Rabu, 11 Ogos 2010

PENGANTAR ILMU HAKIKAT YANG DIWARISKAN ENTRI TIGA-PULUH SEMBILAN ( 39 ) - ASRAFUR ASRAR – 3 Oleh : Fakirabdillah




Soal

Kemanakah takluk Makrifat itu ?

Jawab

Kepada Mengenal Diri

Soal

Mengenal Diri pula takluk kepada apa ?

Jawab

Kepada Mengenal Allah

Soal

Mengenal Allah pula takluk kepada apa ?

Jawab

Takluk kepada binasa diri. Sabda Nabi :-

Man Arafa Nafsahu Faqad Arafa Rabbahu. Waman Arafa Rabbahu Fasadal Jasad :

maksudnya :-

Barangsiapa mengenal akan dirinya ia akan mengenal Tuhannya dan barangsiapa mengenal akan Tuhannya binasalah dirinya.

Soal

Semasa itu siapa yang dikenal dan siapa pula yang mengenal ?

Jawab

Yang mengenal itulah yang dikenal dan yang dikenal itulah yang mengenal.
Sabda Nabi :-

Ariftu Rabbi Birabbi : makssudnya

Mengenal aku akan Tuhanku dengan Tuhanku

Soal

Bagaimanakah caranya Mengenal Tuhan itu sedangkan Tuhan itu tiada Ain ( tiada bertubuh ) ?

Jawab

Kita kenal Tuhan itu dengan Sifat dan Kesan SifatNya. Firman Allah :-

Aku jadikan tiap tiap sesuatu itu kerana hendak supaya mengenal aku.

Soal

Mana yang dinamakan Sifat ?

Jawab

Yang Menunjukkan akan sesuatu itulah yang dinamakan Sifat.

Soal

Apakah erti Zat, Sifat, Asma’ & Af’al ?

Jawab

Zat itu DiriNya Allah
Sifat itu Kelakuan Allah
Af’al itu Perbuatan Allah
Asma’ itu Nama Allah

Soal

Siapakah yang memberi Nama Allah ?

Jawab

Allah sendiri menamakan DiriNya Allah.

Soal

Nama Allah itu Qadim atau Muhaddath ?

Jawab

Qadim

Soal

Bagaimanakah hukum adanya Allah SWT itu ?

Jawab

Allah SWT itu qadim, Mukhalafatuhu Lilhawadith, Kiamuhu Bainafsihi & Wahdaniat.


Bersambung...........................

2 ulasan:

  1. assalamualaikum tuan...

    zakir nak tahu jugak...

    mengapa allah menamakan dirinya allah....

    ....Mengenal aku akan Tuhanku dengan Tuhanku....

    adakah maksudnya seperti tiadalah sebenar-benarnya makrifath itu melainkan hanya penyaksian... apakah bezanya penyaksian dengan makrifath itu....

    BalasPadam
  2. Pertamanya mhn maaf yg dimaksudkan semalam ialah yang wujud dlm kepelbagaian alam ini hanyalah ZAT ALLAH. Zat Allah meliputi sekalian alam melalui pelbagai pentajallian atau manifestasi atau penampakan ..setiap objek adalah tajalliNya.

    Mengapalah Allah namakan diriNya Allah..zakir kenalah tanya Allah sbb Allah yg namakan diriNya Allah..kalau nak juga tahu cubalah renung dalam2 kalimah Allah yang ada kat dinding itu ..mudah2an dapat jawapan

    Oleh kerana Yang Wujud Hanya Allah ..jadi yang ingin mengenal dan yang hendak dikenal itu ..Allahlah..jgnlah risau jika ada Kehendak Allah utk zakir faham ..akan fahamlah akhirnya ..selalulah bertanya kepadaNya..kalau boleh jgn tanya manusia..

    Makrifah ckp Arab ckp Melayunya Kenal...hendak kenal kena pandang / menyaksikan / melihat..mcm mana nak lihat Allah Yang Maha Ghaib..itulah sebab kena kenal DIRI yakni SifatNya ...taklah mudah nak dapat ya tak ..ambil nombor ekor pun susah nak kena ...berniagapun kena usaha sungguh2 baru jadi..kalau mudah...aduh senanglah semua manusia..ini ilmu peringkat tinggi takkanlah semua rakyat malaysia PhD belaka..sabarlah sdraku..takleh selesai 2 belajar ilmu ya tak..teruskan zikir jgn putus2 ya dan selalulah bertafakur InsyaAllah dapat apa yang dihajati...Pokoknya yakin.. Tq

    BalasPadam