Ahad, 15 Ogos 2010

CUBAAN MENJAWAB SATU PERSOALAN PEMBACA..........



CUBAAN MENJAWAB SATU PERTANYAAN........
Oleh : Fakirabdillah

Salam saudara pembaca yang budiman.

Saorang pembaca laman ini yang menamakan dirinya sebagai Puan Fariza, telah menyampaikan satu pertanyaan kepada Fakir melalui sms . Pertanyaan beliau adalah saperti berikut :-


PERSOALAN

Salam..ada pertanyaan berkenaan statement “ Segala yang baik datang dari Allah, yang buruk datang dari diri sendiri. Didalam blok, encik agak kurang setuju dengan kenyataan diatas kerana encik berpendapat yang baik dan buruk datang dari Allah, jadi bolehkah diterangkan sedikit lagi ? Saya bagi contoh jika sasaorang itu mencuri , membunuh tidak solat, hatta murtad apakah ianya datang dari Allah juga ? Bukankah ia datang dari nafsu jahat manusia dan bisikan syaitan ? Sekian.


CUBAAN MENJELASKAN......

Fakir ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada pembaca yang bertanya itu dan didalam entri ini fakir dengan Kudrat & IradatNya jua cuba memberi penjelasan kerana persoalan ini memang susah hendak diterima oleh ramai dari kalangan kita lebih lebih lagi mereka yang hanya belajar Ilmu Syariat.


BUKAN KENYATAAN ATAU PENDAPAT FAKIR TETAPI KENYATAAN ALLAH SWT....

Pertamanya ingin ditegaskan bahawa kenyataan yang menyebut bahawa “ yang baik dan buruk dari Allah kesemuanya” bukanlah kenyataan atau pendapat fakir sendiri saperti yang disebut oleh yang bertanya itu.

Ianya adalah Kenyataan & Penjelasan Allah SWT didalam Al-Quran. Antaranya ialah :-


BEBERAPA DALIL DALIL NAQLI...

Surah An Nisaa : Ayat 78 yang bermaksud :

Jika perkara baik terjadi, mereka katakan dari Allah SWT dan jika perkara tidak baik terjadi , mereka katakan dari kamu. Katakanlah segala-galanya dari Allah SWT

Huraian Fakir...

Barangkali kita sudah terlalu biasa mendengar ucapan terakhir guru guru atau uztaz uztaz malah ulamak ulamak bertaraf tinggi yang selalu mengakhiri syarahan mereka dengan ungkapan saperti berikut : Sekianlah syarahan saya tuan tuan dan puan puan ..Yang baik dari Allah dan yang tidak baik dari saya sendiri...hinggakan kita lupa akan Firman Allah yang disebutkan diatas.

Barangkali juga ramai diantara kita lebih suka mendengar ceramah alim ulamak berbanding membaca Al-Quran untuk menimba ilmu ..hinggakan ramai diantara kita tidak tahu akan ujudnya ayat 78 Surah An Nisaa itu kerana tidak pernah mendengar guru atau ustaz menyebutnya....

Barangkali juga iman dan tauhid kita tidak mahu menerima kenyataan bahawa perkara perkara yang tidak baik itu adalah datangnya dari Allah ..apatah lagi jika dikatakan Perbuatan Allah kerana pada kita Allah itu Maha Agung dan Maha Pemurah lagi Pengasih. Jadi mana boleh Allah melakukan perkara perkara yang Dia sendiri mengatakan sebagai Munkar saperti membunuh dan sebagainya. Ini disebut sebagai budi bahasa kita terhadap Allah .

Surah Al Anfal : Ayat 17

Bukan kamu yang membunuh mereka tetapi Allah yang membunuh mereka dan bukan engkau yang melempar tetapi Allah.

Huraian Fakir..

Ramai diantara kita mentafsirkan atau memahami ayat 17 Surah Al Anfal ini dengan mengaitkannya dengan peristiwa dimana ayat ini diturunkan yakni Perang Badar dimana Allah telah membantu pihak Islam mengatasi kaum Quraisy ..dan kenyataan ini ialah kenyataan khusus dan tidak ada kaitan dengan ayat dimana Allah juga telah menegaskan Aku jadikan kamu dan segala perbuatan kamu.

Ini adalah kerana mereka yang berfahaman sebegini tidak mahu menerima atau tidak tahu tentang konsep NAFI & ISBAT.

Surah Al Insan : Ayat 30

Dan tiadalah kehendak kamu melainkan Kehendak Allah jua

Ini ( berkaitan tiada kehendak kita ) kita akui apabila menjawab seruan bilal semasa azan, dimana kita mengakui bahawa tiada kehendak kita dan daya upaya kita untuk melakukan solat melainkan dengan IRADAT & KUDRAT ALLAH.

Ini disebut sebagai HAUQALAH.

Kita sabenarnya amat suka mengatakan kita solat dengan kehendak kita dan daya upaya kita kerana kita hendakkan pahala hingga kita terlupa yang kita telah menodai pengakuan kita sendiri apabila menjawab seruan bilal.

Barangkali ramai juga diantara kita tidak faham apa yang dia sendiri katakan atau lafazkan sebab suka mengikut ngikut tanpa faham.

Surah Al Isra : Ayat 13

Dan tiap tiap manusia itu telah kami tetapkan amal perbuatan mereka sebagaimana tetapnya kalung pada leher mereka.

Huraian Fakir.......

Ayat ini sangat jelas dan tidak memerlukan apa apa tafsiran..tetapi ramai diantara kita masih tidak mahu menerimanya . Kenapa ? No answer.

Surah Ash Shaffaat : Ayat 96

Padahal Allah yang menciptakan kamu dan apa yang kamu kerjakan / perbuatan

Ayat yang sangat mudah difahami ..tetapi sukar diterima ramai.


YANG MEMBIMBING & MENYESATKAN ITU IALAH ALLAH......

Ayat diatas wajar juga dibaca bersekali dengan beberapa ayat ayat Al-Quran yang lain dimana banyak kali Allah SWT mengulang-ngulang kenyataan bahawa Yang Membimbing dan Menyesatkan itu hanyalah Allah. ( HADI & MUDHIL )

Kita sedia faham Bimbingan itu merujuk kepada Yang Makruf ( baik baik ) dan Sesat itu adalah merujuk kepada Yang Mungkar ( yang buruk, yang tidak baik ) .

Diturunkan beberapa ayat ayat yang menjelaskan kenyataan diatas.

BEBERAPA DALIL DALIL NAQLI...

Antaranya ialah :-

Surah An Nisaa : Ayat 143

Siapa yang disesatkan Allah niscaya engkau ( Ya Muhammad ) tidak mendapat jalan untuk menunjukkinya.

Surah Al An’aam : 39

Barangsiapa yang dikehendakki Allah niscaya disesatkanNya. Dan siapa yang dikehendakkiNya niscaya ditunjukiNya kejalan yang lurus

Surah Al A’raaf : 43

Kami tidak akan mendapat petunjuk sekiranya Allah tidak menunjuki kami

Surah Al A’raaf : 178

Siapa yang ditunjuki Allah , maka dia mendapat petunjuk dan siapa yang disesatkan Allah , maka merekalah orang yang merugi

Surah Al Muddatstsir : 31

.......Demikian Allah membiarkan sesat orang orang yang dikehendakkiNya dan memberikan petunjuk kepada siapa yang dikehendakkiNya.

Surah Al-Hadid : 22

Bencana yang terjadi dibumi dan pada dirimu sendiri telah tertulis didalam kitab sebelum Kami melaksanakannya..

Surah Al – Qashash : 56

Sesungguhnya engkau tidak akan mampu untuk memberi petunjuk orang yang kau cintai , tetapi Allah memberi petunjuk kepada siapa yang dikehendakkiNya. Dia lebeh mengetahui orang orang yang mendapat petunjuk.

Surah An Nahl : 93

Dan jika Allah menghendaki niscaya dijadikanNya kamu satu umat tetapi Allah menyesatkan siapa yang dikehendakkiNya dan memberi petunjuk kepada siapa yang dikehendakkiNya.

Surah Yunus : 107

Dan jika Allah menimpakan bahaya kepadamu, maka tidak ada yang dapat menghalangnya kecuali Dia. Dan jika Allah menghendaki kebaikan kepadamu maka tidak ada yang dapat menghalangnya kurnia Tuhan itu. ....

Huraian Fakir.......

Terlalu banyak ayat ayat Al-Quran yang menjelaskan tentang perkara ini yakni Yang Membimbing ialah Allah. Ini semua bersetuju. Bila Allah mengistiharkan bahawa Yang Menyesatkan itu ialah Allah juga ..ramai yang tidak dapat menerimanya . Kenapa ? No answer.


