Khamis, 13 Januari 2011

PERCOBAAN MENJAWAB PERSOALAN PEMBACA..................... Bahagian Pertama Dari Dua Bahagian.




Salam para pembaca yang budiman, semuga sentiasa dalam Rahmat Allah SWT

Saorang pembaca baru blog ini telah menghantar e.mail kepada Fakir saperti yang fakir C & P dibawah kerana pada sangkaannya barangkali Fakir dapat memberi sedikit sebanyak penjelasan mengenai persoalan yang dihadapinya berkaitan Ilmu Agama Islam.

Sudah pasti Fakir yang fakir ini tidak berkemampuan untuk memberi jawapan yang hakiki melainkan dengan Kudrat / IradatNya jua. Sesungguhnya ia merupakan satu dugaanNya yang berat kepada sifakir ini.

Maka amatlah perlu fakir mengembalikan persoalan ini kepadaNya jua kerana begitulah FirmanNYa ...kepada Allah jualah kembalinya segala persoalan. Fakir hanya dapat mengulangi bacaan HAUQALAH dan menyerahkan segala gerak otak , akal dan jari jemari fakir untuk menaip jawapan kepada persoalan yang dikemukakan .

Ikutilah apa yang jari jemari ini taip saperti disertakan didalam ENTRI kali ini.

Sebagai manusia yang berjasad dan bernyawa , fakir mohon maaf terutamanya kepada saudara yang bertanya dan umumnya kepada pembaca seklian sekiranya jawapan yang ditaip tidak memuaskan hati atau jauh dari sasaran.

Fakir juga dengan segala rendah hati mohon pandangan saudara pembaca yang lain dalam mencari jawapan kepada persoalan saudara kita ini. Tq.

Salam takzim,

Fakirabdillah.

....................................................................................

PERSOALAN YANG DIKEMUKAN ( e.mail )

Assalamualaikum Tuan..

Pertama sekali saya perkenalkan diri hamba ini bernama HAMBA ALLAH ( nama saudara kita ini dipadamkan ) dari GS ( lokasi juga dipadamkan ), Perak.

Terima kasih kerana ikhlas menerima jemputan saya di-alam muzakarah peribadi ini. Saya takut untuk kemukakan dalam blog.. takut ada yang kurang mengerti akan hakikat Hamba dan Tuhannya terseleweng atas muzakarah kita..

Saya yang lemah lagi hina sebenarnya masih belajar dan mencari yang Maha Esa.. bermacam aliran ( telah ) saya terokai.. tapi bukan secara mendalam disebabkan faktor persekitaran tempat kerja saya yang kurang sesuai.. dan dalam setiap aliran dan guru2 yang ditemui.. soalan ini yang akan saya huraikan sebentar lagi saya tujukan.. bukan berniat mahu menguji ilmu sesiapa.. seriously saya ingin mengetahui.. saya yakin.. Allah tidak memberikan ilham kepada saya dengan persoalan ini jika tiada jawapannya..

Seperti yang baru ditulis dalam blog tuan baru2 ini.. saya amat setuju dengan "PERCAYA lah bahawa YANG MEMBIMBING dan MENYESATKAN itu HANYA ALLAH".. dan saya yakin segala yang ada ini hanya Allah.. Hakikat Ketuhanan dan hambanya sudah saya selami secara ilmiah..

Maka rasanya tuan pasti setuju kalau saya katakan SEGALA YANG BERLAKU PADA KITA SETIAP HELA NAFAS DAN DEGUP JANTUNG KITA ADALAH PERBUATAN ALLAH.. SETIAP ILHAM DAN AKAL FIKIRAN KITAPUN ADALAH DARI ALLAH.. SEKALIPUN PADA SEKETIKA DIHASUT IBLIS DAN SYAITAN.. SEMUA ATAS KETENTUAN ALLAH.. PENDEK KATA SEPERTI YG SUDAH TERSIRAT DI LUH MAHFUZZ... BENAR??

Persoalannya:

MENGAPA WAJIB ADA SYURGA DAN NERAKA ( ? )..
MENGAPA ALLAH MURKA AKAN HAMBANYA SEDANGKAN DIA YG MELAKUKAN SEMUANYA.. TIADA DAYA BAGI HAMBANYA WALAU SEDIKIT.. AKU BERBUAT MUNKAR.. AKU DITERJAH KE NERAKA.. APA SALAHKU?? SEDANGKAN DIA YG MELETAKKAN AKU DALAM SUASANA MUNGKAR ITU.. AKU BERBUAT BAIK.. AKU DIKURNIAKAN SYURGA SEDANGKAN AKU TIDAK MEMINTA AKANNYA.. YG AKU MAHU CUMA KASIH DAN SAYANGNYA.."

Tuan faham ( bu ) kan ( ? ) apa yg saya persoalkan di atas.. maafkan saya kerana saya yang bodoh ini tidak pandai menyusun kata2.. saya tulis apa yang terlintas di kepala sahaja.. harap maaf..

Ada guru yang dari jalan ABC ( nama aliran / jalan dipadamkan ) menjelaskan bahawa Syurga dan Neraka tak wujud.. hanya sekadar cerita.. lalu saya nafikan kenyataannya menggunakan kisah pengalaman dari rakan segurunya juga.. seorang sahabat dari aliran ABC ini yg berada di Yala Thailand, ( yang ) mendakwa dia pernah travel ( mengembara kealam ghaib ? ) melihat neraka selama 10 hari.. dan selama 10 hari ( itu ) dia kaku di kerusi tempat dia mula2 "ON" ( tafakur ? ) gerak rasa itu.. maka memang sah wujudnya neraka dan syurga itu..( mengikut kawan saya ini )

Juga seorang sahabat dari ( tareqat ) naqsabandi yangg juga membawa jalan ABC ini pernah menyatakan.. " kalu tak solat, ingat masuk neraka.. maka akan masuk neraka.. tapi kalau tak solat ingat masuk syurga.. maka akan masuk syurga.."
Kenyataan ( dia ) ini seolah2 ( menyatakan bahawa ) dia mampu menentukan tempatnya after-life ( akhirat ) nanti.. mungkin dia benar, mungkin tidak.. saya tak upaya nak mengatakan apa2.. sebab yakin kata2nya itu bukan dari dia tapi atas Daya Allah jua.

Banyak lagi jawapan lain yangg pernah saya dengar.. tapi hinggga hari ini rasa dan perasaan saya masih belum puas mencari..

Harap tuan dapat membimbing saya seada-nya..

Hamba yg lemah lagi hina

Hamba Allah

/////////////////////////////////////////////////


PERCOBAAN MENJELASKAN ....oleh sifakir.

Salam saudara yang bertanya,( nama dirahsiakan )

Pertamanya ikhlas saya katakan bahawa saya sebenarnya bukanlah tempat yang wajar bagi saudara mengemukakan pertanyaan yang amat berat ini apatah lagi untuk membimbing saudara

Saperti saudara juga saya merupakan insan kerdil yang diberi minat untuk memasukkan apa yang dirasakan perlu kelaman-blog yang dinamakan sebagai FAKIRABDILLAH ini. Kebanyakan apa yang dijadikan ENTRI merupakan bahan bahan bacaan saya sendiri yang saya rasa elok dikongsikan bersama dengan insan insan yang sealiran. Banyak juga artikel yang menjadi entri lamanblog ini saya tidak faham. Saya juga masih belajar dan ingin terus belajar............

Namun berdasarkan ADAB dan BUDIBAHASA saya mohon kepada Allah Zat Wajibul Wujud Yang Sentiasa Meliputi badandiri / jasad ini untuk memberi jawapan sebaik mungkin.............

PERTAMA

Ada dua pokok persoalan yang saudara kemukakan ..pertamanya kenapakah Allah mengwujudkan Syurga dan Neraka ( kenapa ada DOSA dan PAHALA ?? )

Keduanya kenapa Allah ( boleh ) MURKA akan hambanya sedangkan segala perbuatan sihamba adalah Perbuatan ( AF’AL ) Allah belaka dan amat tidak logik sihamba dicampakkan ke Neraka atas kesalahan yang bukan perlakuannya ?

Bagi saya pada hakikatnya kedua-dua persoalan saudara itu hanya Allah yang dapat menjawabnya kerana Allah yang mengadakan Syurga dan Neraka dan mengikut kenyataan saudara Allah jualah yang MURKA dan akibat KemurkaanNya itu sihamba dicampakkan ke Neraka.

Kenapa Allah adakan keduanya ? ( Syurga & Neraka ) Tiada manusia yang boleh menjawabnya bagi pihak Allah.( dulu, kini dan selamanya )

Jika ada manusia yang cuba memberi jawapan , maka jawapan itu hanyalah ANDAIAN manusia itu belaka . Jika ada manusia lain yang tidak bersetuju atau bersetuju dengan jawapan manusia pertama tadi , maka apa jua yang dinyatakan masih juga merupakan andaian belaka.

Maknanya tiada siapa yang boleh mengatakan BETUL atau SALAH.

Kenapa Allah MURKA ? Dan kenapa Allah mencampakkan manusia yang menempah KemurkaanNya itu ke Neraka ? Barangkali persoalan ini boleh dicari jawapannya berdasarkan dalil dalil NAQLI dan berpandukan dalil AQLI yakni hukum akal. ( logik & munasabah )

Maknanya tiada siapa yang boleh mengatakan BETUL atau SALAH.

BETUL atau SALAH pula adalah perkara yang tidak wujud pada hakikinya. Maksudnya konsep betul dan salah wujud dalam tanggapan belaka yang bersifat PERBANDINGAN atau comparative . Ianya banyak bergantung kepada ilmu lebih lebih lagi ilmu yang terdahulu menyerap dalam otak dan akal manusia itu.

Contohnya para ilmuan matematik mengatakan 2 x 2 = 4. Jika kita katakan kepada cucu kita yang masih belum bersekolah 2 x 2 = 7 maka itulah yang betul pada cucu kita itu manakala abangnya yang sudah belajar tahun dua akan berkata salah tu tuk , cikgu kata 2 x 2 = 4. Ini adalah kerana kenyataan 2 x 2 =4 itu telah dimasukkan kedalam benak cucu kita yang telah bersekolah itu oleh gurunya.

Begitu jugalah halnya dengan kawan Hindu kita yang percaya bahawa Dharma telah menjelma dalam pelbagai bentuk dan nama. Maka banyaklah sembahan kawan kita itu kerana konsep pelbagai tuhan itu telah dimasukkan kebenak mereka oleh nenek moyangnya. Maka dia pun menganggap kita kawannya yang Islam ini berada dipihak yang SALAH yakni TIDAK BETUL..

Rumusannya ialah pedulikan hal Salah dan Betul dari segi pandangan orang lain. Percayalah pada DIRI SENDIRI dan ILHAM ( khatrat ) Allah.

KEDUA

Perlu juga disebutkan bahawa HAK untuk mengadakan SYURGA dan NERAKA adalah HAK MUTLAK Allah. Allah telah menceritakan bahawa DIA telah mencipta Syurga dan Neraka untuk makhluk ciptaannya di-AKHIRAT ) nanti.
Ini jelas dinyatakan oleh Allah didalam Al-Quran sedangkan Al-Quran itu adalah PANDUAN HIDUP setiap muslim.

Maka adakah BENAR jika ada manusia yang mengaku muslim MENIDAKKAN kewujudan Syurga & Neraka yang diceritakan kepadaNya oleh Tuhannya sendiri ?
Maka sangat wajarlah manusia itu mencari TUHAN YANG LAIN . Ada ke ????

KETIGA

Begitu juga HAK untuk memasukkan sasaorang hamba yang DIA cipta itu ke SYURGA atau ke NERAKA adalah juga HAK MUTLAK Allah. Oleh kerana itulah Allah menghuraikan tentang HUSNUL & SYUUL KHATIMAH dimana jelas dinyatakan bukan Ibadah yang menentukan kedudukan Syurga- Neraka sasaorang itu tetapi KEHENDAK Allah sepenuhnya

Ini bermaksud bahawa KETENTUAN Syurga & Neraka BUKAN TERTAKLUK kepada beribadah atau tidak beribadahnya manusia itu. Sedangkan ibadah itu merupakan perbuatan fizikal dan non-fizikal. Ianya merupakan PERBUATAN / GERAK / LAKUAN manusia itu. ( AF’AL )

Maksudnya bukan PERBUATAN manusia itu yang menentukan kedudukannya di-Akhirat nanti yakni SYURGA atau NERAKA TETAPI KETENTUAN dan KEHENDAK TUHAN. So ..apakah yang membuatkan manusia itu bersusah hati ??????

KEEMPAT

Sebenarnya apa yang saudara kemukakan ialah berkaitan persoalan TAUHID yakni berkaitan sama ada BENAR segala perbuatan manusia itu adalah AF’AL Allah belaka atau sememangnya perbuatan manusia itu adalah perbuatan manusia itu sendiri.

Perlu juga kita ingat bahawa persoalan TAUHID ialah persoalan BATIN yakni apa yang kita yakini atau PERCAYA sepenuhnya. Ianya bukan persoalan LUARAN yang material. Maknanya ianya ( keyakinan kita / tauhid itu ) tidak dapat ditunjukkan diluar. Ianya didalam diri kita sendiri. Pasti Tauhid ini pada luarannya akan mempengaruhi tindak tanduk atau kelakuan seorang individu itu.
didunia ini dan juga di-Akhirat nanti.


Bersambung ......................ke bahagian Dua ...next entry.

1 ulasan:

  1. salam,,

    tuan fakir yang mulia saya ucapkan berbanyak terima kasih kerana sudi menjawab pertanyaan yang dikemukan,, yang saya kira soalan dari pencari jawapan yang ikhlas,,

    benarkan saya cuba menjawab serba sedikit,, dari perspektif yang berbeza pula,,

    semoga jawapan ini diberkatiNya,,

    saya menjawab secara global saja tidak terperinci,, tetapi cuba menghuraikan masalah pokok,,

    banyak orang keliru,, mereka menyangka segala pilihan adalah daripada allah,, tapi yang sebenarnya segala perbuatan adalah perbuatan allah,,

    terdapat banyak perbezaan antara pilihan dan dan perbuatan,, perbuatan itu adalah perbuatan allah,, tetapi pilihan itu adalah pilihan hamba sendiri setelah diperkenankan allah,,

    allah memberi kuasa kepada hambanya untuk memilih,, setelah hamba memilih maka allahlah yang melaksanakan pilihan hamba itu,, kerana hamba itu la haula wa quwata illa billah.

    ini bersesuaian dengan al quran dan hadis,, surga dan neraka itu memang wujud,, jika ada manusia menyatakan surga dan neraka itu tidak wujud,, maka sudah pasti pendapat itu tidak bersesuaian dengan al qurqn dan hadis,, maka haruslah ia ditolak,,

    itulah sebabnya allah mengirimkan rasul,, al-quran dan hadis,, sebagai pedoman kepada umat manusia agar memilih yang diredai allah,, sesuatu yang tidak diredai allah,, maka nerakalah balasannya,,

    allah itu adil,, ia mengutus rasul untuk memberi penerangan dan bimbingan,, dan jika manusia engkar juga,, barulah bencana sebagai pengajaran akan diturunkan,,

    tapi bagi mereka yang beriman kepada allah,, sudah pasti allah akan menyelamatkan mereka dan memasukkan mereka ke dalam surga.

    kerana kuasa memilih yang diberikan allah kepada makhluk inilah,, maka allah membiarkan pilihan iblis tidak mahu bersujud kepada nabi adam,, tapi balasannya ialah iblis dilaknat dan neraka untuk mereka,,

    tapi bagi malaikat yang mematuhi perintah allah,, maka surga balasannya,, dan mereka mendapat pujian dari allah.

    inilah contoh yang perlu difikirkan noleh manusia,,

    dari al quran dan hadis kita dapat banyak pedoman untuk keselamatan di dunia dan akhiran,

    wassalam.

    BalasPadam