Isnin, 17 Januari 2011

POHON EKSISTENSI …IBNU ‘ARABI Diterjemahkan oleh: Deddy Djuniardi, AAUWABDDAM* * Ayatullah

ENTRI PENDAHULUAN

Salam para pembaca yang budiman,

Saperti yang fakir sebutkan didalam ENTRI terdahulu, fakir memang meminati pemikiran Ibnu Arabi.

Perlu juga fakir sebutkan bahawa sejak zamannya ( Ibn Arabi ) hinggalah kehari ini pandangan dan pendirian masyarakat Islam terutamanya yang bertaraf ulamak terbahagi kepada dua kumpulan / golongan utama yakni :-

Satu golongan yang dipimpin ( pada zaman Ibn Arabi ) oleh Ibn Taimiyyah dan lain lain menganggap Ibnu Arabi itu saorang ZINDIK bahkan Atheis ( tak percaya pada wujudnya Tuhan ) dan menghinakan Tuhan

Satu golongan lagi yang dipimpin ( pada zaman Ibnu Arabi ) oleh Firuzabadi Sayuti dan lain lain menganggap Ibnu Arabi ini bukan sahaja saorang muslim yang warak tetapi juga Wali Allah Yang Agung.

Kata kata diatas bukanlah kata kata fakir tetapi merupakan kata kata Tuan Haji Abdul Majid Khatib. Kata Tuan Haji Majid : maka terpulanglah kepada anda ( pembaca ) untuk membuat penilaian sendiri / menghakimkannya.

Fakir juga ingin meminjamkan kata kata Syeikh Gazur – i – Ilahi saorang sufi dari India ( yang meyakini Ajaran Ibn Arabi ) yang memberi penjelasan berkaitan Allah saperti berikut :-

Apabila Ia ( Allah ) keluar daripada GHAIB Ia berkata KAMU. Apabila Ia kembali kepada Ghaib Ia mengenangkan DiriNya sebagai DIA. Apabila Ia memandang pada HakikatNya secara perkumpulan Ia menggelar DiriNya sebagai KAMI.

Didalam Al-Quran Allah merujuk DiriNya sebagai : AKU, KAMU, DIA dan KAMI . Inilah yang dijelaskan oleh Syeikh Gazur – i Ilahi.

Mengikut Ibn Arabi dan pengkaji pengkaji ajarannya Ibnu Arabi telah menulis banyak kitab.( Ibn Arabi menyebut sebanyak 317 manakala pengkaji ada yang mengatakan sebanyak 817 buah ) Antara yang paling terkenal ialah Futuhat Al Makiyyah dan Fusus Al-Hikam

Kita ( termasuk fakir yang tidak memahami bahasa Arab ) sangat berterimakasih kepada Ayatullah al-’Uzma wa’Arif Billah Deddy Djuniardi Antafani Masyhadi yang bekerja keras ( bukan kerja yang mudah ) menterjemahkan isi kandungan kitab Ibn Arabi ini ke Bahasa Melayu / Indonesia dan bermurah hati pula mengizinkan pembaca DOWNLOAD kitab ini di internet.

Oleh kerana kitab ini agak panjang juga ( diinternet 120 muka – dalam fail fakir 71 muka ) fakir akan bahagi bahagikan ENTRI ini kepada beberapa bahagian kerana biasanya jika satu satu rencana itu terlalu panjang ia akan mendatangkan kebosanan.

Selamat membaca………………….fakir.

1 ulasan: