Selasa, 17 Januari 2012

TUJUH LAUTAN - AyahdiPakNgah



LAUT KHALZUM.

Laut Khalzum adalah laut yang tiada tepian pantainya. Didalam takrif ilmu ini ianya dibangsakan dengan Lautan Hakikat. Bagi ahli ibadat atau ahli tharikat yang menjalani proses amalan nya akan menempuhi akan keadaan ini. Kebanyakkan orang yang berada di maqom ini akan hanyut dan juga asyik bermain dengan hakikat semata-mata sehinga ia terlupa akan keadaan nya. Tidaklah ia berada didalam fana akan tetapi ia terpesona dengan keadaan hakikat itu sendiri.

Maka disinilah ramai yang akan menjadi kufur dan syirik pada Tuhan Robbul Alamin. Ini kerana ada diatara mereka yang sampai mengaku tuhan dan sebagainya. Maka syariat tidak lagi diguna pakai mereka sangat bahgia dan asyik masyuk dengan hakikatNya sendiri, sedangkan itu hanyalah perumpamaan dan jalan sahaja bagi insan menyatakan Haq Tuhan pada kezahiran atas dalil kejadian alam dan kewujudan nya.

Orang yang mabuk didalam lautan hakikat ini akan sentiasa merasa dialah yang benar dan dialah yang berada pada hakikat sejati, hal ini kita perlulah berhati-hati kerana laut khalzum adalah ujian yang amat dasyat bagi kita yang menjalani ilmu ini jangan kita terpedaya dan jangan kita terleka dengan hakikat ini kerana ia adalah hijab bagi setiap martabat kesempurnaan.

Ilmu Hakikat dan kefahamannya bukanlah salah akan tetapi orang yang mabuk padanya akan menzahirkan akan barang yang batin dengan perbuatan dan ucapan. Ingatlah"kalau najis didalam perut amalan kita akan sah, akan tetapi jika najis diluar badan kita maka ianya batal dan perlu dicuci,"

Begitulah akan ilmu hakikat ini. Laut yang tak bertepi permandangan indah tetapi sepi. Bila kita melangkah tiada apa yang didapati melainkan lelah jua tidak terperi. Oleh yang demikian itu kita perlu mendapatkan bimbingan dari mursyid atau guru yang zahir ini. Jangan asyik dengan guru yang ghaib atau batin kerana guru yang tidak nampak dimata itu banyak dan lebih ramai dari guru yang nyata.

Ingatlah bila engkau sampai kedalam laut ini maka kau perlu meletakkan suatu ittiqod yang betul barulah engkau selamat. Kalau kau salah meletakkan nya maka kau akan hanyut dibawa arus dipukul gelombang dihempas ombak nya. Kelak kau akan terapung-apung ditengah lautan itu dan kau akan berada padanya buat selama-lamanya.

Yang ku takuti bukanlah harimau atau gajah akan tetapi yang terlebih aku takuti adalah manusia yang berada di lautan khalzum. Semuanya halal tiada haram, semuanya boleh tiada yang tidak boleh,s yariat dan adat serta adab hilang padanya kerana baginya semua itu tiada apa-apa, nah inilah jalan yang menemukan anda kepada tiada tuhan lain kecuali engkau 'inilah akuan yang sesat dan boleh menyesatkan.

Bagi ilmu yang mulia keadaan nya perlulah kita lengkapi nya dengan penyerahan yang benar-benar pada ALLAH kerana dialah yang berkuasa mentadbir alam ini. Mujahadahlah olehmu bila kau merasa kau telah berada didalam laut ini. Syariat dan Hakikat adalah hal yang penting, namun kau jangan menghukum orang lain.ingat itu!.......

Orang yang mabuk akan ilmu hakikat ini adalah ia didalam peringkat pembaik pulih akan amalnya namun ia terasa megah kerana disaat itu berbagai ilham datang pada nya maka sang nafsu dan si penongkat langit iaitu setan akan membisikkan ilmu hakikat assyaitoniah lalu kau akan SESAT. ingatlah oleh mu wahai salik akan pesanan ini.

3 ulasan:

  1. ikut lah jalan yang hidup..dan bukan jalan yang mati..alhamdulilla..

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah & SYABAS sdra SANGKAR RAHSIA

    BalasPadam
  3. Balikan malam kepada siang dan siang kepada malam.

    BalasPadam