Khamis, 19 Januari 2012

TUJUH LAUTAN - AyahdiPakNgah



LAUT MATI..
Laut Mati adalah kiasan bagi makna yang tersirat bagi keadaanmu didalam melakukan amalan2 zikrullah dan ia merupakan kedudukan yang amat-amat getir didalam perjuangan dan saya mentakrifkan ia sebagai laut mati atau sifat malas dan mati segala semangat dan juga kemahuan untuk melakukan amal ibadat.

Didalam hal ini kita perlu berjuang sungguh-sungguh kerana inilah ujian yang kita tempuhi dan ia merupakan tembok permisah antara kejayaan dan kegagalan.

Oleh yang demikian itu kesabaran dan semangat yang jitu perlu anda bangkitkan agar ia dapat membantumu didalam melaksanakan tugas yang besar ini. Bisikan demi bisikan akan bermain di minda dan hati anda dan ia menanamkan sifat kemalasan dan putus asa dalam fikiranmu itu. Ada beberapa hal yang perlu anda ketahui adalah:-

1-mati nya semangat
2-matinya minat
3-matinya harapan
4-matinya kesabaran
5-matinya cita-cita

Inilah hal-hal yang menimpa kita semasa kita mengamali amalan dan proses pembaik pulih diri. Setiap sesuatu yang didatangkan olehNya itu adalah ujian bagi rohanimu dan ia merupakan peperiksaan buatmu. Laut Mati yang membuat kita jemu pada peramalan kita ini bisikan kegagalan dan kemalasan akan membuatkan kita akan meninggalkan setiap apa yang kita amali sekian lama.

Sabarlah olehmu, wahai saudaraku....

Bukan senang untuk mendapatkan kejayaan kalau tidak menempuh ujian dahulu. Kalau kita tidak sabar pintu kejayaan tidak akan kita perolehi dan pula pintu makrifat tidak kau dapati dari tuhanmu. Lautan Mati yang tiada kehidupan didasarnya didalamnya kerana ia mengandungi hakikat yang tidak mendatangkan manfaat buat si salik,

Engkau perlu yakin pada Tuhanmu kerana dialah yang mengadakan sesuatu diatasmu dibawahmu dihadapanmu dan dibelakangmu dan seluruh apa yang ada di alam maya ini.
Maka kau perlu mohon padanya atas arah tujumu dikala kau berada di tengah-tengah lautan mati, mudah-mudahan kau terlepas dari fitnah ini. Yang pasti kau perlu kuat dan sabar didalam latihan dan peribadatan mu terhadap tuhanmu.

Ingatlah..bukan senang kita nak senang,dan bukan susah kalau kita nak susah.

2 ulasan:

  1. Penyerahan secara total, usah difikir kerna tak sampai di akal kerjanya. Biarkan ia lakukan, urusan kerjanya amat sempurna kerna datang ia dari Yang Maha Sempurna.

    BalasPadam
  2. Salam sdra Awang..saya setuju dgn pendapat sdra awang...yakni urusan kerjaNya AMAT SEMPURNA...

    BalasPadam