Rabu, 7 Julai 2010

PENGANTAR ILMU HAKIKAT YANG DIWARISKAN Oleh : Fakirabdillah....ENTRI TUJUH-BELAS ( 17 )



KAMUS SUFI anda..............

ZINDIQ = atheis , orang yang menjadikan makhluk sebagai tuhan juga digelar zindiq
ZALIM = orang yang meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya, penganiaya
ZAQUM = pokok didalam neraka penuh duri, buahnya adalah kata kata iblis jadi makanan penghuni neraka
ZAHID = orang soleh
ZAHIR = luar, manifestasi Allah berupa A’yan serta dengan sifat sifatnya

MUMKINUL WUJUD
Yang Mungkin Ada

MUMKINUL WUJUD terzahir KERANA CINTA yaitu Cinta Allah kepada memandang Kecantikan dalam KecantikanNya sendiri.

- Cinta Zat pada Zat digelar JAM’I yaitu cinta Zat pada Hakikat Muhammad
- Cinta Zat pada Alam digelar JAM’I BI JAM’I
- Cinta Alam pada Alam digelar JAM’I BI FARAK saperti cinta saorang gadis terhadap saorang teruna

Cinta Allah Yang Pertama digelar A’YAN yaitu Hakikat Muhammad . Keupayaannya terzahir dalam cermin A’yannya . Oleh itu Allah ialah Bapa A’yan itu dipelihara pada penzahirannya oleh Asma’& SifatNya.

Penzahiran Cinta mengambil bentuk ( yaitu SifatNya ). Zat adalah Mutlak dan apa apa yang terbit daripadaNya adalah Terhad. Wujud yang terhad tidak boleh lain dari wujud itu sendiri.

Alam ini terbit daripada Allah dan tiada yang lain kecuali Allah yang ternampak dari alam ini. Contoh untuk faham :-

- Biji sawit terzahir dalam pokok sawit dan pokok sawit itu didapati dari biji sawit atau benih sawit. Maka lahirlah berjuta ekar ladang sawit tanpa perubahan kepada biji benih itu, tetap menjadi biji benih sawit akhirnya tidak mungkin menjadi biji kelapa atau biji cempedak.

Setiap ketika segalanya meminjam wujud mereka daripada Allah dan setiap ketika mereka kembali kepada Zat mereka yang mana adalah kosong.

ZAT BENDA adalah SIFAT JALAL ( Agung ) dan JAMAL ( Indah ) Allah. Benda ialah penzahiran kedua Sifat ini. Semuanya sama ada baik atau jahat datang dari kedua pintu ini dan kembali melalui pintu yang sama.

Tiap tiap sesuatu adalah BENTUK SATU SIFAT. A’yan adalah bentuk bentuk Sifat. Apa jua yang keluar dari sesuatu Sifat adalah kesempurnaan bagi sesuatu Sifat itu. Segala-galanya akan kembali dari Alam Yang Sementara kepada Alam Yang Abadi. Sesuatu itu tidak kembali kepada Zat tetapi kembali kepada Sifat daripada mana ia datang. Sifat merupakan keadaan di-Akhirat kelak.

Firman Allah :-

Segala-galanya binasa kecuali WajahNya.

MUMKINUL WUJUD adalah Tajalli Allah dengan bentuk A’yan dengan kekhusussannya. Ini digelar WUJUD IDHAFI yaitu wujud yang dizahirkan. Ianya juga digelar BAYANGAN - Zil

Firman Allah :-

Tidakkah kamu lihat bagaimana Tuhan kamu telah memanjangkan
bayanganNya ?.


bersambung ..................tajuk baru SIFAT

1 ulasan:

  1. Ilmu kalam ialah ilmu kebenaran yg dtg dari tuhan yg maha tinggi. Mendustakannya adalah kafir dan mengikutinya adalah iman (percaya). Dihukum kafir dgn balasannya Jahanam selamanya. Mengikutinya di balas syurga kekal selamanya.

    Agama banyak agama, agama mana jln sejahtera?
    Hukum banyak hukum, hukum tuhan adakah faham?
    Bahasa banyak bahasa, bahasa syurga satulah jua.
    Manusia banyak ragam, ragam malaikat sudahkah dpt?
    Cari ilmu berpenat lelah, bila jumpa jgn dilepas agar diri tidak mudharat, walau satu dunia menaruh gundah.

    BalasPadam