Selasa, 10 Ogos 2010

PENGANTAR ILMU HAKIKAT YANG DIWARISKAN ENTRI TIGA-PULUH LAPAN ( 38 ) - ASRAFUR ASRAR – 2 Oleh : Fakirabdillah



Soal

Apakah erti sebenar percaya kepada Allah, Malaikat, Rasul, Kitab, Hari Akhirat & Qada’ & Qadar itu ?

Jawab

Percaya kepada Allah maksudnya percaya kepada Zat, Sifat, Asma’ dan Af’al Allah SWT

Percaya kepada Rasul bermaksud percaya bahawa Nabi Muhammad bin Abdullah bangsa Arab Quraisy yang diperanakkan di Mekah berumur 63 tahun wafat dan dimaqamkan di Madinah adalah PESURUH ALLAH yang menyampaikan Agama Islam kepada kita.

Percaya kepada Malaikat bermaksud percaya akan wujudnya Makhluk Allah yang bertubuh halus, tiada jantina, tiada makan minum, tiada syahwat, tiada beranak dan tiada tidur sepanjang masa melaksanakan tugas yang ditentukan Allah.

Percaya kepada Kitab bermaksud bahawa Allah telah menurunkan kitab kepada Rasul RasulNya melalui Jibrail untuk membimbing manusia kepada hidup beragama tauhid. Jumlah kitab yang diturunkan ialah sebanyak 104 buah.

Percaya kepada Hari Akhirat bermaksud bahawa hidup didunia ini adalah sementara. Akan berlaku kehancuran dan kebinasaan dunia ini yang dipanggil KIAMAT dan akan berlaku HARI PEMBANGKITAN dan pembalasan dimana setiap manusia akan berhimpun di PADANG MAHSAR, ditimbang, melalui titian Siratul Mustaqim dan percaya kepada wujudnya balasan dosa / neraka dan balasan pahala / syurga.

Percaya kepada Qada & Qadar bermakna bahawa segala sesuatu mengenai kehidupan seseorang itu telah ditentukan Allah sama ada baik atau jahat.

Soal

Apakah maknanya MENG-ESAKAN Zat, Sifat, Asma’ & Af’al Allah itu ?

Jawab

ESA ZAT itu bermakna bahawa TIADA YANG WUJUD di-Alam Semesta ini melainkan Allah semata-mata. Wujud ghayr atau yang lain itu tiada hakikatnya melainkan saperti bayang bayang sahaja . Tiada hakikat baginya.

ESA SIFAT bererti tiada yang hidup, yang mengetahui, yang berkuasa, yang berkehendak, yang mendengar, yang melihat dan yang berkata-kata melainkan Allah SWT semata-mata.

Esa Sifat itu zahir pada makhluk sebagai sifat Bayang Bayang Allah bermaksud hidupnya manusia itu sebagai Bayangan Allah Untuk Allah. Mustahil ujud bayang bayang tanpa orang yang Punya Bayang dan mustahil bergerak bayang bayang tanpa Pergerakan Yang Punya Bayang.

Mahasuci Allah dari bertubuh dan mempunyai bayang bayang. Ianya hanya MITHALAN untuk pemahaman saperti ujudnya cahaya matahari menunjukkan adanya matahari.

ESA AF’AL bermaksud bahawa tiada yangmempunyai PERBUATAN dalam alam ini melainkan PERBUATAN ALLAH. Tiada Perbuatan makhluk walau sebiji zahrah pun . Jika anda percaya bahawa anda mempunyai perbuatan dan ikhtiar maka anda adalah SYIRIK.

Yang dinamakan MAKRIFAT itu ialah membezakan antara muhaddath dengan Kadim dan jikalau tiada membezakan antara Muhaddath dengan Kadim maka dinamakan JAHIL Berganda. Jahil yang pertama ialah jahil akan diri sendiri dan jahil kedua ialah jahil akan Tuhannya.

Bersambung................

5 ulasan:

  1. assalamualaikum.....

    nak tahu jer...

    Mukhalafatuhu Ta'ala Lilhawadith. Ertinya : Bersalahan Allah Ta'ala dengan segala yang baharu.

    Percaya kepada Allah maksudnya percaya kepada zat,Sifat, Asma’ dan Af’al Allah SWT

    sifat, asma, afaal dan alam buleh di bicarakan/dipelajari dengan ilmu... jika empat rangkulan ini mungkin dibacarakan dengan ilmu tidakkah sifat,asma,afaal itu juga adalah sesuatu yang baru kerana ilmu itu adalah sesuatu yang baru...

    BalasPadam
  2. Salam sdra zakir...

    Zat Sifat Asma' & Af'al itu pada saya tidak wujud pada hakikatnya tetapi diwujudkan oleh ulamak demi membicarakan ilmu. Jika tidak dipecah2kan bagaimanakah cara untuk menerangkannya ?

    Yang dikatakan baharu dan qadim atau apa pun tidak juga wujud pada hakikatnya melainkan dalam ilmu jua sebab Yang Wujud Hanya Allah .

    Allahlah Yang Maha Mengetahui sebab banyak perselisehan ilmu akibat membicarakan hal baharu baharu ini. Kita tidaklah mahu membuang waktu mengenai perdebatan ilmiah yang tidak ada membawa banyak faedah melainkan perpecahan akibat kesombongan para ilmuan.

    Fakir..pendapat peribadi yang entah betul entah tidak

    BalasPadam
  3. jadi apakah iktikad yang sewajibnya di pegang sebagai menjunjung amanah...

    BalasPadam
  4. salam,,

    bersalahan dengan yang baharu,, maksudnya makhluk (hamba) bukan allah. dan allah bukan hamba,,

    hamba tetap hamba dan tuhan tetap tuhan, tidak hamba menjadi tuhan, dan tidak tuhan menjadi, hamba,

    allah itu bersifat wujud, qidam, baqa, mukhalafatul lil hawadith, wahdaniah (esa).

    apabila tajali dzat berlaku kepada seorang salik maka sifat salbiah bertempat padanya, maka binasalah salik.

    sebagai analogi, ombak (hamba) dan laut (allah),,

    ombak dan laut sentiasa ada, tapi pada ketika ketika terentu umpamanya apabla angin tidak bertiup (laut tenang), ombak tiada yang ada hanya laut,,

    begitu juga apabila laut bergelora, yang kelihatan hanyalah ombak, dan laut tidak kelihatan,

    tapi laut berkuasa untuk menjadi tenang atau untuk menjadi bergelora, itu pilihan (iradat) laut,,

    behkah ombak memilih??

    ya,,,, fikir-fikirkan dulu....

    BalasPadam
  5. ohhh oooo yer tak yer jugak mana boleh ombak berpisah dengan laut...

    ini pendapat zakir.... klu salah betulkan yer...tolong...tolong..tolong yerrrr...

    sifat,afaal,asma itu yang mesti di nafikan pada hamba juga dinafikan pada zat barulah jadi la maujud bihaqqiillah.....

    jika sifat,afaal asma hanya di nafikan pada hamba maka akan wujud dua zat...
    satu zat yang berisi sifat,afaal,asma dan satu lagi zat yang tidak mempunyai apa-apa langsung....

    jika salik membawa diri untuk makrifat dengan penafian diri dari bersifat,afaal dan asma maka terhijablah si salik kerana yang ingin di kenal itu cukup berbeza....

    sebagai contoh lelaki nak kawin pompuan lelaki itu mestilah manusia dan perempuan itu manusia keduanya bersifat melihat dan bla...bla...bla... barulah jadi kawin...

    yang membezakan lelaki dengan wanita ialah pergantungan wanita dan berharap si isteri kepada suami yang gagah perkasa lagi melindungi.mana mungkin lelaki nak mengahwini wanita yang lumpuh... macam mana nak bersegama(bersatu) kalau wanita tu lumpuh. tak ada interaksi dan aksilah..

    di dalam kelambu terdapat dua orang bila mereka bersatu(ehem..ehemmm) yang terbias pada cahaya lampu tidur tu hanyalah satu ajer bayangnya. itulah dikatakan bersaksi pada yang se.

    BalasPadam