medan muzakarah ilmu agama islam khasnya ilmu hakikat / awaluddin makrifatullah / ilmu mengenal diri layari juga http://fakirabdillah.webs.com KAULAH KANDIL KEMERLAP PELITA JENDELA DIMALAM GELAP.....MELAMBAI SETIA SELALU Biarlah Ianya Hilang Dalam Tumpukan Debu Hingga Ditemui Sendiri Oleh Orang Yang MencariNya
Isnin, 14 Mac 2011
ABANG ABU NAWAS dan kitab ZILALBATAL KUBRI....
Salam para pembaca yang di-Rahmati Allah.
Tahun 2011 baru sahaja menjejak bulan March. Ada dua tiga orang sahabat fakir telahpun KEMBALI menemui Allah. Antaranya ialah abang angkat fakir bernama ABU NAWAS ( fakir memanggilnya sebagai Abang Abu ) saorang berketurunan MANDAILING dari Kg Kerangai, Jelebu Negeri Sembilan.
Fakir amat kagum atas pencapaian kehidupan duniawinya disebabkan KEGIGIHAN-nya berbekalkan YAKIN DIRI yang amat jitu. Walaupun memulai zaman mudanya sebagai saorang peneroka FELDA di Sungai Kelamah, Gemas, Negeri Sembilan, akhirnya beliau berjaya menjadi jutawan dan meninggalkan satu legasi kepada anak anaknya. Dalam kepayahan hidup ditinggalkan isteri yang muda dan cantik jelita beliau membesarkan anak anaknya hingga kesemuanya menjadi professional.
Abang Abu dengan memakai selipar Jepun dengan beg plastik ditangannya sanggup menunggu Perdana Menteri berhari-hari di Putrajaya untuk memohon lesen membotolkan minyak masak. Agaknya tertarik dengan kesungguhan itu akhirnya Perdana Menteri bersetuju meluluskan permohonannya. Itulah perniagaan utamanya yang diwariskan kepada anak anaknya.
Sebulan sebelum beliau PULANG , Abang Abu ada menghadiahkan kepada fakir sabuah kitab ( setebal 600 mukasurat ) bertajuk ZIDALBATAL KUBRI ditulis dalam tulisan jawi secara tulisan tangan ( handwritten ). Abang Abu telah berusaha agar kitab itu dicetak dalam tulisan jawi. Yang ada ditangan fakir sekarang ialah tulisan bercetak TETAPI fakir dapati banyak kesilapan dalam pencetakan itu dari segi tanda tanda huruf ( contoh huruf NUN dengan satu titik diatas sebenarnya huruf NYA yang sepatutnya ada tiga titik ). Ini mendatangkan banyak juga kepayahn dalam pembacaan kitab tersebut.
Menurut Abang Abu kitab ZIDALBATAL KUBRI ini merupakan kitab yang amat penting dan merupakan kitab rujukan utama dikalangan masyarakat MANDAILING kerana penulisnya SYEIKH ABDULQASIM merupakan salah saorang ulamak suku mandailing yang dihormati.
Beliau bertegas agar fakir membaca kitab ini berkali-kali dan mengamalkan apa apa yang diajar oleh Syeikh Abdulqasim didalam kitab tersebut. Sehingga rencana ini ditulis fakir belum khatam membaca kitab ini buat pembacaan kali pertama..almaklumlah...sangat tebal, ditulis dengan cara lama dan dibaca secara merangkak-rangkak akibat ejaan jawi lama dan kesilapan cetakan.
Namun sebagai menghargai keikhlasan Abang Abu menghadiahkan kitab yang bernilai ini dan meyakini akan ketinggian ilmu didalamnya, fakir akan berusaha membaca kitab ini dengan MERUMIKAN-nya dan seterusnya MEMANJANGKAN HADIAH Abang Abu ini sebagai bacaan saudara pembaca lamanblog ini.
ENTRI ENTRI dari kitab ZIDALBATAL KUBRI ini akan dilakukan sebaik sahaja Entri entri dari kitab FUTUHAT selesai. Terma kasih.
Alfakirabdillah Abdullah Al-Gemasi.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan