medan muzakarah ilmu agama islam khasnya ilmu hakikat / awaluddin makrifatullah / ilmu mengenal diri layari juga http://fakirabdillah.webs.com KAULAH KANDIL KEMERLAP PELITA JENDELA DIMALAM GELAP.....MELAMBAI SETIA SELALU Biarlah Ianya Hilang Dalam Tumpukan Debu Hingga Ditemui Sendiri Oleh Orang Yang MencariNya
Ahad, 15 Ogos 2010
PERSOALAN UTK DIMUZAKARAHKAN.........
Salam saudara pembaca yang budiman.
Saorang pembaca laman ini telah menyampaikan satu pertanyaan kepada Fakir melalui sms . Pertanyaan beliau adalah saperti berikut :-
Salam..ada pertanyaan berkenaan statement “ Segala yang baik datang dari Allah, yang buruk datang dari diri sendiri. Didalam blok, encik agak kurang setuju dengan kenyataan diatas kerana encik berpendapat yang baik dan buruk datang dari Allah, jadi bolehkah diterangkan sedikit lagi ? Saya bagi contoh jika sasaorang itu mencuri , membunuh tidak solat, hatta murtad apakah ianya datang dari Allah juga ? Bukankah ia datang dari nafsu jahat manusia dan bisikan syaitan ? Sekian.
Fakir ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada pembaca yang bertanya itu dan didalam entri akan datang fakir dengan Kudrat & IradatNya jua akan cuba memberi penjelasan kerana persoalan ini memang susah hendak diterima oleh ramai dari kalangan kita lebih lebih lagi mereka yang hanya belajar Ilmu Syariat.
Sementara itu fakir ingin mengemukakan persoalan ini untuk mendapat pandangan 2 dan pendapat para pembaca laman ini. Silalah kemukakan pandangan dan pendapat tuan tuan & puan puan diruangan komen entri ini.
Terima kasih dan selamat berpuasa.
Fakirabdillah.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tuan,
BalasPadamMalam ini saya agak sukar hendak lena. Untuk mengisi masa saya menjenguk blog tuan. Persoalan menarik yang tuan lontarkan.
Adakah "jika sasaorang itu mencuri , membunuh tidak solat, hatta murtad apakah ianya datang dari Allah juga ? Bukankah ia datang dari nafsu jahat manusia dan bisikan syaitan ? Sekian.
Saya berpendapat memang segalanya waima baik atau buruk semuanya dari Allah. Umpama cahaya matahari yang dipancarkan melalui kaca yang mempunyai pelbagai warna, ianya tetap cahaya matahari. Sumbernya adalah sumber matahari, cuma bila ianya (cahaya)berwarna hijau perlu dinyatakan sebagai hijau. Atau lebih tepat ingin saya katakan segala perbuatan terbitnya dari Allah, tetapi didatangkan syara' untuk menilainya, samada baik atau dicela.
Salam tuan pondok hati...berbanyak terima kasih atas ilmu yang tuan sampaikan lebeh lebeh lagi cara tuan menjelaskan dengan menggunakan contoh cahaya melalui kaca yang berbagai warna ..amat menarik...
BalasPadamSaya pasti sudah tentu tuan memilikki bukti bukti dalam bentuk Dalil Dalil Naqli untuk berpendirian sedemikian.
Sekali lagi terima kasih kerana komentar diatas dan minat tuan menjengok laman yang kerdil ini. Semuga kita semua sentiasa mendapat Petunjuk & BimbinganNya.
Assalammualaikum Saudaraku,ijinkan saya untuk ikut belajar manjawab petanyaan Tuan. jujur saja saudaruku,saya pun pernah merasakan keterlambatan paham dan mengerti tentang persoalan yang saudara tanyakan,tetapi setelah saya dalami ternyata jawabannya yang saya pahami saat ini adalah: niat dan gerak tubuh, kita tak punya kuasa,ikhlas adalah haq kebenaran ibadah,hati merupakan kenyataan rasa, akal dan nafsu itu penentu pilihan, takdir buruk adalah pendustaan amanah, amal dan doa itu prestasi dan prasasti kehidupan yang mengalahkan godaan dan kemenangannya adalah kesetiaan dan ketaatan pengabdian pada Tuhan.
BalasPadam