Selasa, 15 Mac 2011

FUTUHAT AL-MAKIYYAH Ibnu Arabi – ENTRI 6 Dipetik dari Jalansufi.com

PERMULAAN CIPTAAN ROHANI

[Mengenai permulaan ciptaan rohani]

Siapakah yang pertama wujud dalamnya?

Daripada apa ia wujud?

Dalam apa ia wujud?

Bagaimanakah keadaan kewujudannya? Apakah matlamatnya?

Mengenai alam semesta dan bahagian-bahagianya.

Perhatikah kewujudan yang rapi ini wujud kita umpama jubah yang digubah.

Perhatikan khalifah-khalifah-Nya dalam kerajaan merekamereka yang berbahasa Arab dan tidak berbahasa Arab

Tidak ada di antara mereka yang menyintai Allah tanpa mencampurkanya dengan kecintaan kepada wang.

Ia dikatakan: Ini adalah hamba kepada makrifat dan inilah hamba syurga dan mereka yang menjadi hamba Jahannam

Melainkan sebahagian kecil daripada mereka yang mabuk dengan Dia
tanpa rangsangan khayalan.

Mereka adalah hamba Allah yang tiada siapa mengetahuinya kecuali Dia,
bukan hamba kesenangan.

Dia biarkan mereka mendapat laba daripada setiap ilmu yang kelam bila Dia mahu mereka kembali ke istana mereka.

Pengetahuan yang terdahulu adalah dalam anasir-anasir sahaja, dan asas daripadanya tidak berkurangan.

Kenyataan bagi kata penerangan ialah yang menyingkapnya daripada yang menyerupainya,dan keserupaan ini tidak disembunyikan.

Dan pengetahuan mengenai asbab yang dengannya sumber alam wujud dalam jenis yang paling lama.

Dan penghabisan perkara yang tiada kesudahan menyaksikan baginya
dalamnya ialah Yang Paling Perkasa.

Ilmu-ilmu mengenai sfera kewujudan, besar dan kecil,adalah hanya untuk mereka yang tidak menemui kesilapan.

Ini adalah ilmu orang yang mengenali penyingkapan mereka, dan ia memandu hati ke jalan yang lurus.

Segala puiji bagi Allah yang memiliki segala ilmu dan mengetahui apa yang tidak diketahui.

[Keterangan Ringkas]

Permulaan ciptaan adalah habuk (haba') yang halus, dan yang pertama wujud dalamnya ialah Hakikat Muhammad daripada ar-Rahman. Ia tidak terkandung dalam mana-mana tempat kerana ia tidak dikandung. Daripada apakah alam muncul kepada kewujudan? Ia muncul kepada kewujudan daripada hakikat yang diketahui yang diterangkan sebagai bukan wujud dan bukan juga tidak wujud. Dalam apakah ia wujud?

Ia wujud dalam habuk yang halus. Bagaimanakah keadaan kewujudannya? Ia wujud dalam bentuk diketahui dalam diri Hakikat. Mengapa ia wujud? Ia wujud bagi menyatakan hakikat-hakikat Ilahi. Apakah matlamatnya? Matlamatnya ialah untuk menjadi campuran yang murni, supaya setiap alam akan mengenali bahagiannya daripada asal tanpa campuran. Jadi, matlamat alam ialah menyatakan hakikat-hakikatnya (ia-itu hakikat-hakikat bagi Yang Haq ataupun hakikat-hakikat penciptaan), dan mengenali sfera-sfera alam semesta daripada alam ini.

Dalam penggunaan orang sufi, ia adalah apa yang selain manusia. Jenis alam semesta yang kecil, iaitu manusia, adalah roh, punca dan asbab bagi alam ini. Sfera-sfera alam adalah setesen-setesennya, pergerakan-pergerakan dan pengasingan kedudukannya. Ini adalah ringkasan yang terkandung dalam tajuk ini.

[Manusia adalah alam kecil]

Sebagaimana manusia adalah alam kecil secara jasadnya, maka dia tidak boleh diambil kira lantaran dia berada pada masanya. Menyerupai hal ketuhanan adalah layak baginya kerana dia adalah Khalifah Allah dalam dunia ini dan dunia ini di bawah penguasaannya, taklukan hal-hal ketuhanan sebagaimana manusia adalah taklukan hal-hal ketuhanan.

Ketahuilah pembentukan manusia yang paling sempurna adalah dalam dunia ini. Di akhirat, setiap manusia berada dalam salah satu golongan berdasarkan suasana kesaksamaan, bukan ilmu. Setiap golongan mengetahui suasana yang berlawanan dengannya.
Jadi, manusia samada beriman atau kufur. Ianya samada kebahagiaan atau kesengsaraan, sejahtera atau seksa. Jadi pengenalan pada dunia ini lebih lengkap walaupun kenyataan (tajalli) di akhirat lebih luhur dan suci. Jadi, fahamkanlah! Bukakan kunci ini! Dalam setesen ini, kita memiliki simbol sesiapa yang cerdik dan ianya adalah ungkapan yang buruk dan memalukan yang maksudnya adalah elok dan belum pernah berlaku sebelumnya.

[Roh alam semesta adalah alam kecilnya]

Roh kewujudan yang besar adalah kewujudan yang kecil ini Jika tidak kerana itu, Dia tidak akan berkata, "Aku Maha Besar, Maha Berkuasa. "Ruang masa-Ku tidak seharusnya menghijab kamu tidak juga kebinasaan dan tidak juga kebangkitan. "Jika kamu renungkan tentang-Ku, Aku adalah Yang Meliputi, Yang Maha Besar, "Wujud-Ku adalah dahulu-kala, dan yang baharu adalah kenyataan." Allah Esa, tidak dikongkong oleh masa. Kekurangan tidak menyentuh-Nya. Makhluk yang nyata adalah ciptaan baharu yang di dalam genggaman-Nya.

Daripada ini ia menyatakan bahawa Aku adalah wujud yang tidak boleh diperhitungkan, dan setiap kewujudan berkisar di sekeliling wujud-Ku.
Tidak ada malam seperti malam-Ku dan tiada cahaya seperti cahaya-Ku
jadi jika ada yang mengatakan aku seorang hamba, maka aku adalah hamba yang hina. Atau jika dia mengatakan aku wujud, maka aku adalah Wujud Yang Mengenal.

Istiharkan satu kerajaan buatku dan kamu akan menemui ku atau orang kebanyakan, selagi kamu tidak melanggar batasan. O kamu jahil tentang kuasa-Ku! Adakah kamu mengetahui, melihat? Kewujudanku menceritakan tentang ku, walaupun ucapan boleh jadi benar dan bohong. Katakan kepada umat kamu: Aku adalah Yang Mengasihani, Yang Mengampun. Katakan: Hukumanku adalah hukuman yang membinasakan. Katakan: Aku lemah, tidak berupaya, seorang tawanan Jadi bagaimana ada yang dirahmati atau dihapuskan oleh tangan ku?

[Huraian secara lebih panjang lebar mengenai tajuk ini.]
(Daripada Allah datangnya bantuan dan pertolongan.)

[Empat perkara yang diketahui mengenai kewujudan]


Ketahuilah perkara-perkara yang diketahui ada empat: Hakikat, yang diceritakan sebagai wujud mutlak kerana Dia bukanlah asbab oleh sesuatu dan bukan juga asbab bagi sesuatu. Dia adalah Pencipta asbab dan wujud dengan Zat-Nya daripada Zat-Nya sendiri. Ilmu-Nya merujukkan kepada ilmu mengenai wujud-Nya, dan wujud-Nya tidak lain daripada Zat-Nya.

Walau bagaimanapun, Zat-Nya tidak boleh diketahui, tetapi sifat-sifat yang dinisbahkan kepada-Nya adalah diketahui. Ini bermakna sifat-sifat bagi maksud, adalah sifat-sifat bagi kesempurnaan. Ilmu mengenai hakikat Zat adalah tidak mungkin kerana ia tidak diketahui samada melalui pembuktian atau logik akal dan tidak mampi disentuh oleh huraian.

Allah tidak menyerupai sesuatu dan tidak ada sesuatu menyerupai-Nya. Jadi mana mungkin sesuatu yang serupa dengan sesuatu serupa juga dengan yang Esa yang tidak menyerupai sesuatu dan tiada sesuatu menyerupai-Nya? Pengenalan tentang-Nya ialah "tiada sesuatu menyerupai-Nya" (42:10)
dan "Allah melarang kamu tentang Diri-Nya: (3:27). " Syariat termasuk larangan memikirkan tentang Zat Allah.

[Hakikat kepada hakikat-hakikat]

Yang kedua diketahui ialah hakikat alam yang menjadi milik Yang Haq dan alam, yang tidak dinyatakan sebagai wujud atau tidak wujud, dikandung oleh masa atau tidak dikandung oleh masa. Ia adalah tidak dikandung oleh masa jika keadaan demikian dinyatakan olehnya, dan dikandung oleh masa jika keadaan demikian dinyatakan olehnya.

Perkara-perkara yang dikandung oleh masa dan yang tidak dikandung oleh masa tidak diketahui sebelum hakikat ini diketahui, tetapi hakikat ini tidak muncul sehinggalah perkara yang dinyatakan olehnya muncul. Jika sesuatu muncul tanpa didahului oleh ketiadaan wujudnya, seperti kewujudan Yang Haq dan sifat-sifat-Nya, ia dikatakan kewujudan yang tidak dikandung oleh masa kerana dijelaskan secara demikian.

Jika sesuatu wujud daripada tidak wujud seperti kewujudan yang selain Allah, yang dikandung oleh masa dan muncul melalui yang lain daripada dirinya, ia dikatakan dikandung oleh masa. Ia berada dalam setiap kewujudan menurut hakikat alamnya. Ia tidak menerima pemecahan, jadi "setiap" dan "sebahagian" tidak boleh digunakan baginya.

Seseorang tidak dapat mencapai makrifatnya yang bebas daripada bentuk melalui pembuktian atau pertunjukan. Alam wujud daripada hakikat ini melalui perantaraan Yang Haq. Hakikat ini tidak wujud dalam zatnya, jadi Allah bawa kita kepada kewujudan daripada kewujudan yang tidak dikandung oleh masa (zaman). Jadi yang tidak dikandung oleh masa didirikan untuk kita.

Begitu juga kamu patut tahu bahawa hakikat alam ini tidak dinyatakan sebagai muncul sebelum alam, tidak juga dinyatakan alam muncul selepasnya. Sebaliknya, ia adalah akar bagi kewujudan benda-benda secara umumnya. Ia adalah sumber kepada unsur (jauhar), bulatan kehidupan, yang sebenarnya melaluinya penciptaan berlaku (Lihat Quran 15:85) dan perkara-perkara lain. Ia adalah Sfera Meliputi yang mampu diterima oleh akal.

Jika kamu katakan ia adalah alam, kamu berkata yang benar. Jika kamu katakan ia bukan alam, kamu juga berkata yang benar. Jika kamu katakan ia adalah yang Haq atau bukan Yang Haq, kamu juga berkata yang benar. Ia menerima semua ini. Ia berbilang-bilang dengan perbilangan manusia di dunia dan ‘tiada-hubungan' dengan ‘tiada-hubungan'nya bagi Yang Haq.

Jika kamu mahukan contoh yang mempermudahkan kefahaman kamu, lihatkan kepada zat kayu pada sekeping papan, kerusi, minbar, kotak dan seumpamanya. Perhatikan juga kepada bentuk empat persegi dan yang seumpamanya dalam bentuk pada segala macam bilik yang empat persegi, kotak dan sehelai kertas. Keadaan empat persegi dan zat kayu adalah menurut hakikatnya pada setiap benda-benda tersebut (tanpa berbilang-bilang atau berada dalam keadaan berpecah-pecah).

Perhatikan juga kepada warna-warna: keputihan pakaian, permata, kertas, gandum, minyak dan lain-lain, tanpa menyatakan keputihan pakaian yang boleh diterima oleh akal sebagai bahagian lain daripada pakaian itu sendiri. Sebenarnya hakikat putih itu yang nyata pada pakaian sebagaimana ia nyata pada kertas.

Begitulah keadaannya dengan pengetahuan, kuasa, kehendak, pendengaran, penglihatan dan sebagainya. Ini akan membuat kamu memahami alam ini. Kami bincangkan dengan panjang lebar mengenainya dalam buku kami yang bertajuk Insha' al-Jadawil w ad-Dawa'ir.

Ada pula yang ketiga diketahui, iaitu keseluruhan alam ini: malaikat dan cakerawala, dan langit yang dikandunginya, air dan tanah dan alam yang dikandungi antara keduanya. Ia adalah Kerajaan yang lebih besar. Akhirnya adalah perkara keempat yang diketahui iaitu manusia, khalifah yang dilantik oleh Allah dalam dunia ini, yang dunia ini menjadi penguasaannya. Allah berfirman,
"Dia permudahkan bagi kamu apa yang di langit dan apa yang di bumi, semuanya, daripada-Nya" (45:120).

Sesiapa mengetahui perkara-perkara yang diketahui ini, tidak ada lagi perkara yang boleh diketahui yang dicarinya. Daripada empat yang diketahui itu adalah yang hanya kewujudannya yang diketahui - Yang Haq, semoga Dia dipersucikan! Perbuatan-Nya dan sifat-Nya hanya diketahui secara mengadakan perumpamaan.

Sebahagiannya diketahui dengan mengadakan misal - seperti pengetahuan Hakikat Alam. Sebahagiannya diketahui melalui kedua-dua aspek, dan melalui ‘apakah ia' dan ‘bagaimanakah ia': alam dan manusia.

[Bahagian Permulaan alam dan misalnya: habuk (haba') Hakikat Muhammad]

"Telah ada Allah dan tiada sesuatu beserta Dia" (Bukhari). Kemudian beliau tambahkan kepada Hadis ini, "Dia kini sebagaimana Dia dahulu". Tidak ada nilai yang Dia belum tujukan kepada Diri-Nya melalui kenyataan bahawa Dia membawa alam kepada wujud. Dia menyatakan tentang Diri-Nya sebelum penciptaan-Nya dan dinamakan dengan Nama yang makhluk-Nya panggil Dia dengan-Nya.

Bila Dia berkehendakkan alam ini wujud dan memulakannya menurut had yang Dia ketahui melalui ilmu-Nya, ia dihasilkan daripada kehendak yang suci murni oleh sesuatu tajalli daripada kenyataan ‘tiada-hubungan' atau tanzih kepada Hakikat Alam.

Hakikat yang terhasil daripadanya dipanggil habuk atau nebula (haba') yang seumpama gipsum yang yang dibentuk oleh pembentuk yang dalamnya dia boleh bukakan sebarang bentuk dan rupa yang dia mahu. Ini adalah wujud pertama dalam alam sebagaimana diceritakan oleh'Ali ibn Abi Talib, Sahl ibn ÔAbdullah at-Tustari dan mereka yang mempunyai makrifat, mereka yang kasyaf akan kewujudan.

Kemudian Allah menyatakan Diri-Nya melalui cahaya-Nya dan habuk itu. Ahli falsafah menamakannya keseluruhan yang utama (al-Hayula al-Kull). Ia mengandungi seluruh alam maya secara keupayaan dan kemampuan. Jadi setiap sesuatu menerima daripada-Nya dalam habuk itu menurut keupayaan dan yang mudah diperolehinya, seperti sudut bilik menerima cahaya daripada lampu, dan kekuatan sinarannya dan penerimaannya bergantung kepada kehampirannya dengan cahaya itu. Allah berfirman, " Perumpamaan cahaya-Nya adalah seperti misykat (lubang) yang dalamnya ada lampu" (24:35).

Dia jadikan cahaya-Nya seumpama lampu. Jadi, tidak ada yang terdekat untuk menerimanya di dalam habuk itu kecuali Hakikat Muhammad s.a.w, yang dinamakan Akal. Jadi ia adalah penghulu (imam) bagi sekalian alam maya dan yang pertama untuk muncul dalam kewujudan. Wujudnya datang daripada Cahaya Ilahi dan daripada habuk dan daripada Hakikat Alam. Sumbernya wujud dalam habuk itu. Sumber alam maya datang daripada tajallinya. Orang yang paling hampir dengannya ialah ÔAli ibn Abi Talib, dan rahsia-rahsia Nabi-nabi.

Bagi model (misal) di mana seluruh alam maya ini wujud tanpa perpisahan, ia adalah pengetahuan yang bergantung kepada Yang Haq. Allah mengetahui kita dengan pengetahuan tentang Diri-Nya dan membawa kita kepada kewujudan menurut apa yang Dia ajarkan kepada kita. Kita mempunyai bentuk khusus ini dalam ilmu-Nya. Jika perkara itu bukan seperti ini, bentuk ini datang kepada kita secara kebetulan, bukan disengajakan, kerana tentunya Dia tidak akan mengetahuinya.

Adalah mustahil rupa bentuk diberikan kepada kewujudan secara tidak sengaja. Jika ianya bukan demikian bentuk rupa yang khusus ini diketahui oleh Allah dan dikehendaki oleh-Nya, Dia tidak akan membawa kita kepada kewujudan atasnya, dan rupa bentuk ini tidak akan diperolehi daripada yang lain kerana ternyata bahawa Allah "telah ada Dia dan tiada sesuatu beserta Dia". Jadi yang tinggal ialah rupa bentuk yang Dia bawa keluar dalam Diri-Nya. Dia mengetahuinya sendirinya.

Begitulah keadaan ilmu-Nya mengenai kita. Misal kita, yang sama dengan ilmu-Nya mengenai kita, adalah diluar kandungan masa dengan di luar kandungan masa bagi Allah kerana ia adalah sifat-Nya, dan yang terkandung oleh masa tidak bersangkutan dengan-Nya. Dia terlalu mulia untuk yang demikian!

[Matlamat alam maya]

Sebagaimana kenyataan kami, "Mengapa alam dibawa kepada kewujudan? Apakah matlamatnya?" jawapannya Allah berfirman,
"Tidak Aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadat kepada-Ku" (51:56).

Dia telah memberikan kenyataan yang jelas mengenai sebab Dia membawa kita kepada kewujudan. Ianya sama dengan alam maya seluruhnya apabila Allah katakan jin dan manusia secara khusus. Di sini jin adalah semua yang tersembunyi, samada malaikat atau sesuatu yang lain. Allah berfirman mengenai langit dan bumi,"Datanglah dengan rela atau terpaksa! Mereka menjawab,‘Kami datang dengan rela'" (41:11) Dia juga berfirman,

"Tetapi mereka enggan membawanya" (33:72).

Itu kerana ianya tawaran. Jika ianya perintah, mereka akan mentaatinya dan melaksanakannya kerana mustahil mereka boleh ingkar. Mereka diciptakan untuk itu (taat), tetapi jin yang dijadikan daripada api dan manusia tidak diberikan demikian.

[Sekalian alam maya adalah hidup dan nyata]

Demikian juga ada sebahagian ahli falsafah dari kalangan mereka yang berpegang kepada pemnyelidikan dan pembuktian yang terikat dengan pancaindera, keperluan dan dalil-dalil, yang mengatakan orang yang bertanggungjawab mesti memiliki pertimbangan terhadap apa yang dikatakan kepadanya. Mereka mengatakan yang benar.

Perkara itu adalah demikian bagi kami memandangkan keseluruhan alam maya ini adalah bijaksana, hidup dan nyata. Ini adalah sah menurut pembukaan melalui kekeramatan yang seseorang miliki, iaitu perolehan ilmu kami mengenai ini.

Bagaimanapun mereka mengatakan, "Ini adalah benda yang tak bernyawa yang tidak boleh berfikir". Mereka berhenti pada apa yang pandangan mereka ceritakan kepada mereka. Menurut kami, kedudukannya berbeza daripada yang demikian.

Bila dikhabarkan kepada Rasulullah s.a.w mengenai batu bercakap, atau biri-biri atau batang kayu, mereka katakan Allah ciptakan kehidupan dan pengetahuan padanya ketika itu. [1] Itu bukanlah pandangan kami mengenai kedudukan perkaranya. Ia adalah rahsia kehidupan yang mengalir melalui seluruh alam maya dan semua "yang mendengar seruan muazzzan, basah atau kering, akan menjadi saksi baginya" [Ibn Majah, Nasa'i, Abu Dawud] dan ia hanya menyaksikan daripada pengetahuan.

Keadaan ini disahkan melalui pembukaan kepada kami, bukan melalui pemikiran orang yang melihat kepada apa yang ditunjukkan oleh maklumat yang kelihatan dan tidak lebih dari itu. Sesiapa yang mahu memperolehinya haruslah mengembara pada jalan Sufi dan berpegang kepada khalwat dan zikir. Kemudian Allah akan memperkenalkannya dengan semua ini secara langsung. Jadi dia akan tahu bahawa manusia adalah buta daripada pengertian hakikat-hakikat ini.

[Kewujudan alam maya adalah kenyataan bagi kekuasaan Nama-nama]

Allah membawa alam maya kepada kewujudan bagi menyatakan kekuasaan Nama-nama. Kuasa tanpa bahan kekuasaan, kemurahan tanpa kurniaan, pemberi tanpa pemberian, penolong tanpa pertolongan, belas kasihan tanpa bahan yang dikasihankan adalah hakikat yang kosong daripada kesan. Allah jadikan makhluk dalam alam ini campuran seperti Dia campurkan dua genggam pada tanah liat.

Kemudian Dia asingkan individu-individu daripadanya dan menjadikan satu genggam memasuki genggam yang satu lagi. Setiap genggam dicampurkan dengan saudaranya, tetapi keadaannya tidak diketahui. Ahli fikir berbeza dalam kebolehan mereka dalam mengeluarkan kecacatan daripada kebaikan dan kebaikan daripada kecacatan.

Matlamatnya ialah penyucian daripada campuran tersebut dan membezakan dua genggaman tersebut sehingga yang satu ini terasing dengan dunianya. Ia adalah seperti firman Allah, "Sehingga Dia akan bezakan yang sesat daripada yang benar. Dia akan letakkan sebahagian yang sesat itu di atas yang lain, dan demikianlah Dia akan susun mereka semuanya dan masukkannya ke dalam Jahannam" (8:37)

Sesiapa yang ada dengannya sebahagian daripada campuran itu ketika dia meninggal dunia dia tidak akan dimasukkan ke dalam golongan yang benar pada Hari Kebangkitan. [Lihat Qur'an 15:46; 34:37: 41:40: 44:55, tetapi terutamanya, 27:89.] Walau bagaimanapun, sebahagian manusia bebas daripada campuran ini dihisabkan, dan sebahagiannya hanya bebas di dalam Jahannam.

Bila dia sudah dipersucikan, dia keluar daripadanya. Mereka adalah golongan yang disyafaatkan. Bagi mereka yang digolongkan ke dalam salah satu genggaman di sini, dia akan berjalan dengan kebenaran ke akhirat daripada kuburnya kepada pengampunan, atau seksaan dan Jahim. Dia sudah dipersucikan.

Ini adalah penjelasan mengenai matlamat dunia ini. Dua genggaman ini adalah dua hakikat yang menunjukkan kembali kepada sifat yang dimiliki oleh Yang Haq dalam zat-Nya (seperti dua kami). Dari sini kami katakan golongan ahli neraka menyaksikan-Nya sebagai Yang Menghukum dan ahli syurga menyaksikan-Nya sebagai Yang Merahmati.

Ini adalah rahsia yang mulia. Mungkin kamu akan memperolehinya pada tempat tinggal akan datang secara penyaksian, Insya' Allah. Mereka yang arif memperolehinya dalam dunia ini.

[Pengetahuan mengenai langit dan bumi dan yang seumpamanya pada manusia]

Mengenai apa yang kami katakan dalam tajuk ini berkenaan sfera alam besar dan alam kecil iaitu manusia, dengannya kami maksudkan dunia pada keseluruhan dan golongannya. Penguasanya adalah mereka yang memberi kesan kepada orang lain. Saya jadikan sfera alam besar dan alam kecil bertimbal-balik.

Yang satu adalah salinan kepada yang satu lagi. Kami berikan kepada mereka lakaran dalam bentuk sfera dan susunan mereka dalam buku, Insha' ad-Dawa'ir wa'l-Jawadil yang kami mulakan penulisannya di Tunis di rumah Imam Abu Muhammad ÔAbdu'l-'Aziz (al-Mahdawi al-Qurashi) [2], sahabat dan penjaga kami, semoga Allah merahmatinya! Dalam tajuk ini kami masukkan ringkasan mengenai apa yang bersangkutan dengannya.

Kami katakan alam ini empat: alam langit, iaitu alam yang bergerak; alam perubahan, iaitu alam pemusnahan; kemudian alam kehidupan iaitu alam yang bergerak dan musnah; dan alam asbab. Alam-alam ini berada pada dua tempat: dalam alam besar, iaitu yang di luar manusia, dan dalam alam kecil, iaitu manusia.

Alam tertinggi ialah Hakikat Muhammadiah. Sferanya ialah kehidupan. Ia ada persamaan pada manusia dalam latifah dan Ruh Suci. Ia termasuklah Arasy Yang Meliputi yang persamaan dengan manusia adalah jasadnya. Di sana juga Kursi, yang persamaannya dalam manusia ialah diri. Ada pula Rumah Kediaman yang persamaan dalam manusia ialah hati.

Ada pula malaikat yang persamaannya dalam manusia ialah roh dan bakat-bakat yang ada dengannya. Ada juga Saturn dalam bulatannya, yang persamaannya pada manusia ialah bakat ilmu dan nafas. Ada pula Jupiter yang persamaannya pada manusia ialah bakat mengingat dan bahagian belakang otak. Ada juga Mars dan bulatannya yang persamaannya pada manusia ialah bakat akal dan ubun-ubun. Ada juga matahari dan bulatannya yang persamaannya ialah bakat berfikir dan bahagian tengah otak. Ada juga Venus dan bulatannya yang persamaannya ialah kebolehan berangan-angan dan roh haiwan. Ada pula Mercury dan bulatannya yang persamaannya ialah kebolehan berkhayal dan bahagian hadapan otak. Kemudian ada bulan dan bulatannya yang persamaannya ialah kebolehan indera dan anggota yang ada daya-rasa. Ini adalah kumpulan alam atas dan persamaannya dalam manusia.

Alam perubahan termasuk bulatan ether yang rohnya panas dan kering. Ia adalah bulatan api dan persamaannya pada manusia ialah cecair perang kekuningan yang rohnya ialah kekuasaan penghadaman. Ia termasuklah udara yang rohnya panas dan basah dan persamaannya ialah darah. Rohnya ialah kebolehan menarik. Ia termasuklah air yang rohnya ialah sejuk dan basah dan persamaannya ialah air liur.Rohnya ialah kebolehan mengeluarkan. Ia termasuk tanah yang rohnya sejuk dan kering dan persamaannya ialah cecair hitam. Rohnya ialah kebolehan menyimpan.

Ada tujuh jenis tanah: tanah hitam, tanah berdebu, tanah merah, tanah kuning, tanah putih, tanah biru dan tanah hijau. Persamaan pada tubuh manusia ialah: kulir, lemak, daging, urat, saraf, otot-otot dan tulang.

Alam kehidupan termasuk makhluk rohani yang persamaannya adalah bakat-bakat pada manusia. ia termasuk alam haiwan yang persamaannya apa yang ditangkap oleh deria pada manusia. ia termasuk alam tumbuh-tumbuhan yang persamaannya apa yang tumbuh pada manusia. ia termasuk alam yang tidak bernyawa yang persamaannya ialah apa yang tidak dapat ditangkap oleh deria pada manusia.

Alam asbab termasuklah yang tidak perlu yang persamaannya ialah hitam dan putih, warna-warna dan benda-benda (akwan). Kemudian ada pula "bagaimana" yang persamaannya ialah keadaan seeprti sihat dan sakit. Kemudian ada "berapa banyak" yang persamaannya "peha lebih panjang daripada lengan". Kemudian ada pula "di mana" yang persamaannya ialah tengkuk sebagai tempat bagi kepala dan kaki sebagai tempat bagi peha.

Kemudian ada "masa" yang persamaannya "saya gerakkan kepala saya pada ketika tangan saya bergerak". Kemudian ada pula perbandingan (idafa) yang persamaannya ialah "Ini bapa saya, maka saya anaknya". Ada pula tempat yang persamaannya ialah "bahasa saya dan loghat saya". Ada pula kata-kerja yang aktif yang persamaannya ialah "Saya sudah makan". Ada pula kata-kerja yang pasif yang persamaannya ialah "Saya sudah kenyang".

Sebahagiannya mempunyai bentuk yang berbeza dalam acuan tersebut (tiga yang lain) seperti gajah, keldai, singa dan lipas. Persamaannya ialah kebolehan manusia yang menerima bentuk makna yang wajar dipersalahkan dan juga yang wajar disanjungkan. "Yang ini cerdik, maka ia adalah gajah. Yang itu bodoh maka ia adalah keldai. Yang ini pula berani maka ia adalah singa. Yang itu pula penakut maka ia adalah lipas". "Allah katakan kebenaran dan memimpin ke jalan yang lurus" (33:4)

[1] Merujukkan kepada hadis tertentu daripada Nabi s.a.
[2] Murid Abu Madyan yang meninggal dalam tahun 621H.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan