Khamis, 3 Februari 2011

PENGALAMAN MISTIK SAORANG SAINTIS MELAYU YG PERCAYA KEPADA MENGENAL DIRI & WAHDATUL WUJUD..........



Salam para pembaca yang budiman,

Fakir catatkan diruangan ini tulisan saorang saintis Melayu yang merupakan otoriti dalam bidang Fizik Gunaan & Sains Nuklear untuk renungan saudara semua dan fakir sendiri.....

Rencana yang ditulis oleh beliau yang dirujuk ini berkaitan AJARAN SUFI dan TAUHID WAHDATUL WUJUD akan dipostkan kemudian....

PENGAKUAN.....

PENGALAMAN PENULIS SENDIRI ( Ahli Sains Yang Dirujuk ) SEBAGAI SALIK JALAN SUFI
( hanya beberapa diberikan ):

1. Mendapat nama rahsia

2. Diijazahkan hizib , zikirnafas yang sentiasa ditingkatkan : dari mahruf , ke huruf .

3. Mengalami pelbagai mimpi dan rukyah bertemu Nabi s.a.w, para anbiya’, para sahabat dan para malaikat a.s – serta para wali qutub dan para imam rah. Mendapat ijazah secara ladunni daripada mereka.

4. Bertemu secara khusus dengan Nabi Khidr a.s (banyak kali)

5. Pembukaan hijab contohnya dapat melihat surga dan neraka , dapat melihat Arsy , dapat ke Sidratul Muntaha dll.

6. Dapat melihat turunnya seekor Burung Nur Muhammad ( 2 kali semenjak 2004)

7. Belajar dan melaksanakan pengubatan secara Islami termasuk melawan sihir , memindahkan jin, mengIslamkan jin , mengIslamkan qarin sendiri dll

8. Di peringkat yang agak tinggi biasanya pelbagai ujian dilaksanakan , seperti ujian doa, ujian ilmu , ujian dalam khalwat , ditalqinkan dan pelbagai aktiviti batiniah.


Didalam entri fakir apabila mencatatkan tentang TAFAKUR BAGINDO MUCHTAR dahulu, fakir telah menceritakan tentang pengalaman saorang anak muda dari kampong fakir sendiri yang hanya sekolah darjah enam MENGEMBARA KEALAM PENUH CAHAYA.

Apa yang diceritakan oleh anak muda itu bersesuaian sekali dengan apa yang ditulis oleh Dr ( Professor ) Ahli Sains diatas.

Fikir-fikirkanlah dan marilah kita berdoa agar Allah SWT memilih kita semua menyertai golongan mereka yang bertuah saperti yang diceritakan diatas.

Salam takzim dari.....

sifakir dari gemas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan