Rabu, 25 Januari 2012

ILMU TENAGA DALAMAN..disalah ertikan Umat Islam sendiri..



Salam saudara pembaca sekalian...saya poskan dilaman ini satu sedutan artikel yang saya sudah lupa nama blognya...mhn maaf dan izin dari penulis asalnya..

Satu perkara penting yang sangat perlu untuk kita selesaikan iaitu sikap pesimistik kita dalam mendalami ilmu-ilmu metafizik ini. Setiap kali kita berbahas tentang ilmu-ilmu metafizik/ghaib,maka akan timbul persoalan yang berkaitan dengan agama. Berbagai andaian akan timbul dan berbagai pertanyaan muncul samaada ianya bersalahan atau tidak dengan hukum agama. Adakah ia tergolong dalam shihir? Persoalan demi persoalan timbul dan yang paling ditakuti ialah sama ada ia akan membawa kepada sesat dan syirik.

Metafizik adalah salah satu cabang ilmu sains...sama dengan fizik, bio, maths, chemistry dan sebagainya.... kalau tidak salah belajar bio, maka tidak salah juga belajar metafizik.. kerana ia juga ilmu sains

Apapun yang kita pelajari akan jadi salah kalau ia memesong tauhid. Contohnya Charles Darwin yang mempelopori teori evolusi, menemui keajaiban biology, tapi mengenepikan aspek ketuhanan, bukan salah ilmu biologi, tapi yang salah ialah pemikiran orang yang menolak kuasa Tuhan.

Seperti ilmu bersifat universal, tingggal kita yang mencorakkannya sama ada untuk jadi hitam atau putih....

Mengaktifkan Tenaga Dalam

Pertama sekali kita perlu SEDAR bahawa diri kita terdiri dart 3 aspek utama

1..fizikal
2..mental
3..spiritual

Ini cukup penting sebab TD yang sempurna di bina melalui penggabungan 3 aspek ini dan untuk menjadi manusia yang sempurna perlu mendaya gunakan secara optimum seluruh potensi 3 aspek diri ini, Jadi pandang ke dalm diri dan sedarlah tentang hal ini.

Fizikal di latih dengan jurus/move tertentu
Mental di latih dengan teknik konsentrasi pernafasan tertentu
Spiritual di latih dengan zikir tertentu

Setiap perguruan TD memunyai teknik tersendiri dalam melatih ketiga-tiga elemen ini bagi membangkitkan TENAGA DALAM

Dalam bidang kerohanian Islam ia telah lama terbukti bahawa tenaga dalaman ini memang wujud dan ia dikaitkakan pula dengan latihan kesufian yang bersungguh-sungguh. Pihak barat yang hanya bergantung kepada bukti fizikal semata-mata sebab itu mengalami kepayahan menilai sesuatu perkara yang ghaib.

Umat Islam sebenarnya amat beruntung kerana sudah sedia ada pembelajaran untuk meneroka bidang ini, namun selepas terpengaruh dengan sains moden barat yang menolak sesuatu yang berbentuk super natural, akhirnya orang Islam mengabaikannya.

Sebenarnya Ilmu Metafizik adalah Ilmu Islam dan diterokai oleh ahli sufi Islam sejak berabad dahulu. Salah seorang tokoh terkemuka yang mendapat pengiktirafan barat ialah Ibnu Arabi. Pihak barat menceduk ilmu Islam ini dan melabelkannya semula sebagai ciptaan mereka.

Ilmu kerohanian Islam jauh lebih hebat dari apa yang dicapai oleh ahli sains barat. Itulah ilmu para Wali Allah yang tiada tolok bandingnya dengan mana-mana ilmu barat.
Imam Syafi’i menegaskan, “Milikilah kepandaian berbicara dengan banyak berdiam, dan milikilah kepandaian dalam mengambil keputusan dengan berfikir.” (Mau’idhatul Mu’minin)

Abu Darda’ seorang sahabat yang terkenal pernah ditanya tentang amalan yang paling utama, dia menjawab, “Tafakur.”

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Bertafakur sesaat adalah lebih baik daripada beribadat setahun.” Riwayat ad-Dailani

Rasulullah saw. pernah bersabda, “Berfikirlah kamu tentang ciptaan Allah, dan janganlah kamu berfikir tentang zat Allah.” (HR Abu Nu’aim)

Dan mengapa mereka tidak memikirkan tentang kejadian diri mereka. Allah tidak menjadikan langit dan bumi dan apa yang ada di antara keduanya melainkan dengan tujuan yang benar dan waktu yang ditentukan. dan Sesungguhnya kebanyakan di antara manusia benar-benar ingkar akan pertemuan dengan Tuhannya. (Ar-Ruum, 8)

Itulah antara Intisari Islam yang amat jelas dalam mengaitkan hakikat Tenaga Dalam setiap insan yang memang telah tersedia untuk diterokai. Latihan yang baik menghasilkan sesuatu yang baik begitu juga sebaliknya.

Kini terdapat maklumat bahawa Zionis berusaha mendapatkan ilmu super natural melalui syihir Kabbalah nya dan mereka cuba menyaingi kesufian Islam. Malangnya Islam telah meminggirkan harta teragung milik mereka. Kenapa ianya terjadi? SEBABNYA BERPUNCA DARI GERAKAN ZIONIS INI SENDIRI.

Mereka telah mengaturkan gerakan untuk menghilangkan Ilmu Sufi dari hati kaum Muslimin dengan bantuan Eropah. Negara-negara Islam dijajah dan dipaksakan sistem pembelajaran mengikut format Barat. Sedikit demi sedikit sistem pembelajaran tradisional terpinggir dan di labelkan pula sebagai ketinggalan zaman.

Kini ramai orang Islam yang sudah tidak tahu ilmu nenek moyang mereka yang amat hebat satu masa dahulu. Sudah tidak kenal apa itu tasawwuf dan jika tahu pun sekadar pengetahjuan asas sahaja. Tanpa tasawwuf, akhlak manusia akan cepat menjadi rosak seterusnya diisikan pula dengan budaya kuning dari Barat.

Pengagungan ilmu teknologi dan pembangunan fizikal juga memberi sumbangan yang besar, menyebabkan kecederaan ini semakin parah, umat Islam semakin terpinggir jauh dari Ibu Segala Ilmu iaitu ilmu terus dari Allah (Laduni).

END

5 ulasan:

  1. Sepatutnya diwar-warkan bagaimana untuk mempelajari ilmu tersebut memandangkan Zionis cuba menghapuskannya.

    BalasPadam
  2. Ilmu ini banyak di rahsia kan kerana banyak yg menuduh "Sesat" walhal mereka yg menuduh sesat sendiri tidak memahaminya. Itu lah golongan yg telah dibutakan mata hatinya.

    BalasPadam
  3. Salam sdra wake up..lama tak berhubungan ...Ilmunya ialah ILMU TASAUF khasnya ILMU HAKIKAT dan pada saya KAEDAHNYA ialah TAFAKUR..ada mcm mcm kaedah Tafakur..saya memilih Kaedah Tafakur Bapak Dr Bagindo Muchtar. Tq kpd sdra Awang Kenali...wp Pentadbir Agama negara kita ..tidak suka Tasauf..hari demi hari semakin ramai khasnya anak anak muda Melayu berminat mendalami ilmu ini. Alhamdulillah.

    BalasPadam
  4. Ya betul tu abg fakir, semakin ramai hendaknya. Jangan beriman atau beribadat kerana takutkan neraka atau mahukan syurga. Apa lah ada pada kita hanya setitik noktah sahaja... Namun Kerana Rahin-Nya kita diberikan sesuatu yg amat bernilai.

    BalasPadam
  5. Assalammualaikum abg fakir..sy ingin bertanya pendapat abg fakir tentang kitab HAKIKAT INSAN tulisan hj laksamana. Adakah apa yang di tulisnya menepati ciri2 ilmu hakikat

    BalasPadam