Sabtu, 7 Ogos 2010

PENGANTAR ILMU HAKIKAT YANG DIWARISKAN Oleh : Fakirabdillah....ENTRI TIGA-PULUH TUJUH ( 37 )



Salam saudara pembaca yang budiman,

Kita masih lagi meneruskan pelajaran bab sefer sefer ( asas asas ).

Mulai entri yang ke 37 ini fakir akan salinkan kandungan kitab ASRAFUR ASRAR karangan Syeikh Muhd Salleh Abdullah Al-Minangkabui yang ditulis didalam tulisan jawi untuk bacaan saudara sekalian. ( telah dirumikan dan merupakan sebahagian daripada kandungan PENGANTAR ILMU HAKIKAT YANG DIWARISKAN )

Kitab ini ditulis dalam bentuk soal dan jawab. Dia yang soal dia juga yang menjawab. Pada masa dahulu ramai ulamak suka mengarang kitab masing masing mengikut cara ini.

Selamat membaca,

Fakirabdillah.

.....................................................................................

Hadith Nabi :-

Bermula menuntut ilmu itu FARDHU atas setiap muslim lelaki dan perempuan.

Soal

Apakah yang dikatakan Ilmu Fardhu Ain itu ?

Jawab

Ilmu Fardhu Ain ada tiga bahagian , pertama Ilmu Usulluddin, kedua Ilmu Feqah dan ketiga Ilmu Tasauf.

Soal

Apakah asas atau pokok yang perlu dituntut dalam ketiga-tiga bidang ilmu itu ?

Jawab

Asas Ilmu Usul yang perlu diketahui ialah :-

Mengetahui sekadar perkara yang wajib dan perkara yang mustahil dan yang harus bagi Tuhan kita dan Rasul kita agar sah keimanan kita.

Asas Ilmu Feqah yang perlu diketahui ialah :-

Mengetahui segala syarat dan rukun ibadah agar ibadah tersebut sah dan tidak batal.

Asas Ilmu Tasauf yang perlu diketahui ialah :-

Mengetahui perkara perkara yang membatalkan amal ibadat kita saperti ujub, riak, takbur dan sebagainya yang dicela oleh syarak.

Soal

Apakah hukumnya orang yang beramal tanpa mengetahui perkara perkara diatas ?

Jawab

Hadith Nabi :-

Tiada sekali diterima segala amal ibadatnya termasuk mengerjakan haji dan haram baginya menuntut Ilmu Fardhu Kifayah sebelum mengetahui Ilmu Fardhu Ain contohnya haram bagi seseorang mengerjakan sembahyang sunat, sembahyang fardhu tidak diqadhakan dan haram menjadi wali dan saksi nikah.

Soal

Mana asal Amal dan mana pula asl Makrifat ?

Jawab

Asal kedua-duanya ialah Ilmu. Oleh itu wajiblah menuntut Ilmu.

Soal

Dimana pula asal Ilmu itu ?

Jawab

Asal Ilmu ialah Al-Quran. Ilmu yang tidak selaras atau mufakat dengan Al-Quran & Hadith adalah BATAL dan tidak boleh dipakai atau dipegang.

Soal

Apakah yang dikatakan Awal Agama dan apakah maksud Agama itu ?

Jawab

Awal awal agama ialah MENGENAL ALLAH ( Awaluddin Makrifatullah ) . Yang dinamai Agama itu ialah IMAN, ISLAM, TAUHID dan MAKRIFAT.

Soal

Bagaimanakah kuncinya untuk Mengenal Allah ?

Jawab

Kuncinya ialah MENGENAL DIRI

Soal

Apakah erti Iman, Islam, Tauhid dan Makrifat itu ?

Jawab

Erti Iman ialah Percaya Kepada Allah, Rasullullah, MalaikatNya, Kitab KitabNya, Hari AkhiratNya dan Qadha & QadharNya.

Islam pula bererti Menjunjung Titah PerintahNya dan Meninggalkan LarangaNya.

TAUHID pula bererti meng-ESA-kan Zat, Sifat dan Af’al Allah.

MAKRIFAT maknanya dapat membezakan antara Muhaddath dengan Qadim

Bersambung...........................

1 ulasan:

  1. Assalamualaikum warahmatullah wabaraqatuh..Saya mencari perawat disekitar, untuk rawatan secara dekat, saya termakan makanan dari ilmu guna-guna, beratus benda halus di hantar kepada saya..

    email saya : tubuhsatu@gmail.com

    BalasPadam