medan muzakarah ilmu agama islam khasnya ilmu hakikat / awaluddin makrifatullah / ilmu mengenal diri layari juga http://fakirabdillah.webs.com KAULAH KANDIL KEMERLAP PELITA JENDELA DIMALAM GELAP.....MELAMBAI SETIA SELALU Biarlah Ianya Hilang Dalam Tumpukan Debu Hingga Ditemui Sendiri Oleh Orang Yang MencariNya
Jumaat, 25 Februari 2011
HANYA CATATAN JIWA YANG .....
salam para pembaca laman FAKIRABDILLAH yang budiman.
Saorang yang AMAT BERTUAH dan AMAT MENGERTI tentang MAKRIFATULLAH dan telah MENGEMBARA hingga menemui APA YANG HENDAK DITEMUI ..memberi NASIHAT dan GALAKAN kepada fakir saperti dicatatkan dibawah :-
NASIHAT SATU
Pastinya ia satu anugerah dari Allah - setiap insan yang diciptakan oleh Allah sudah disiapkan satu package yang sempurna , oleh itu potensi setiap orang adalah sama demi menerima fayd (limpahan)Nya. Tetapi keadaan hati seseorang itu yang dilihat oleh Allah.......jika hati benar-benar ikhlas mencari Allah pasti berjumpa dengan rijalul ghaib, para Nabi a.s dan para malaikat (khasnya 4 malaikat utama) .
Betapa sayang kita kepada AlQuran? Ada kaji alQuran secara berangka ( numerical miracles) atau secara per-kata (contohnya Quran Syamil) atau secara tafsir ( contohnya Quran 22-in-1 ) dan lain-lain. Jika tidak , tiadalah pembuktiannya kepada Allah........
Betapa sayang kita kepada Nabi s.a.w? Tahu 220 namanya untuk dipuji? Selawat apa yang selalu dibaca untuk baginda pada hari Jumaat atau lain waktu? Mengapa tak buat timetable dan laksanakan jadual selawat kita kepada Rasulullah s.a.w?
Semua persoalan itu harus ditafakuri . Apa yang terkeluar dari AlQuran untuk kita laksanakan itulah Sunnah.
Harap nasihat yang sedikit ini berguna.
NASIHAT DUA
Fana baqa' billah merupakan satu "central theme" dalam tasawuf dan perjalanan Sufi Muhaqqiqin. Dalam doa Nabi s.a.w pun baginda mohon Nur di depan, di belakang , d i kanan dan kiri...dan akhirnya bermohonan "jadikanlah aku Nur". Sedangkan Allah s.w.t itu sendiri adalah Nur langit dan bumi. Fahamilah hujung jatuh doa ini.
Dan , kalau kita baca dua kitab yang di tulis oleh Mohd Yusof Che Wook (anak murid Tok Kenali) samada dalam Kasful Haq atau Mengenal Diri , dia acapkali menjelaskan bahawa orang yang tidak mengenal Allah itu sentiasa dalam najis (inilah pandangan orang2 makrifat). Jadi, kenal Allah tersangat penting.
Pembuktian awal bahawa seseorang itu mengenal Allah ialah diri rohani akan keluar dari jasad dan akan memperkenalkan dirinya "Aku adalah kau , Kau adalah Aku" , dan sebagainya..........insyaAllah , tentang bab ini kita kena reserve hanya bagi yang benar-benar inginkan mengenal dan berjumpa dengan Allah s.w.t.
Sekian, wamataufiqi illabillah
CATATAN fakir :-
fakir amat berterimakasih kepada yang memberi nasehat ...fakir panjangkan nasihat beliau kepada sesiapa yang sanggup menerima nasehat...
Sudah banyak kali juga hamba Allah yang Bertuah ini merujuk kepada Kitab ILMU MAKRIFAT TOK KENALI sebagai bahan bacaan ...sebagai panduan.
fakir ada menyebut tentang kitab ini dalam entri terdahulu..( tahun 2010 ) . kitab ini memang SANGAT BAGUS dan disampaikan dalam bahasa Melayu yang senang difahami ....
Sudahkah saudara / saudari memilikki dan membacanya ? Jika belum ada eloklah CARI dan simpan dan wariskan kepada anak dan cucu kita.
Butiran buku / kitab saperti berikut :-
Tajuk : Ilmu Makrifat TOK KENALI KELANTAN
Penulis : Haji Mohd Yusoff Cik Wook
Penyunting : Haji Shaari Mohd Yusoff ( anak penulis )
Pengedar : Pondok Pengajian Tasauf . No JLK 35A / 32, Kg Jelakong Tok Samad, Jalan Gual ipoh, Batang Merbau , 17500 Tanah Merah Kelantan.
Pencetak : Addy Print , No 24, Jalan Berunai Selatan, Off Jalan Pudu, K. Lumpur.
Kepada saudari yang bercakap panjang dengan fakir mengenai kitab / buku ini..jika masih mengunjungi laman fakirabdillah ini ...pada fakir sumbangan saudari dalam menjadikan kitab / buku itu wujud menjadi bacaan ramai umat Islam sudah pasti merupakan IBADAH saudari terhadap Allah SWT. Pasti dibalas Allah SWT dengan balasan yang setimpal. Harap saudari sekarang ini dalam keadaan BAHAGIA...dan pada fakir ILMU MENGENAl DIRI ini tiada yang SALAH...tidak saperti kita yang seringkali membuat pelbagai kesalahan. ( saudari faham apa yg saya katakan ini )
Sekian, selamat membaca dan semuga pembaca dan pengunjung laman ini sentiasa dalam Rahmat Allah dan sentiasa INGAT padaNya.
salam takzim,
alfakir dari gemas.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
sesamo negori le
BalasPadamSalam karl...tq kek mano ..leh jumpo mengeteh
BalasPadam