Khamis, 3 Mac 2011

INTERLUDE.............

Salam para pembaca yang budiman.

Fakir berharap entri entri yang memuatkan dua KITAB Syeikh IBNU ARABI i.e POHON EKSISTENSI dan SEALS OF WISDOM dapat meyakinkan lagi pemahaman saudara semua tentang perlunya kita semua mempelajari ILMU HAKIKAT & ILMU MAKRIFAT.

Sebenarnya pemahaman itu hanyalah SEDIKIT sahaja dari usaha usaha kita ( jika ada ) untuk menemui THE ULTIMATE OBJECTIVES yakni MAKRIFATULLAH dalam erti yang sebenarnya.
Fakir sendiri masih dalam tingkat MERABA-RABA, TERCARI-CARI tentang apakah yang perlu dilakukan / ibadah / amalan agar The Ultimate Objectives itu TERCAPAI .

Hingga diingatkan Masih adakah Kehendak & Usaha kamu ?

Sesungguhnya segala-galanya telahpun DITENTUKAN oleh Allah sebelum kita ditajallikan. Maka ketenangan yang abadi ialah MENYADARI dan MENERIMA apa sahaja AF'ALNYA terhadap kita ...dan barulah kita sadari bahawa Ilmu itu adalah HIJAB jua yang seronok hingga kadang kadang mengkhayalkan

Tetapi bukankah wajar kita BERSYUKUR kerana kita diberikan ILMUNYA berbanding saudara kita yang masih menuduh kita belajar ILMU SESAT ???

Selepas selesai ENTRI FUSUS ini , fakir akan POSTKAN petikan petikan dari kitab utama IBNU ARABI yakni FUTUHAT AL-MAKIYYAH pula untuk bacaan saudara sekalian.

Salam Takzim dari,

fakirabdillah dari gemas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan