Ahad, 2 Disember 2012

ADNAN DAHALAN....SAMBUNGAN..

MEMBUANG SIFAT ke-aku-an ( ego )

Iblis itu adalah kita, kita yang bersifat keberadaan diri atau keberadaan sifat keakuan, manakala mereka yang bersifat ikhlas itu, adalah mereka yang bersifat ketiadaan diri ( tidak ada diri ). Bila mana sudah tidak ada sifat keberadaan diri, maka tidak ada lagi sifat keakuan.
Bilamana sifat keakuan atau sifat keberadaan diri itu sudah tidak ada, mana lagi adanya iblis, mana lagi adanya syaitan! Bilamana keberadaan diri telah tiada dari mana lagi datangnya godaan iblis atau syaitan pada diri.

Yang dikatakan iblis  itu, adalah apabila adanya sifat aku atau yang masih adanya  sifat keakuan ( masih ada diri ). Bagi mereka yang tiada sifat keakuan dan tidak ada sifat diri, mana lagi ada iblis dan mana lagi ada sifat goda menggoda!

Diri yang sudah hilang, sudah mati, dan diri yang sudah binasa, apa lagi yang boleh iblis nak goda!. Setelah semuanya telah dipulangkan kepada Allah, tidak ada apa-apa lagi yang tinggal, tersisa atau terbaki, apa lagi yang hendak syaitan atau iblis goda?. 

Apakah bodoh sangat iblis itu, nak menggoda orang yang sudah mati. Iblis tidak sebodoh itu!. Sebenarnya iblis atau syaitan itu, adalah dirimu sendiri! Iblis itu, adalah diri kita yang masih ada sifat diri dan yang masih ada sifat keakuan.

Setelah tidak ada sifat keakuan, maka tidaklah adanya sifat iblis dan syaitan! Maka akan menyusullah sifat ingat kepada Allah. Bilamana sifat ingat kepada Allah telah mengambil tempat maka fana', baqo', lebur dan binasalah sifat diri, dengan syaitan-syaitan dan dengan iblis-iblis itu sekali akan binasa!

Bilamana sifat ingat kepada Allah telah meleburkan sifat iblis, maka itulah yang dikatakan tahap "IKHLAS" mana mungkin orang yang ikhlas dapat digoda iblis.

Orang ikhlas itu adalah orang yang dirinya sudah mati, binasa dan hilang. Bilama diri sudah mati, hilang ghaib didalam wajah Allah, apa lagi yang boleh iblis goda !. Apabila kita sudah berada didalam wilayah ikhlas ( alam mengenal diri ) tidak boleh lagi ada didalam diri kita sifat sombong, takabur, angkuh atau bongkak, segala-galanya Allah. 

MENGEMBALIKAN HARTA ALLAH…

Hidup kita ini hanya menumpang harta Allah, dengan itu kembalikanlah harta itu kepada Allah. Kita ini tidak ubah seumpama lembaga / patung, jika tidak didukungi, ditunjangi, dipayungi dan tidak didirikan oleh nyawa / roh, siapalah kita? 

Untuk melihat roh yang bersemanyam didalam badan kita, kita hendaklah membinasa, melebur, melenyap dan mengembalikan terlebih dahulu sifat diri yang zahir ini kepada Allah, barulah disitu akan kelihatan dan akan terpandang tuan yang empunya badan iaitu Roh.

Bagi yang tidak nampak diri rohani yang tersembunyi disebalik jasad, maka akan jadilah sebagaimana yang berlaku kepada iblis, 

Iblis ketika disuruh sujud kepada Adam, Ia tidak nampak bahawa berdirinya Adam itu, adalah diatas dasar berdirinya roh. Yang menguatkan pembinaan jasad anggota Adam itu, adalah roh.

Diketika itu iblis tidak dapat membaca hikmah atau rahsia Allah disebalik kejadian Adam. Itu sebabnya iblis ingkar.

Yang menyebabkan iblis itu dimurkai dan disingkirkan Allah dari surganya, adalah diatas dasar sifat lupa iblis kepada roh Adam. Bahawasanya yang mendiri dan yang menguatkan diri zahir Adam itu, sebenarnya adalah roh, yang disebalik jasad Adam

KUNCI PEMBUKA HIJAB


Kunci Pembuka Hijab Ingat Kepada Allah
Kunci keramat untuk membuka hijab kepada Allah adalah dengan "Tidak ingat kepada selain Allah"
Kunci, petua, cara, kaedah atau jalan yang boleh membuka hijab zulmat hati menuju cahaya ingat kepada Allah itu, adalah dengan cara lupa kepada makhlok!

Cara untuk lupa kepada sifat makhlok itu, adalah dengan mengembalikan semua yang bersifat kepada Allah! 

Inilah juga kunci pembersih hati dari bersifat kotor.  Dengan cara berserah diri, diri akan menjadi bersih, selepas diri menjadi bersih ingat kepada Allah akan datang sendiri !

BUANGKAN INGATAN kepada MAKHLUK – INGAT ALLAH semata-mata

 Ingat kepada Allah itu, setelah ingatan kita tidak lagi terhenti atas sifat makhlok. Selagi ingat makhlok, ingat dunia dan ingat alam benda, selagi itulah Allah tidak akan dapat kira ingat.

Setelah putusnya ingatan kita terhadap makhlok / diri, disitulah baru wajah Allah dapat kita lihat, pandang, tengok dan dapat kita ingat dengan jelas terang lagi nyata. Ingat atau zikir kepada Allah itu, hendaklah sebagaimana berzikirnya makhlok-makhlik lain. Ingat / zikir kepada Allah bukan sahaja makhlok manusia ! Malahan semua makhlok berzikir dan bertasbih kepada Allah.

Tandanya makhlok lain dialam ini berzikir kepada Allah, adalah melalui sifat patuh, sifat tunduk dan sifat taatnya kepada perintah dan ketetapan yang telah Allah tetapkan.

Tanda ingat dan tanda berzikirnya makhlok alam kepada Allah itu, adalah seumpama tidak ada hujan yang terbit dari bumi kelangit. Tak ada bulan, bintang yang lari atau targelincir dari paksi pusingan galaksinya. Sifat patuh, taat, akur dan tunduk itulah, tanda berzikir dan ingatnya makhlok alam kepada Allah. Tanda ingatnya kita kepada Allah itu, hendaklah juga sebagaimana ingatnya makhlok lain, iaitu dengan percaya, yakin, taat dan patuh kepada ketetapan Allah !

Berzikirnya makhlok alam kepada Allah itu, bukan dengan cara sebagaimana sebutan manusia. Berzikirnya makhlok alam itu, adalah dengan menggunakan cara atau kaedahnya sendiri, iaitu dengan cara pasrah, berserah dan terserah kepada Allah, atas segala ketetapan azali Allah. 

Itulah cara atau kaedahnya berzikir, ingat dan bertasbihnya makhlok alam kepada Allah Ta'ala . Seandainya kita sebagai makhlok manusia, boleh berzikir dan bertasbih sebagaimana zikir dan tasbihnya alam semesta kepada Allah, alangkah tinggi dan mulianya kedudukan zikir kita disisi Allah. Sayangnya kebanyakan dari kita ingatkan / zikir Allah itu, hanya setakat lafasan bibir yang selalu berdusta dan mungkir.

Amalan zikir / ingat kepada Allah itu, adalah amalan yang teramat mudah dan teramat senang untuk diamalkan, tidak seperti payahnya mengamalkan amalan-amalan lain. 

Sayangnya dikeranakan terlalu mudah dan terlampau senangnya kaedah ingat kepada Allah itu membuatkan kebanyakan dari kita lupa untuk mengamalkannya.

