Jumaat, 6 Ogos 2010

PENGANTAR ILMU HAKIKAT YANG DIWARISKAN Oleh : Fakirabdillah....ENTRI TIGA-PULUH ENAM ( 36 )



TAWAKKAL

Tawakkala itu ada tiga ( 3 ) tingkat :-

Pertama – Menyerah diri kepada Allah saperti seseorang yang menyerahkan kuasanya kepada WAKILNYA dalam sesuatu perkara dimana , orang yang berwakil masih harus melakukan usaha tertentu menurut permintaan wakilnya untuk memenangkan sesuatu perkara itu

Kedua – Menyerahkan diri kepada Allah saperti anak kecil menyerahkan segala persoalan dirinya kepada ibunya, dimana orang yang bertawakkal tidak lagi melakukan usaha selain meminta apa yang diingininya kepada Allah.

Ketiga – Menyerah diri kepada Allah saperti mayat ditangan orang yang memandikan mayat dimana, orang yang bertawakkal tidak lagi berusaha dalam bentuk apa pun bahkan tidak meminta sesuatupun kepada Allah kerana ia yakin Allah menunaikan hajatnya meskipun dia tidak meminta kerana Allah telah menjanjikan akan memberi kan kepada orang yang sentiasa ingat kepadaNya.

Orang yang bertwakkal itu bukanlah FATALIS yang menyerahkan diri kepada NASIB tanpa berusaha.

Hendaklah ia melakukannya ( usaha itu ) menurut batas batas yang wajar dimana dia tidak merasa sedih dan susah dalam usahanya itu dan usahanya itu tidak mengganggu dia dalam INGAT kepada Allah.

Tetapi dalam tawakkal peringkat tiga diatas – memang tiada usaha

ILMU – HAL & AMAL TAWAKKAL

INTI TAUHID orang Muqarribin bahawa segala sesuatu dalam alam ini terbit dari Allah Yang Satu.

MAHABBAH

Cinta kepada Allah ialah darjat yang paling tinggi.

Cinta ialah penggerak yang mendorong seseorang bertaubat dari segala dosanya.

Makrifah Yang Hakiki lahir dari rasa cinta tetapi Cinta Hakiki Kepada Allah pula lhir dari Makrifah. Yang patut dicintai hanya Allah. Jalan yang terlebeh segera bukan dengan Amal tetapi dengan SUHUD MEMANDANG ALLAH.

SEBAB SEBAB MELAHIRKAN CINTA

CINTA DIRI – keinginan akan keabadian dan kesempurnaan wujud diri.

CINTA KPD ORANG LAIN – cinta kepada orang lain yang berbuat kebaikan walaupun kebaikan yang dibuatnya itu tiada kaitan dengan kita.

Cinta kepada orang yang berbuat baik kepada kita

Cinta kepada barang yang indah

Cinta kepada sesuatu yang ada kesamaan dengan diri kita

Apabila seseorang kasih akan dirinya serta segala yang berkaitan dengannya, ia harus mengasihi Allah kerana semuanya adalah Nikmat Allah.

TANDA TANDA CINTA

- Kasih akan mati
- Kasih kepada apa yang dikasihi Allah
- Sentiasa berzikir
- Suka berkhalwat, munajat & membaca Al-Quran.
- Tidak kesal akan kehilangan sesuatu selain Allah
- Sedap berbuat taat kepada Allah
- Sayang kepada Mukmin dan benci kepada kafir
- Takut kepada Allah
- Sembunyikan kasihnya kepada Allah dari bukan ahli
- Ridha ia atas segala Qadha & Qadar Allah

RIDHA

Ridha akan KETENTUAN Allah ialah Makam Tertinggi hasil dari MAHABBAH

Ridha maknanya tdak menyangkal akan segala Perbuatan Allah terhadapnya dan terhadap orang lain kerana segalanya adalah Af’al Allah belaka. Ianya puncak ketenangan jiwa seseorang ahli sufi.

Ridha tidak termasuk ridha akan maksiat dan kekafiran sebab disesuaikan dengan prinsip Asy’ariah ( Syariat ) bahawa semua perbuatan manusia adalah Ciptaan Allah tetapi diciptakan SERENTAK dengan usaha dan ikhtiar manusia itu sehingga manusia wajib bertanggungjawab atas perbuatannya.

Pada prinsip Ibnu Arabi pula , manusia tidak wujud pada hakikatnya. Yang Wujud Hanya Allah. Oleh itu mana ada perbuatan manusia baik yang baik mahupun yang buruk ( jahat / maksiat ). Yang demikian bagaimanakah manusia itu boleh dipertanggungjawabkan.

Dalam hal ini anda fikir dan tentukanlah keyakinan anda sendiri. Penulis tidak mahu campur atas urusan anda dan orang lain.

MAKRIFAH – FANA’ & BAQA’

MAKRIFAH ialah matlamat kesufian. Ianya adalah Syurga Dunia dicapai melalui makam makam sebelumnya.

Tingkat permulaan Makrifah ialah Tauhid Peringkat Ketiga dimana salik memandang bahawa segala sesuatu dalam Alam Semesta ini terbit dari Yang Maha Satu .

Puncaknya ialah Makrifah yaitu Tauhid Peringkat Tertinggi dimana salik memandang bahawa Yang Ada Hanya Allah yaitu makam Nafs Ar-Radliyah.

Pandangan batin bahawa Yang Ada Hanya Allah itu dikatakan Fana’ Dalam Tauhid yaitu orang yang sudah mencapai pandangan Karam Ia Dengan Suhud Kepada Allah.

FANA ITU ADA 3 TINGKAT

Pertama – Fana’nya segala PERBUATAN dalam Perbuatan Allah

Kedua – Fana’nya SIFAT makhluk dalam Sifat Allah

Ketiga – Fana’nya WUJUD makhluk dalam Wujud Allah.

BAQA’ ialah makam yang dicapai selepas Fana’. Apabila salik itu matang sebagai orang sufi, dia kembali dari khalwatnya kealam sedar berbakti kepada masyarakat.

Kesedaran satelah fana’ tidak saperti kesedaran sebelumnya, kerana selepas fana’ segala sifat basyariyahnya sudah bertukar kepada Sifat Sifat Al-Haq. Ini disebut sebagai Nafs Ar-Radliyah.

KEESAAN DALAM KETERBILANGAN

Ini Makrifah orang Nafs Al-kamilah dimana ia memandang Keterbilangan Didalam Keesaan dan sebaliknya.

Makrifah yang paling sempurna ialah Memandang Tuhan Melalui Alam Semesta tetapi pandangannya ini hanya dicapai oleh orang yang telah memandang Zat Mutlak Secara Langsung melalui pengalaman batinnya.

RUMUSAN

Saudara pembaca yang budiman,

Apa yang saudara baca didalam entri entri sebelum ini dan apa yang ditulis dientri ini ditulis berdasarkan kitab SAIRUS SALIKIN yang ditulis oleh Ulamak Melayu terkenal yakni Syaikh Abdus Samad Palimbani.

Rumusan penulis yakni Al-Fakir Abdillah Al-Gemasi adalah saperti berikut :-

Oleh kerana kita orang Nusantara, saya yakin Ilmu hakikat atau Ilmu Mengenal Diri yang sampai kepada kita pada hari ini adalah melalui Ulama Ulama Sufi Nusantara yang kebanyakannya berpeluang belajar di Mekah. Mereka ini mengkaji kitab kitab ulama ulama tersohor hingga ada yang menterjemahkannya. Syukur Alhamdulillah , dengannya maka sampailah ilmu itu kepada kita khasnya mereka yang tidak faham bahasa Arab.

Berdasarkan pengalaman saya sendiri, saya telah menemui banyak kitab kitab berbentuk manuskrip tulisan tangan, risalah risalah yang ditulis oleh peminat peminat atau pendokong Ilmu Hakikat ini sama ada dari Malaysia, Indonesia malah Selatan Thailand atau Pattani.

Kita bersyukur dan amat berterimakasih kepada beberapa muslimin yang dengan gigih berusaha menterjemahkan kitab kitab sebegini khususnya Yayasan Fataniah yang telah banyak membukukan manuskrip manuskrip tulisan ulamak ulamak dari Pattani saperti Syaikh Daud dan anak anak muridnya.

Selain dari Syaikh Abdus Samad Palimbani, ulamak ulamak Nusantara yang ulung ialah Syaikh Hamzah Al-Fansuri, Syeikh Abdul Rauf Fansur, Syeikh Shamsuddin bin Abdullah as-Sumaterai dan ramai lagi yang tidak dapat disebutkan disini.

Apa pun ulamak ulamak Nusantara ini baik Syeikh Daud, Abdus Samad mahupun Syeikh Hamzah dan yang lain lain meneruskan penyebaran fahaman fahaman ulamak terdahulu yang pada asasnya terbahagi kepada tiga sekolah pemikiran :-

Pertama – TASAUF SUNNI yang dipelopori oleh IMAM GHAZALI melalui kitabnya yang tersohor IHYA ULUMIDDIN, yang mengikut pendapat ramai telah meredakan tentangan dan perbalahan ilmu yang maha dahsyat ( hingga ada yang mati ) antara Ulamak Fuqaha dengan Ulamak Tasauf.

Kedua – TASAUF WAHDATUL WUJUD yang dimulakan oleh Abu Mansur Al-Hallaj dan diperjelas dan disempurnakan oleh MUHYIDDIN IBNU yang pada peringkat awalnya mendatangkan satu bentuk kegemparan hingga sehingga hari ini ada yang menggelarkan Ibnu Arabi sebagai ZINDIK YANG ATHEIS ( Tidak Percaya kepada Tuhan dan masih ramai yang menghormati dan mengkagumi beliau sebagai WALI ALLAH YANG AGUNG.

Ketiga – TAUHID USULUDDIN ASA’ARIAH atau Syariat yang menggelarkan diri mereka sebagai AHLI SUNNAH WAL JAMAAH yang mementingkan ibadah dan Hukum Hakam Islam.

Saperti Ghazali , Abdus Samad cuba dan berjaya mengahwinkan Tasauf Sunni dengan Wahdatul Wujud melalui kitabnya SAIRUS SALIKIN.

Pada saya ini mungkin satu PENYELESAIAN dan Jalan Selamat tetapi ianya membingungkan ketauhidan orang orang Tarikat Syattariah yang menjadi pendokong utama ajaran Ibnu Arabi.

Namun begitu TAUHID itu berkaitan dengan KEBATINAN seseorang, maka terpulanglah kepada kita sendiri memilih sekolah masing masing. Berdasarkan kepada prinsip Ibnu Arabi dan Firman Allah kalau kita TERSESAT pun ianya atas Kehendak Allah jua kerana Allah-lah Yang Maha Membimbing dan Allah jualah Yang Menyesatkan.

Saya ( fakir ) pula yakin bahawa saya ini KOSONG umpama kotak televisyen yang hanya menerima apa apa yang disiarkan oleh STESYEN PENYIAR yang disampaikan oleh gelombang MEGAHERTZ .

Walau ada berjuta peti televisyen dari pelbagai ukuran, warna, jenama dan sebagainya SIARAN tetap diterima dengan baiknya tanpa menjejaskan sedikitpun keadaan STESYEN PENYIAR.

Cerita yang ditayangkan adalah HAK MUTLAK Stesyen Penyiar dan bukan hak atau milik KOTAK TV. Itulah saya. Maka jadilah saya DIA dan bukannya anak murid Ibnu Arabi kerana DIA adalah DIA jua yakni AKU.

Wallah-hu – alam & terima kasih kepada Dr Chatib Quzwain.

1 ulasan:

  1. salam,,

    ana mahu buat komen sikit untuk renungan bersama,,

    bukan niat diri untuk menunjuk padai,, cuma kalau baik terimalah dan kalau tak baik buang saja,,

    quote: Saya ( fakir ) pula yakin bahawa saya ini KOSONG umpama kotak televisyen yang hanya menerima apa apa yang disiarkan oleh STESYEN PENYIAR yang disampaikan oleh gelombang MEGAHERTZ .

    ana berpendapat kenyataan itu,, tidak tepat (walaupun ada benarannya) ,,

    itu bermaksud ante merujuk kepada diri anta yang paling rendah iaitu jasad,, jika ante merujuk itu maka benarnalah\,, ianya sebagai kotak kosong,,

    tetapi sebenarnya ante bukan kotak kosong, sebenarnya kita mempunyai empat jenis diri,

    jikalau ente mahu memilih mahu jasi kotak kosong itu pilihan ante,,

    tetapi ente juga mempunyai hak untuk menjadi sutradara di stesyen pemancar tv, iaitu orang yang menentukan siaran apa yang akan dimasukan ke dalam kota tv.

    jadi buatlah pilihan yang benar,,

    maaf jua kalau terlanjur kata.

    BalasPadam