HAL INI IALAH BERKAITAN PEMAHAMAN MENGENAI QADHA & QADAR

Untuk memberi lebih pemahaman tentang apa yang disebut sebagai QADA’ & QADAR itu, fakir pinjam penjelasan Dr K.H Muhibbudin Wali dari kitabnya Al-Hikam . Mudah-mudahan ia akan memberi faham yang lebih kepada kita semua berkaitan Rukun Iman Yang Ke-enam itu , sekaligus menjelaskan tentang persoalan yang kita bicarakan ini.

Menurut Mazhab AL- ASY’ARY - AL-QADHA’ dan AL-QADAR ialah :-

AL-QADHA’

Kehendak Allah SWT pada zaman azal ( zaman yang tidak diketahui permulaannya ) pada segala sesuatu menurut keadaannya pada waktu adanya. Dan dia termasuk sifat sifat Zat disisi mereka.

Misalnya Allah berkehendak pada masa azal akan menjadikan hambaNya Fuad misalnya menurut apa yang kita lihat pada waktu adanya. Bentuknya begitu, jadi saorang doktor, isterinya dua dan lain lain. Oleh sebab itu maka qadha’ menurut ini adalah Sifat Zat Allah SWT.

Dan qadha’ menurut ini pula adalah QADIM dan bukan HADIS ( baharu )

AL-QADAR

Penciptaan Allah SWT akan segala sesuatu menurut ukuran yang telah ditentukan dan rupa yang telah ditentukan pula sebagaimana yang telah dikehendakki olehNya.

Maksudnya Tuhan menjadikan sesuatu menurut apa yang telah dikehendakki olehNya pada sebelum menjadikan itu. Hal keadaan ini disebut Al-Qadar. Maka Al-Qadar adalah baharu ( Hadis ).

Menurut mazhab AL-MATURIDY – Al-Qadha’ ialah :-

Allah menjadikan segala sesuatu serta menambah kekokohan dan kebagusan pada yang dijadikan – maka Al-Qadha’ merupakan SIFAT PERBUATAN ALLAH menurut ulamak mazhab ini.

Contohnya ialah, Allah SWT menjadikan langit, bumi dan lain lain dengan begitu indah, bagus, kokoh, teratur dan lain lain dari sifat sifat yang menunjukkan atas keagungan segala sesuatu yang dijadikan olehNya. Kerana itu Al-Qadha’ menurut mazhab ini adalah baharu sebab ia SIFAT PERBUATAN ALLAH SWT.

Adapun Al-Qadar menurut mazhab ini ialah :-

Allah menentukan pada azal tiap tiap makhluk menurut ketentuanNya yang diperdapat pada makhluk itu waktu diadakannya berupa kebagusan , kejelekan, manfaat, mudharat dan lain lain. Artinya Ilmu Allah pada masa azal tentang sifat sifat semua makhluk, maka berkaitanlah Al-Qadar menurut mereka pada ulamak mazhab ini kepada Sifat Ilmu, sedangkan Sifat Ilmu adalah sebahagian dari Sifat Sifat Zat.

Maksudnya ialah bahawa Al-Qadar ialah Ilmu Allah, artinya Pengetahuan Tuhan yang tidak ada permulaan tentang sifat sifat makhluk berupa ketentuan ketentuan yang terdapat pada makhluk makhluk itu, dimana akan diciptakan oleh Allah SWT.

Umpamanya keadaan kita sekarang baik hidup dan kehidupan ataupun mati dan sebagainya, sudah merupakan ketentuan dan ketetapan Allah yang diketahuiNya. Oleh sebab itu maka Al-Qadar bertalian dengan Ilmu Allah yang merupakan salah satu dari Sifat SifatNya, sedangkan Ilmu Allah merupakan sebahagian dari Sifat Sifat Zat Allah.

Hadith Nabi dari Bukhari & Muslim :-

Seorang lelaki bertanya kepada Rasullullah : Hai Rasullullah apakah itu Iman ? Menjawab Nabi : yaitu bahawa engkau beriman dengan Allah, Malaikat MalaikatNya, Kitab kitabNya, Rasul rasulNya dan Hari Kemudian. Juga engkau beriman dengan Qadar baiknya, buruknya, manisnya dan pahitnya adalah dari Allah SWT.

Surah Al-Qamar : 49

Sesungguhnya Kami telah menjadikan sesuatu menurut ketentuannya.

Surah Al-Baqarah : 102

Mereka tidak dapat menghilangkan bahaya dari siapa pun terkecuali dengan izin Allah SWT

Meskipun kita wajib beriman kepada Qadha’ & Qadar tetapi tidak boleh kita jadikan Qadha’ & Qadar itu sebagai alasan sebelum mengerjakan sesuatu demi untuk sampai kepadanya.

Misalnya seseorang bermaksud mencuri maka sebelum ia melakukan perbuatan mencuri itu ia mengatakan bahawa Allah mengqadha’ dan mentaqdirkan ia untuk mencuri. Hal keadaan ini adalah suatu hal yang tidak pantas, disamping ia telah mendahului Allah apa lagi melakukan perbuatan yang dilarang olehNya.

Atau kita telah melakukan perbuatan yang tidak baik ( mesum ) maka demi untuk menghindarkan dari hukum kita katakan bahawa Allah melakukan qadha’ dan qadarNya atas hal itu. Tetapi apabila seseorang mengatakan saperti itu sekedar untuk menolak celaan orang lain maka tidak apa apa.

Hal keadaan ini berdasarkan kepada Hadith sahih yaitu berkata Nabi Muhammad SAW :-

Pada suatu kali dizaman dahulu bertemu roh Nabi Adam a.s dengan roh Nabi Musa a.s. Berkata Musa kepada Adam : Tuan adalah bapak manusia dimana kerana tuanlah maka keluar anak cucu tuan dari syurga kerana disebabkan tuan memakan buah kayu terlarang. Berkata Adam : Hai Musa engkau telah dipilih oleh Tuhan bercakap cakap denganNya dan Tuhan telah berikan kepada engkau kitab Taurat. Kenapa engkau cela saya atas satu pekerjaan padahal Allah SWT telah mentaqdirkan hal keadaan itu atas saya sebelum Tuhan menjadikan saya pada zaman 40,000 tahun sebelumnya .

Berkata Nabi Muhammad SAW : Maka dengan alasan Adam demikian Nabi Adam telah mengalahkan Nabi Musa tentang persoalan itu.

Walhasil dalam segala sesuatu adalah Qadha’ & Qadar Tuhanlah yang berlaku dengan sebenarnya. Kerana itu kita boleh berikhtiar dan berusaha tetapi jangan lupa tawakkal dan menyerah kepada Allah agar Dia menentukan dengan ketentuan ketentuan yang baik buat kita dunia dan akhirat.

..................................DARI AL-HIKAM Karangan Prof Dr K.H Muhibbuddin Waly


IANYA JUGA BERKAITAN DENGAN HAUQALAH & KERANA ALLAH - LILLAH HI TAALA

Ucapan LILLAH HI TAALA memang sering diucapkan oleh seseorang muslim setidak-tidaknya ketika solat 5 kali sehari semalam . Kita berpuasa bila kita suarakan NIAT atau lafazkan pun kita mengatakan LILLAH HI TAALA atau KERANA ALLAH.

Apakah yang kita tashdiqkan dihati bila menyebut kalimah kalimah itu ? Adakah kita solat atau puasa kerana PERINTAH Allah ? Atau kita beribadah itu untuk menyatakan KETAATAN kita kepada Allah ? Atau kerana KUDRAT & IRADAT ALLAH-lah kita boleh beribadat ?

Pada fakir semuanya adalah betul belaka mengikut tahap tahap ilmu dan peringkat tauhid seseorang itu. Pada penganut Ilmu Hakikat tauhid peringkat pertamanya ialah pengakuan dan kesaksiannya bahawa tiada perbuatannya pada hakikatnya melainkan segala-galanya adalah AF’AL ALLAH JUA.

Inilah sabenar-benarnya yang diakui dan dilafazkan oleh seseorang itu apabila menjawab seruan bilal untuk bersolat dengan menjawab : Tiada Daya Upaya & Kehendak Aku Melainkan Dengan Iradat & Kudrat Allah.

Lantas terjawablah persoalan sama ada manusia itu mempunyai kehendak dan daya upayanya sendiri atau dia sabenarnya hanya menjadi sandaran untuk Allah menyatakan Kehendak dan DayaupayaNya. ( Kudrat & IradatNya )

Inilah sahaja yang dapat Fakir kemukakan untuk cuba menjelaskan ( dengan Kudrat & IradatNya jua ) kepada persoalan yang dikemukakan oleh saorang pembaca bernama Puan Fariza. Adalah diharapkan penjelasan diatas dapat diterima dan memberi pemahaman yang bermunafaat.


Terima kasih.

Fakirabdillah.

13 ulasan:

  1. salam

    "yang baik dari Allah yang tidak baik dari kita sendiri"

    Apakah maksud kata-kata itu, adakah kita faham maksud kata-kata itu, atau sekadar hafalan di bibir sahaja.
    Baiklah,,
    Bagi ana, yang baik itu adalah berkait dengan Wujud, dan yang tidak baik itu berkait kepada tidak wujud (tidak ada).
    Soalan seterusnya, apakah itu Wujud, bagi ana Wujud itu adalah Ada, dan yang Ada hanya Dia (Allah). Jadi yang baik itu berkait dengan kewujudan Dia.

    para pembaca yang budiman sila baca jawapan selanjutnya di bawah tajuk "Baik dan buruk". di

    http://hajirikhusyuk.wordpress.com

    BalasPadam
  2. jika manusia itu berbuat buruk sekalipun allah masih menerimanya di sisiNya. Seandainya manusia itu berbuat baik sekalipun allah masih mengazabkanya. Berpalinglah kamu dari melihat diri mu yang melakukannya baik atau pun buruk bagi allah tiada beza keduanya. Keduanya hanya di dalam takluk afaal allah belaka. Segala yang baik yang kau kerjakan tidak lebih hanya menurut kemahuan allah sahaja. Begitu juga perbuatan buruk itu juga allah yang mengizinkan jua. Kedua-duanya adalah ujian bagi mu. Ujian bagi mengesakan zat. Seandainya perbuatan baik mu di sirami dengan memandang diri mu yang melakukannya pasti allah akan menganjarkan neraka tempat mu dan jika perbuatan buruk mu itu engkau redha di atas ketentuan afaalNya maka allah menerimanya di sisiNya walau sejuta hembusan nafas di penuhi nista allah tetap memandang mu.
    Nafsu itu adalah makhluk allah jua di bawah perintahNya untuk menguji mu. Nafsu mu itu langsung tiada daya upaya sepertimana kamu jua tiada daya upaya untuk menggerakkan sebutir zarah sekalipun. Tiada siapa yang mampu melebihi dari kehendakNya melainkan allah izinkan atas mu berkehendak menuruti kehendakNya. Nafsu mu itu bukanlah seteru bagi mu melainkan nafsu mu itu bagi mengingatkan diri mu kepada allah. Kerana nafsu itu hanyalah hijab yang allah ciptakan khusus buat hamba yang taat. Jika melepaslah engkau dari cubaan ujian allah atas nafsu mu sendiri maka terbukalah hijab antara kau dan Dia. Nafsu itu bukanlah seperti yang kau mampu turuti tetapi nafsu itulah yang menuruti atas kehendak dan cita mu. Nafsu itu tidaklah allah ciptakan ianya jahat tidak pula dia ciptakan ianya baik tetapi dia ciptakan kehendak atasnya seperti mana allah berkehendak atas mu. Untuk melepaskan diri dari menjadi hamba nafsu mu maka berpalinglah semula padaNya. Katakanlah cukuplah allah bagi ku sehingga dalam doa mu tiada sesuatu selain dia. Pintalah keesaan dan ketunggalan aku(allah) bukannya meminta selain dari allah. Jika engkau ingin bertemu aku(allah) lekaslah keluarkan kebergantungan mu pada hawa dan nafsu.
    Syaitan itu tidaklah mudah menggoda mu melainkan godaan itu telah pun ada di dalam diri mu. Syaitan itu walau allah jadikan dia musuh bagi mu janganlah engkau lekas menunding jari ke atasnya. Kelak di pengadilan nanti adakah kau ingin menyatakan segala kesalahan berpunca dari tuhan. Sungguh hina manusia yang sering mempersalahkan allah di atas setiap urusan. Tidakkah mereka melihat dan memandang bahawa allah itu maha pengasih dan penyayang melebihi prasangka mereka. Bisikan syaitan itu tidaklah lebih dari sakitnya gigitan nyamuk. Seekor nyamuk itu juga mampu membunuh si namrud atas perintahNya. Begitulah bisikan syaitan itu hanya memberi kesan melainkan dia yang mengkehendaki ujian atas mu. Jika kamu wahai manusia masih lagi enggan mentauhidkan dia tidak pula dia kebinggungan dengan sikap mu malah kau akan lebih tersesat dan melarat dalam ujian antara ilmu dan afaalNya. Carilah jalan yang mudah bagi mengenalNya.
    Seorang tukang kayu ingin menghasilkan kerusi lalu si tukang kayu telah menghsilkan sebuah kerusi malas yang cukup menenangkan. Lalu si tukang kayu duduk di atas kerusi itu Hmmm beginilah hasil kerja tangan ku terhasillah kerusi yang enak. Lalu si tukang kayu terlihat sisa kayu lalu si tukang kayu itu mula menempa sebuah kerusi yang menyeramkan setelah terhasilnya kerusi yang menakutkan itu lalu dia pun duduk untuk menguji kerusi tersebut. Sambil memejamkan mata lalu si tukang kayu melihat kerusi ciptaannya ini layaknya bagi diduduki oleh mereka yang jahat seperti banduan yang akan di jatuhi hukuman mati

    Kedua-dua namanya kerusi dan kedua-duanya juga berasal dari Sepohon kayu dan kedua-dua kerusi itu telah di cubai oleh si penempa. si tukang kayulah yang berhak mencipta kerusi atau melupuskan kerusi lalu di ciptanya meja.

    BalasPadam
  3. Salam Tuan Fakirabdillah,

    Muzakarah tentang ketentuan baik dan buruk menjadi semakin menarik dengan kehadiran 2 sahabat blogger memberikan komen beliau disamping jawapan saudara

    Saya rasa persoalan ini perlu diperpincangkan dengan cara yang lebih mudah dan santai.

    Pokoknya, saya rasa penanya telah terkhilaf antara Iman dan Islam. Apa yang saudara Fakirabdillah dan 2 sahabat blogger nyatakan itu berkisar soal iman. Iman tempatnya dihati.Diyakini dihati ketentuan baik dan buruk semuanya dari Allah.

    Jika persoalan hendak dilisankan maka ianya perlu dilisankan secara Islam.Ada nilai baik dan ada nilai buruk.Ianya pakaian jasad.

    Penjelasan kepada penanya perlu dibuat dengan membezakan antara Iman dan Islam.

    Sekian, semoga menyentuh persoalan walaupun tidak mampu menjawab sejelasnya.

    BalasPadam
  4. terimakasih sdra du , zakir & pondok hati atas komen & pandangan sdra sekalian ...terutama sdra zakir.yg mengulas dgn panjang lebar..

    Ianya amat dihargai terutamanya atas kemurahan hati sdra menyampaikan ilmu ..semuga memberi manafaat kpd pencinta Ilmu Agama khasnya Ilmu Hakikat....

    BalasPadam
  5. assalamualaikum....

    Jasad itu hanyalah sesuatu yang allah cipta untuk memburu dan membatu. Membatu sekiranya engkau melihat allah itu hanyalah tuhan yang layak di sembah dan memburu sekiranya engkau melihat aku seperti aku melihat engkau.

    Jika engkau memandang jasad itu memberi kesan baik dan buruk beralih pandanglah pada syariaat dia. Hanya syariaat dia sahaja yang mengganjarkan dan menghukumi atas nama baik dan buruk(jahat). Syariaat dia itu tidak lain hanya bagi landasan peringatan dan ia adalah juga ujian(perbalahan) yang dia ciptakan atas ilmu-ilmu.

    Islam itu memandang kepada kesucian fitrah insan manakala iman memandang kepada kesatuan hati. Islam itu berdiri di atas sesuatu yang allah tegakkan melalui lisanul rasul dan iman itu dtegakkan atas tangan ku(allah) sendiri. Tidakkah kau memandang ke dalam diri mu bagaimana aku(allah) ucapkan asma ku(allah) kedalam jantung mu yang berdegup tanpa engkau menyedarinya berapa degupan seharian.

    Ketentuan baik buruk dari segi islamnya ialah silalah refer to hukum syarak

    BalasPadam
  6. salam

    insan yg masih berpegang teguh dengan syariat akan selamanya takut untuk mengatakan baik dan buruk adalah dari allah

    ingatlah,dosa yg tidak di ampunkan allah adalah dosa mensyirikkan Nya

    bagi insan syariat mensyirikkan allah adalah menyembah selain dari allah dalam amalan mereka

    bagi insan hakikat sebenarnya syirik adalah mahu berkongsi kuasa@kudrat@iradat dengan allah

    bila insan yang lupa berkata sesungguhnya yang buruk itu datang dari kelemahan diri sendiri
    maka dia telah mensyirikkan allah

    kerana hakikatnya tidak ada daya upaya melainkan dengan izin allah

    sepatutnya kita belajar syariat kemudian tarekat jika ada rahmat allah kita dicampakkan ilmu hakikat dan jika di kasihiNya kita di kurniakan makrifat

    baca dan fahami alquran
    di dalamnya telah ada ayat syariat,ada ayat tarekat,ada ayat hakikat dan ayat makrifat sempurna semua ini maka itulah ISLAM

    salam kemaafan dari hamba yang fakir

    BalasPadam
  7. Salam Tuan Fakirabdillah,

    Izinkan saya bermuzakarah dengan Zarilla menerusi laman tuan.

    "insan yg masih berpegang teguh dengan syariat akan selamanya takut untuk mengatakan baik dan buruk adalah dari allah"

    Bagi pemahaman hamba syariat itu hakikat dan hakikat itu syariat.

    "ingatlah,dosa yg tidak di ampunkan allah adalah dosa mensyirikkan Nya"

    Bagi yang berpegang pada hakikat tidak ada lagi unsur dosa pahala, jika adapun cahaya dan kegelapan.

    Rasanya cukup sampai disini, jumpa lagi dalam perbincangan untuk mengambil faham dari kitab yang dirumikan oleh Tuan Fakirabdillah Entri ke 40. Marilah sama-sama kita bermuzakarah dan mengambil faham.

    BalasPadam
  8. zakir nak cikit ajer tau... bla...bla..blaaa

    (Pertama kaum yang tiada mengetahui mereka itu akan bahawasanya Allah Ta'ala yang berbuat akan segala perbuatannya itu dan hanya diiktikadkannya oleh mereka itu bahawasanya yang berbuat segala perbuatan yang baharu itu hamba jua dan adalah qudrat hamba jua dan adalah qudrat hamba yang baharu itu memberi bekas ia pada segala perbuatan hamba yang baharu itu maka itu mazhab muktazilah yang bid'ah lagi fasik.)

    (Kedua mazhab jabariah, iaitu kaum yang mengetahui mereka itu dan memandang mereka itu akan bahawasanya segala perbuatan itu sekeliannya daripada Allah Ta'ala sendirinya dan keraslah atas mereka itu memandang akan segala perbuatan itu daripada Allah Ta'ala sendirinya dan tiada sampai mereka itu kepada yang menyandar akan segala perbuatan itu bagi hamba kerana kurang daripada mereka itu darjat kamal maka tersalahlah mereka daripada jalan syariaat dengan sebab tiada menyandar kan segala perbuatan hamba itu kepada mereka itu maka iaitu iktikad zindik.)

    (Ketiga kaum yang mengetahui mereka itu akan bahawasanya segala perbuatan sekeliiannya daripada Allah Ta'ala tetapi ada bagi hamba itu usaha dan ikhtiar dan dengan keduanya itulah hamba memperbuatkan segala perbuatannya dan keduanya tempat taaluk hukum syarak tetapi keduanya itu tidak sekali-kali memberi bekaspada perbuatan yang baharu hanya memberi bekas itu Allah Ta'ala sendirinya jua. Maka iaitu iktikad Asya'ariah iktikad yang ma'abud yang selamat daripada bahaya dunia dan akhirat. Tetapi tiada sampai mereka itu kepada martabat kkasyaf kerana terdinding mereka itu dengan sebab makna usaha danikhtiar daripada hamba jua tiada dipandang akan segala pebuatan itu daripada Allah Ta'ala sendirinya. Maka tiap-tiap daripada thoifah yang 3 ini atas penglihatnya itu. (Ghusyawat) yakni dinding yang menuntut daripada sampai penglihat mereka itu daripada memandang wahdatul Af'al . Selama-lamanya mereka itu dalam dinding yang tertutup tiada sampai kepada makam kasyaf dan musyahadah dan mukhafafah.)

    (Keempat mzhab Ahlul Kasyaf, yakni orang yang terbuka pada mereka itu dinding iaitu kaum yang memandang akan kejadian segala perbuatan daripada Allah Ta'ala dan kesandarannya itu daripada hamba misalnya seperti qalam orang yang menyurat adalah yang menjadikan huruf itu orang yang menyurat jua dan qalam itu menjadi alat persandaran menyurat jua. Dan adalah hamba itu seperti qalam tiada baginya perbuatan dan yang memperbuat itu orang yang meyurat jua. Wallahu A'lam. Yakni segala yang berlaku di dalam segala alam ini Allah Ta'ala jua yang menjadikan ia.)

    http://alamsufisma.blogspot.com/

    BalasPadam
  9. Salam kpd tuan sekalian dan terimakasih kpd Fakir Abdillah kerna menyatakan syuhud mu keatas kekuasaan Zat yg Maha Esa. Penyaksian inilah yg dihisab. Disinilah Allah menuntut hak NYA terhadap makhluk. Selain dari ini, semuanya Perbuatan NYA kerna DIA ingin menyatakan DIRINYA pada insan dan alam. Maka nyatalah DIA. Hanya DIA jua yg dapat menyaksikan hakikat ini. Maka sempurnalah syuhud hamba kpd Penciptanya.
    HAKIKATINSANMAKRIFAT.BLOGSPOT.COM

    BalasPadam
  10. Astaga...wahai sau daraku tinggakanlah blok ini karna ia hendak menyesatkan kalia .... Dengan atau tsnpa ia sadari...
    Tetapi diatidak dapat menyesatkan orang yg hidup hatinya...
    Maka gunakan hatimu ...
    Dan perhatikan bagai mana banyak hal yg di artikan tidak wajar/normal di sana...
    Aku mungkin tidak membacavsenua tapi sefikit saja aku tau...
    Perhatikan perjara membunuh di sana " apa yg salah jika tuhan mu membunuh orang xalim dengan atau tanpa perantara ,mereka bahkan zalim? Dari sini apa ada pertanyaan?. tidak kecuali yg tidak perlu. (Jangan ikuti dan jauhi dia aku takut nanti kamu tersesat) yg zalim itu di bunuh di musnah kan."
    Tidak perlu ditanyakan kenapa..

    BalasPadam
  11. Astaga...wahai sau daraku tinggakanlah blok ini karna ia hendak menyesatkan kalia .... Dengan atau tsnpa ia sadari...
    Tetapi diatidak dapat menyesatkan orang yg hidup hatinya...
    Maka gunakan hatimu ...
    Dan perhatikan bagai mana banyak hal yg di artikan tidak wajar/normal di sana...
    Aku mungkin tidak membacavsenua tapi sefikit saja aku tau...
    Perhatikan perjara membunuh di sana " apa yg salah jika tuhan mu membunuh orang xalim dengan atau tanpa perantara ,mereka bahkan zalim? Dari sini apa ada pertanyaan?. tidak kecuali yg tidak perlu. (Jangan ikuti dan jauhi dia aku takut nanti kamu tersesat) yg zalim itu di bunuh di musnah kan."
    Tidak perlu ditanyakan kenapa..

    BalasPadam
  12. Astaga...wahai sau daraku tinggakanlah blok ini karna ia hendak menyesatkan kalia .... Dengan atau tsnpa ia sadari...
    Tetapi diatidak dapat menyesatkan orang yg hidup hatinya...
    Maka gunakan hatimu ...
    Dan perhatikan bagai mana banyak hal yg di artikan tidak wajar/normal di sana...
    Aku mungkin tidak membacavsenua tapi sefikit saja aku tau...
    Perhatikan perjara membunuh di sana " apa yg salah jika tuhan mu membunuh orang xalim dengan atau tanpa perantara ,mereka bahkan zalim? Dari sini apa ada pertanyaan?. tidak kecuali yg tidak perlu. (Jangan ikuti dan jauhi dia aku takut nanti kamu tersesat) yg zalim itu di bunuh di musnah kan."
    Tidak perlu ditanyakan kenapa..

    BalasPadam
  13. Astaga...wahai sau daraku tinggakanlah blok ini karna ia hendak menyesatkan kalia .... Dengan atau tsnpa ia sadari...
    Tetapi diatidak dapat menyesatkan orang yg hidup hatinya...
    Maka gunakan hatimu ...
    Dan perhatikan bagai mana banyak hal yg di artikan tidak wajar/normal di sana...
    Aku mungkin tidak membacavsenua tapi sefikit saja aku tau...
    Perhatikan perjara membunuh di sana " apa yg salah jika tuhan mu membunuh orang xalim dengan atau tanpa perantara ,mereka bahkan zalim? Dari sini apa ada pertanyaan?. tidak kecuali yg tidak perlu. (Jangan ikuti dan jauhi dia aku takut nanti kamu tersesat) yg zalim itu di bunuh di musnah kan."
    Tidak perlu ditanyakan kenapa..

    BalasPadam