INILAH YANG DIKATAKAN HIJAB

CARA BERSERAH DIRI…

1. Sedar akan keberadaan wujud diri zahir dan batin kita.

2. Tanya dan soal kepada kesedaran itu wujud siapakah itu?

3. Tentukan jawapannya wujud Allah.

4. Tanda dan bukti penyerahan diterima, sudah tidak ada lagi wujud selain dari Allah yang dipandang, dirasa, dinikmati.

5. Sehingga yang memandang, yang merasa yang menikmati wujud itu Allah sendiri..
Bagi mereka-mereka yang mengenal, ingat kepada Allah itu sudah cukup tercantum, cukup lengkap, cukup terkumpul, cukup terungkap dan cukup terucap dengan hanya melihat alam.

Dengan hanya melihat dan memandang kepada kejadian alam sekeliling dan dengan hanya melihat kepada kejadian alam dirinya sendiri, ianya sudah lebih dari ingat dan sudah lebih dari berzikir, sungguhpun ucapan zikirnya tidak terlafaz melalui bibir mulut.

Dengan hanya melihat alam baginya sudah lebih dari memadai untuk dijadikan tujuan bagi ingat kepada Allah. Wajah Allah itu sudah cukup termaktub dan sudah cukup meliputi pada wajah sekalian alam semesta. Itulah tanda terbuka hijab !

Dengan hanya melihat dalil atau dengan hanya melihat bayang (wajah kita), kita sudah dapat mengenal dan dapat mengingati tuan yang empunya bayang ( tuan yang empunya wajah ). 

Tuan yang empunya bayang itu tidak perlu menzahirkan dirinya sebagaimana rupa bentuk wajahnya yang asal, cukup dengan hanya memperlihat dan menzahirkan dirinya melalui bayang wajahnya sahaja, sudah memadai dan sudah lebih dari cukup, bagi mereka-mereka yang mengenal Allah

Biarpun melalui bayang wajahnya, kita akan tetap dapat mengenal Allah dengan sejelas-jelas dan senyata-nyatanya, 

Wajah Allah yang hakiki itu, terzahir beserta dengan wajah makhlok! Bagi yang nampak makhlok, maka nampaklah Allah ! Wajah Allah itu dimana-mana. Sebagaimana firman "Barang kemana engkau mengadap, disitulah wajah Aku"

Bayang dengan empunya bayang itu sebenarnya satu (sama). Seumpama perkara nafi dengan perkara isbat. 

Sungguhpun nafi itu bukan isbat dan tiada lain darinya! Perkara nafi dengan isbat itu, tidak boleh bersatu dan juga tidak boleh berpisah. Barang siapa memisahkan antara nafi dan isbat, itulah sejahil-jahil umat Muhammad.

Seumpama samanya antara bulat air dengan bulatnya pembentong. Cuba tuan-tuan tilik diri tuan-tuan sendiri dihadapan cermin besar. 

Apakah sama tuan yang menilik dengan tuan yang ditilik!. Pernahkah wajah tuan-tuan itu, berbeza dari yang tergambar didalam cermin? atau bayangan rupa paras tuan yang didalam cermin itu berbeza dari wajah tuan yang asal ?

Jika jawapannya memihak kepada tidak, yakinlah dan percayalah, bahawa Allah itu sama dengan wajahNya. Manakala wajah Allah itu, itulah makhlokNya !

Ya dengan syarat kita dan selain dari Allah sudah binasa, tidak ada, lenyap ( fanafillah diganti dengan baqo'billah ) Jika masih rasa ada kita dan selain dari Allah itu baru berada pada tahap ilmu...
Jika kita terhenti pada melihat makhlok, pandangan kepada Allah akan terlepas. 

Manakala jika kita terhenti pada melihat Allah, akan terbatal, terpadam dan terbinasalah pula pandangan terhadap makhlok. Pilihlah mana satu pandangan yang menjadi pilihan kita.

2 ulasan: