
Antara lain, Ibn al-`Arabi telah menyeru mereka agar mempertahan- kan ketinggian kalimatullah sewaktu berjihad mendepani gelombang serbuan tentera Kristian dalam Peperangan Salib ketika itu.
Dalam kesempatan terbatas ini, diperturunkan sebahagian isi surat Ibn al- Arabi kepada Sultan `Izz al-Din Kay Ka’us, yang membidas baginda kerana terlalu tunduk kepada masyarakat Kristian dalam suasana berkobarnya Perang Salib:
The worst thing that Islam and Muslims suff er in your realm is the sound of bells, the manistestation of infi delity (al-kufr), the affi rmation of an associate of Allah (i`la’ kalimat al-shirk), and the disappearance of the rules instituted by the Prince of Believers, Umar b. al- Khattab, regarding dhimmis: namely that neither in the city itself nor in the surrounding regions are they to build new churches, monasteries or hermitages, that they are not to repair any of these buildings if they become dilapidated, that they are not to prevent any Muslim from being given food and shelter in their churches for a period of up to three days, that they are not to hide spies, that they are not to conspire in secret against Muslims, that they are not to teach the Qur’an to their children, that they are not to make public show of their polytheism (shirk), that they are not to prohibit their relatives from Islam if they want to, that they are to respect the Muslims, that they are to stand up for them from their seat if they want to sit down, that are not to imitate the Muslims’ dressing: neither in cap nor turban nor shoes, that they are not to part their hair, that they are not to be named by the Muslims’ names, nor to be called by the surname of the Muslims’, that they are not to have saddles to their horses, that they are not to put on sword, not to take on any arms, that they are not to engrave their fi nger ring with Arabic, that they are not to sell wine, that they are to trim their front hair, and wear their dress wherever it may be, that they are to wear waste-belts, that they are not to take out the Cross nor anything of their scriptures in Muslim habitation, that they are not to ring bells [at times of Muslim prayers] except mildly, that they are not to raise their voice in their recitation [of hymn] in their church, whenever the Muslims are present, that they are not to go out with disheveled hair, that they are not to raise their [wailing] voice, nor show off fi re, due to their deceased, that they are not to buy the slaves that are transacted between the Muslims. If they contradict anything conditioned over them, then there is no protection for them, and they are due to be punished by the Muslims like what is due to the people of hostility and trouble (ahl al-mu`anadah wa ’l-shiqaq).
Beliau turut bertemu dan kadang-kadang bertembung dengan alim-‘ulama’, para faylasuf, mutakallimun, fuqaha’, sufi palsu dan sufi hakiki (al-muhaqqiqun), dan setiap tabaqat awliya’ullah.
Antara murid Ibn al-`Arabi termasuklah para pemuka metafi zika dan kerohanian Islam seperti ‘Abdullah Badr al-Habashi (m. 618/1219), Isma‘il b. Sawdakin al-Nuri (m. 646/1248), Sadruddin al-Qunawi (m. 672/1274), dan ‘Afif al-Din al-Tilimsani (m. 690/1291); tokoh muhaddith seperti ‘Ali b. Muzaff ar al-Nushbi (m. 656/1258); ahli fi lologi seperti Husayn al-Irbili; serta pakar khat seperti Ibrahim b. ‘Umar al-Qurashi.16
Sekali lagi kita sebut, bahawa beliau mewariskan kepada generasi mendatang sekitar 400 karya.17 Daripada lebih empat ratus buah kitab ini, karya Ibn al-`Arabi yang paling kukuh tak syak lagi adalah yang sedang kita perkatakan al-Futuhat al-Makkiyyah fi Ma‘rifat al-Asrar al-Malikiyyah wa I-Mulkiyyah yang dikarang dalam jangkamasa tiga puluh tahun dan draf terakhirnya disiapkan dalam tahun 636/1238. Futuhat mungkin sintesis terhebat dan pemaduan teragung akan huraian pandangan hidup Islam yang bersifat sekaligus naqliah, dhawqiah, dan fi kriah; dalam lima ratus enam puluh bab.
Edisi kritis baru Futuhat yang dimulakan suntingannya oleh Dr. Osman Yahia (yakni semenjak 1972), dij angka akan menjangkau hampir empat puluh jilid, dan bakal merangkum lebih dua puluh ribu halaman. Tak hairanlah kalau Dr. Osman menggelarkan Futuhat sebagai The Encyclopaedia of Islamic Esoteric atau Summa Mystica of Islam
Walau bagaimanapun, karya Ibn al-`Arabi yang paling terkenal—sekali gus paling famous dan paling notorious dalam sejarah kaum Muslimin—adalah Fusus al-Hikam wa I-Khusus al-Kalim yang ditulis bertahun lebih awal sekitar 627/1229.
Khusus berkenaan kitab Fusus ini sahaja, Osman Yahia menemui 195 kitab dikarang oleh para sarjana Islam lain untuk menghurai dan mensyarahkannya. (Penganalisa al-Ghurab dalam Sharh Fusus al-Hikamnya menemui 86 pernyataan Fusus yang bercanggah lantas dianggapnya palsu berbanding dengan Futuhat.)
Ibn al-`Arabi mempertegaskan bahawa pengalaman rohaniah pada paras paling luhur sentiasa bersumberkan pelaksanaan ajaran-ajaran terperinci al-Qur’an dan al-Sunnah.
Mereka yang ahli dalam ilmu ini boleh mengisyaratkan pengalaman mereka kepada orang lain melalui peristilahan fi kriah (seperti kalam dan falsafah); walau bagaimanapun, perlu ada pertimbangan yang saksama lagi tertib terhadap keperluan dan keterbatasan tiap-tiap jenis, kebolehan dan keadaan masyarakat seseorang manusia itu.
Kalau sewaktu hidup beliau Ibn al-`Arabi sendiri selaku shaykh dan pendidik kerohanian giat menyebarkan ilmu-ilmu tersebut kepada masyarakat manusia dari Andalusia hinggalah ke Anatolia, selepas kewafatannya perjuangan tersebut telah disambung oleh para pewaris ilmu beliau.
Sejarah menyaksikan yang abad demi abad, ajaran dan silsilah rohaniah beliau telah menjangkau dan akhirnya meliputi Timur dan Barat: Semenanjung Tanah Arab, Afrika, Iran, Turki, Indo- Pakistan,19 Kepulauan Melayu, Tanah Besar China; serta negara-negara maju Eropah dan Amerika Utara dunia moden.
Apapun, kefahaman dan huraian keagamaan, malahan wibawa keperibadian Ibn al-`Arabi kemudian telah diragui lagi disyaki, dan ajaran-ajaran beliau khasnya yang bersifat ontologikal dan metafizik—seperti wahdat al-Wujud—telah disanggah hebat oleh segolongan ilmuwan zaman berikutan, diketuai oleh al-Imam Ibn Taymiyyah (m. 728/1328). Ini telah dituruti oleh al-Subki (m. 733), al-Ta azani (m. 792/1390), al-Khayyat (m. 811/1408), al-Biqa’i (m. 875/1470), dan ramai lagi.21
Dalam kajian Osman Yahia yang terbit 1975 , ada sebanyak 138 fatwa yang negatif mengenai Ibn al-`Arabi pernah dikeluarkan sepanjang sejarah.
Walau bagaimanapun, menarik untuk dicatat bahawa para sejarahwan dan periwayat hidup yang semuanya sezaman dengan Ibn al-`Arabi (sebahagiannya pernah berjumpa, malah ada seorang penulis sejarah Abu Shama yang turut menghadiri pengkebumian Ibn al-`Arabi) dan merakamkan perjalanan hidup beliau secara bertulis, seperti Ibn Musdi (m. 633/1234 atau 663/1265), Ibn al-Najjar (m. 643/1245), Sibt Ibn al-Jawzi (m. 654/1255), Ibn Sha‘‘ar (m. 654/1256), Ibn al-Abbar (m. 658/1259), Ghubrini (m. 704/1304), al-Tadili (m. 627/1230), Abu Shama (m. 665/1268), dan Yunini (m. 726/1326), tidak pernah menyatakan sebarang perkara yang buruk sama ada mengenai kehidupan maupun ajaran-ajaran Ibn al-`Arabi.22
Justeru, tidaklah menghairankan sekiranya ramai pemuka agama kita yang tetap mempertahankan Ibn al- `Arabi dan huraian-huraian keagamaan beliau seperti Ibn ‘Ata’illah (m. 709), al-Baydawi (m. 716), al-Fayruzabadi (m. 817), al-Suyuti (m. 911/1505), al-Sha‘rani (m. 573/1565), Ibn Hajar al-Haithami (m. 973), dan Murtada al-Zabidi (m. 1790 M).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan