medan muzakarah ilmu agama islam khasnya ilmu hakikat / awaluddin makrifatullah / ilmu mengenal diri layari juga http://fakirabdillah.webs.com KAULAH KANDIL KEMERLAP PELITA JENDELA DIMALAM GELAP.....MELAMBAI SETIA SELALU Biarlah Ianya Hilang Dalam Tumpukan Debu Hingga Ditemui Sendiri Oleh Orang Yang MencariNya
Rabu, 18 Ogos 2010
PENGANTAR ILMU HAKIKAT YANG DIWARISKAN ENTRI EMPAT PULUH ( 40 ) - ASRAFUR ASRAR – 4 Oleh : Fakirabdillah
Soal
Apa farak ( beza / pemisah ) Sifat dengan Mausuf, Wujud dengan Maujud , Ilaha dengan Ilahiyyat, Ilaha dengan Allah ?
Jawab
Sifat itu kenyataan bagi Mausuf.
Wujud itu kenyataan bagi Maujud
Ilaha itu kenyataan bagi Ilahiyyat dan farak Ilaha itu ialah Allah Yang Kaya daripada tiap tiap sesuatu dan berkehendak kepadaNya tiap tiap sesuatu. Adapun Allah ialah Nama bagi Zat Wajibul Wujud yang mengwajibkan 20 Sifat.
Soal
Adakah Zat bersekutu atau bersyarikat dengan Sifat ?
Jawab
Sifat tidak bercerai mahupun bersekutu dengan Zat. Sifat itulah Zat.
Soal
Kenapakah 20 Sifat itu dibahagi kepada 4 bahagian yaitu Napsiah, Salbiah, Maani dan Maknuyah ?
Jawab
Dibahagikan kepada 4 bahagian kerana dibangsakan kepada 4 bangsa yaitu bangsa Wujud, bangsa Adom, bangsa Hal dan bangsa Iktibar.
Sifat Maani itu bangsa Wujud kerana Sifat Maani itu wujud pada Zihin dan pada Kharij
Bangsa Adom itu ialah Sifat Salbiah kerana tiada maujud pada Zihin ataupun Kharij
Bangsa Hal ialah Sifat Napsiah kerana Sifat Napsiah itu kelakuan Maujud.
Bangsa Iktibar ialah Sifat Maknuyah kerana ianya Nama bagi Zat. Contohnya Sifat Hayyun – Yang Hidup kerana berdiri Sifat itu pada Sifat Hayat itu pada Zat yaitu ertinya dikeranakan dengan suatu kerana.
Soal
Sifat 20 ada berapa mertabat atau tingkat tingkatnya ?
Jawab
Tiga mertabat.
Mertabat Zat - yaitu Sifat Napsiah dan Salbiah. Dikatakan Mertabat Zat kerana Sifat Sifat itu tiada dapat diketahui oleh sesiapapun. Sifat Napsiah itu tiada kenyataan pada Kharij. Begitu juga halnya Sifat Salbiah itu hanya Sifat pada khabar jua.
Mertabat Sifat – yaitu Sifat Maani. Dikatakan Mertabat Sifat kerana Sifat itu ada kenyataan kelakuannya bekas pada menjadikan Alam.
Mertabat Asma’ – yaitu Sifat Maknuyah . Dikatakan Mertabat Asma’ kerana Sifat Maknuyah ini Nama bagi Zat saperti Qadirun yaitu Yang Berkuasa kerana berdiri Sifat Kudrat pada Zat.
Soal
Kenapakah Sifat Sifat Wujud , Kidam, Baqa’, Mukhalafatuhu Lilhawadith, Kiamuhu Bainafsihi dimasukkan kepada kumpulan Sifat Kaya ?
Jawab
Kerana Sifat yang lima itu bernama Kaya Zat yaitu ada Zat Allah itu tiada dikeranakan dengan sesuatu dan QadimNya tiada permulaan, BaqaNya tiada berkesudahan, MukhalafatuhuNya tiada sesuatu yang menyerupaiNya dan KiamuhuNya tiada berkehendak pada tempat. Kerana itulah dikatakan Sifat Kaya.
Soal
Kenapakah Sifat Sifat Sama’, Basar, Kalam, Samiun, Basirun dan Mutakallimun juga dimasukkan kedalam kumpulan Sifat Kaya ?
Jawab
Sebab Sifat Sifat itu Mahasuci dari kekurangan. Maka dikatakan Kaya.
Soal
Kenapakah Allah itu dikatakan bersifat Hayat, Ilmu, Iradat , Hayyun, Alimun, Qadirun, Muridun dan Wahdaniat ?
Jawab
Jika tiada Allah itu dikatakan bersifat sedemikian ( 9 Sifat itu ) maka tiadalah alam ini.
Soal
Apakah maknanya dikatakan maujud pada Zihin dan maujud pada Kharij itu ?
Erti maujud kepada Zihin ialah maujud Sifat kepada Zat dan maksud maujud kepada Kharij ialah memberi bekas Sifat kepada menjadikan alam.
Bersambung..........................
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Salam Tuan Fakirabdilllah,
BalasPadamMohon kemukakan sedikit cadangan.
Apakata tuan sertakan sekali daftar kata dengan pengertian ringkas bagi memudahkan faham isi kitab-kitab lama. Banyak khazanah tersembunyi dari kitab-kitab ini tetapi agak sukar untuk mengambil faham.
Terima kasih.
assalamualaikum....
BalasPadammemang zakir tak faham apa maksud mausuf tu.... dan bahasa bla..bla...blaa...benak hatilah
assalamualaikum....
BalasPadamSdr. Zakir Lazarus dan Tuan Fakirabdillah
Sebenarnya, Sdr Zakir dan saya bukannya benak. Cuma bahasa yang digunakan oleh pengarang kitab ini sesuai dengan audien dimasa ianaya ditulis, sesuai dengan metoda pengajian pondok dimasa itu. Khalayak waktu itu cukup faham dengan kitab ini.
Mohon berkongsi pengetahuan dengan saudara Lazrus, sama-sama kita perhatikan (dari segi penggunaan bahasanya) bagaimana Imam Al Ghazali menerangkan tentang Tuhan dan Manusia melalui kitabnya "Kimia Kebahagiaan", saya petik sebahagiannya;
"Tidak seorang pun boleh memahami seorang raja kecuali seorang raja.
Karena itu Tuhan telah menjadikan masing-masing kita sebagai, katakanlah,
seorang raja bagi satu alam kecil, suatu kerajaan yang merupakan tiruan dari
kerajaan-Nya (Alam Kabir) yang telah disusutkan secara tidak terbatas.
Di dalam kerajaan manusia, singgasana Allah dicerminkan oleh ruh,
malaikat (Jibril) oleh hati, kursy oleh otak dan lauhul-mahfuzh oleh ruang-gudang pikiran.
Jiwa - yang ia sendiri tak tertempatkan dan tak terbagi-bagi - mengatur jasad
sebagaimana Allah mengatur Alam semesta.
petikan2:
Jasad bisa diperbandingkan dengan seekor kuda dengan jiwa sebagai penunggangnya. Jasad diciptakan untuk jiwa dan jiwa untuk jasad.
salam ...maaf saya cuma rumikan tulisan jawi ..tak ndak pinda2 kitab ni to maintain originality.
BalasPadamdulu ada saya sertakan kamus sufi pada setiap entri..ni lupa pulak.
InsyaAllah saya akan sertakan semula.
Maaf ya