Jumaat, 11 Februari 2011

RENCANA ANTI IBNU ARABI & SUFI.....



PENDAPAT ORANG BERKAITAN IBNU ARABI – ANTI / MENYANGGAH PENDAPAT & PANDANGAN IBNU ARABI / AHLI SUFI


Salam para pembaca yang di-Rahmati Allah

Melalui beberapa ENTRI yang lalu fakir telahpun mencatatkan rencana rencana yang PRO atau YANG MENDOKONG pandangan serta pendapat Ibnu Arabi secara khususnya dan Aliran Sufi / Tasauf secara umumnya termasuk konsep WAHDATUL WUJUD.

Terakhir ialah perbezaan pendapat, pandangan malah pendirian antara Dr Fatah Haron ( tidak bersetuju dengan Ibnu Arabi ) dan Ustaz Raja Ahmad Mukhlis yang mempertahankan Ibnu Arabi secara khusus dan Tasauf secara amnya.

Melalui beberapa ENTRI yang akan datang fakir akan catatkan beberapa tulisan / rencana yang MENYANGGAH ( lebih dari tidak bersetuju ) pandangan dan pendapat Ibnu Arabi dan juga pegangan Ahli Sufi dan Aliran Tasauf.

Mula mula eloklah kita baca pandangan Dr Fatah Haron & ( barangkali JAKIM juga ) melalui rencana panjang lebar bertajuk WAHDAT ALWUJUD & PENYERAPAN DENGAN CARA BATINIAH ( Rencana / Buku inilah yang diulas oleh Ustaz Raja Ahmad Mukhlis – dalam entri terdahulu )

Fakir catatkan bahan bahan bacaan ini agar pembaca dapat pertamanya memahami akan fundamentals ILMU HAKIKAT seterusnya memahami hujah hujah yang menjelaskan tentang KEBENARAN Ilmu ini dan juga hujah hujah yang menyanggah ilmu ini hingga MENGHARAMKAN pembacaan FUSUS AL-HIKAM yang sekarang ini menjadi bahan bacaan saudara dilaman ini.

Akhirnya pembaca SENDIRILAH yang membuat KEPUTUSAN berkaitan diri sendiri yang pada hakikatnya begitulah Kehendak Allah terhadap tajalliNya.

Selamat membaca ENTRI ENTRI seterusnya.

Fakir.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan